CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3440|Reply: 1

BAHASA - MINAT GURU DAN MURID BERCANGGAH -

[Copy link]
Post time 26-12-2006 08:20 AM | Show all posts |Read mode
Bahasa - Minat murid dan guru bercanggah
Oleh Marzita Abdullah

MATA PELAJARAN bahasa, sama ada bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina atau bahasa Arab amat diminati oleh pelajar berbanding mata pelajaran lain.

Satu kajian yang dilakukan terhadap 1,000 pelajar di sekolah kebangsaan dan agama yang terletak di Kedah, Johor, Pahang, Selangor dan Sarawak menunjukkan minat pelajar yang tinggi terhadap literasi bahasa.

Namun begitu, kajian itu yang dilakukan oleh Timbalan Dekan Pentadbiran dan Penyelidikan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM) Prof. Madya Dr. Mahzan Arshad mendapati, guru yang mengajar bahasa lebih berfokus kepada peperiksaan.

``Pelajar memberitahu bahawa apabila guru bahasa berada dalam bilik darjah, pengajaran bahasa lebih berfokus kepada peperiksaan dan latihan memperkukuh aspek mengarang bukannya literasi,'' katanya.

Justeru minat tinggi pelajar terhadap bahasa semakin berkurang kerana konsep yang ditekankan oleh guru dalam bilik darjah sehingga menimbulkan tidak minat pelajar terhadap pengajaran bahasa di sekolah.

Guru juga tidak cuba menggunakan kreativiti untuk menjadikan pengajaran bahasa sebagai mata pelajaran yang menarik dan dapat meningkatkan aktiviti literasi dalam bilik darjah.

``Bahan yang digunakan guru tidak menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti literasi secara aktif dan faktor masa yang tidak mencukupi untuk semua pelajar agar terlibat secara aktif,'' katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mahzan menjelaskan, aspek bahasa dan literasi adalah memastikan komunikasi yang berkesan, keterampilan dalam pertuturan, daya kreativiti dalam bahasa dan melahirkan pemikiran kritis dalam bahasa.

Terbukti

``Bahasa sebenarnya merupakan penghubung dan mempunyai elemen dan nilai-nilai perpaduan antarabangsa,'' katanya.

Pendidikan bahasa dan sastera ialah peluang terbaik bagi guru menerapkan nilai-nilai perpaduan kaum.

``Guru bebas menggunakan bahasa sebagai nilai perpaduan sedangkan mata pelajaran lain mempunyai contents area contohnya mata pelajaran Matematik, sukar memasukkan kemahiran daya pemikiran tinggi dalam mata pelajaran tersebut berbanding bahasa,'' katanya.

Dalam pendidikan bahasa juga guru tidak mempunyai batasan untuk meningkatkan kemahiran para pelajar masing-masing.

Apabila pendidikan bahasa dimasukkan dalam peperiksaan wajib maka pelajar menjadi tidak minat kepada mata pelajaran tersebut.

``Jika mereka tidak suka kenapa kita memberatkan perkara ini kepada mereka sepatutnya kita perlu menarik minat mereka,'' katanya.

Kata Mahzan, guru bahasa lebih rapat dengan pelajar berbanding guru lain kerana minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut sekali gus guru banyak mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh pelajar.

``Nampak mengajar bahasa ini mudah tetapi ia amat berkait dengan pelajar malah melalui mata pelajaran inilah kita boleh berusaha menarik pelajar ke sekolah dan kelas bahasa,'' katanya.

Jelas beliau, apa yang sepatutnya guru buat untuk kemahiran bahasa dan literasi tidak diberi perhatian contohnya dalam drama, pelajar hanya disuruh untuk menghafal skrip bukan menghayati skrip tersebut.

``Sudah terbukti dalam sejarah bahasa bahawa drama amat berkesan dalam menghayati bahasa, kita melakonkan perbuatan bahasa.''

``Guru tidak perasan perkara ini mereka lebih banyak memikirkan cara untuk menghabiskan silibus sedangkan banyak perkara yang lebih dekat dengan pelajar dalam konteks bahasa ini berbanding peperiksaan,'' tegas beliau.

Beliau tidak menafikan peperiksaan itu penting namun tegas beliau, mampu menguasai bahasa dengan baik adalah lebih penting.

``Dapat menguasai bahasa dengan baik maka peperiksaan bukan menjadi masalah ia hanya salah satu daripada penguasaan bahasa sahaja,'' katanya.

Menurut beliau, contoh yang paling ketara adalah penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris.

``Kita lihat bahasa Inggeris diajar dari tadika sehingga tingkatan lima, semuanya menekankan kepada peperiksaan dan akhirnya pelajar tidak menguasai bahasa itu,'' jelas beliau.

Sebaliknya pelajar mahir cara-cara menjawab peperiksaan mata pelajaran tersebut walaupun tiap-tiap hari mereka belajar bahasa Inggeris.

``Kadang-kadang ayat mudah pun pelajar tidak boleh buat kerana kita berfokus kepada perkara sebenar sebaliknya kepada peperiksaan,'' katanya.

Beliau turut melihat komputer sebagai salah satu bahan bantu pelajar menguasai bahasa terutama melalui arahan-arahan yang terdapat dalam Internet.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2007 10:21 AM | Show all posts
hmm aku nak respond sikit ..
bukannya to be defensive
tetapi harap dapat memahami kekangan..

sebenarnya bukan 100% salah guru
kerana meletakkan target A dalam peperiksaan..
tekanan dari pihak pentadbir membuatkan guru
merasa serba salah..
laporan dan soaljawab dengan admin merimaskan..
headcount hendak dijaga..
serba serbi..
guru tidak mempunyai pilihan lain selain dari
memberi lebih penekanan ..
supaya para pelajar mahir dalam selok belok
bahasa itu sendiri..
memang teruja ingin melompat dan berlari
di dalam kelas sewaktu mengajar..tetapi
kebimbangan terhadap pemahaman pelajar tetap ada.
bukan la serious setiap kali belajar dan mengajar
ada waktu ketawa tetap ketawa..

tetapi pastikan dalam ketawa..
di akhir pelajaran, objektif utk hari itu tercapai..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.063482 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list