CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2055|Reply: 16

Aku hanyalah seorang hamba

[Copy link]
Post time 4-1-2007 07:23 PM | Show all posts |Read mode
Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')

'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah. Aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2007 09:21 PM | Show all posts

Reply #1 winamp05's post

Muhammad memang mulia...contoh yang perfect!!!

sy sungguh tak puas ati bila golongan kafir mengutuk rasul kita yang macam ni...

diorang kata nafsu kuat lah, terroristlah...bengang betul...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 09:31 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 4-1-2007 09:21 PM
Muhammad memang mulia...contoh yang perfect!!!

sy sungguh tak puas ati bila golongan kafir mengutuk rasul kita yang macam ni...

diorang kata nafsu kuat lah, terroristlah...bengang betul...!!!


Kerana mereka tidak memahami kenapa Nabi Muhammad s.a.w melakukan semua tu. Semua yang beliau lakukan adalah untuk menjadi pedoman kepada orang-orang dizaman kita ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 09:39 PM | Show all posts

yup...

tenshen bila diorang asyik dapat maklumat2 buruk je...

contoh 2 yg baik camni diorg bukan tau pun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2007 09:43 PM | Show all posts
saba bang usop......... sapa yg tak tensen kalo dia kutuk role model kita, junjungan besar kita .......... saya pun terasa gak ..........
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 10:40 PM | Show all posts

Reply #5 winamp05's post

hmmm...tula...

thanks...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2007 10:45 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 4-1-2007 09:39 PM
tenshen bila diorang asyik dapat maklumat2 buruk je...

contoh 2 yg baik camni diorg bukan tau pun...



Sebenarnya mereka tahu.  Cuma mereka menyembuyikan kebenaran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 06:18 AM | Show all posts
ASM.
ya betul, kita hanya hamba...hamba berjiwa merdeka...
cuma yang aku agak khuatir dan rasa sedih, bukan kerana ancaman orang kafir sangat. Tapi ancaman dan kemudaratan dari orang Islam sendiri...aku rasa sdr. sdri tentu faham maksud aku.

salam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2007 09:32 AM | Show all posts
skang ni zaman sekular. Takde duit dihina. Sape byk duit dia raja.

Pakai baju buruk tak dipandang, kalau pakai yang ada brand dipuji.

kalau ko nak hidup zuhud, org kata ko gile.

Inilah namanya manusia
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 11:53 AM | Show all posts
:cry::cry::cry::cry::cry:
no word to say bila dgr cita Baginda s.a.w.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 06:05 AM | Show all posts
Yang lebih menyedihkan kini Thread ini telah diserang teruk dalam BOD RSF...aku mencuba sedaya upaya dengan cara berhemah untuk memujuk mereka agar tidak melontarkan kata-kata kesat...Aku cuba bersabar tapi sampai bila aku pun tak tau...nf:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2007 12:12 AM | Show all posts
memang setiap sabar ade baasnya, kalo tak nabi tak pg perang...... nabi saba je ......
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 04:02 AM | Show all posts
sekadar berkongsi bahan ,,,, dari email saya

Assalaamu'alaikum, Saudaraku

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,silahkan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini.
Silakan cuba lagi esok."

atau...

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu.. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor
ini : 28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim
& Hadis Rasul"

Talian terus, tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil.

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut"

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. .. mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu... mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.


Amin....

Wassalaamu'alaikum. ..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 09:55 PM | Show all posts
Selayak sebagai hamba semua gerak geri diperhatikan dan diawasi.  Jika tersilap melakukan seperti yang tidak dikehendaki yang empunya diri, maka adalah hukuman yang menanti... dan jika melakukan seperti yang dikehendaki yang empunyai diri maka akan dikasihinya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 11:30 AM | Show all posts
salam

takkan DIA sorang saje yg MULIA
manusia yg sedang menatap screen ni pun
MULIA gak
pasal SAMA PENCIPTAAN YANG SEMPURNA
jadi saja saja ka tak mau jadi mulia
atau masih terhijab dgn KEMULIAAN?????
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 11:35 AM | Show all posts
salam

takkan DIA sorang saje yg MULIA
manusia yg sedang menatap screen ni pun
MULIA gak
pasal SAMA PENCIPTAAN YANG SEMPURNA
jadi saja saja ka tak mau jadi mulia
atau masih terhijab dgn KEMULIAAN?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2007 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 11-1-2007 11:35 AM
salam

takkan DIA sorang saje yg MULIA
manusia yg sedang menatap screen ni pun
MULIA gak
pasal SAMA PENCIPTAAN YANG SEMPURNA
jadi saja saja ka tak mau jadi mulia
atau masih terhijab dgn KE ...


Memang betul semua manusia mulia, tapi contoh yang bagaimana kita boleh ikuti untuk menjadi mulia? Itulah dia Nabi Muhammad SAW contoh bagi umat manusia untuk menjadi mulia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.638791 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list