|
Ayat ini diturunkansetelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikatkerana kehebatan dan kemuliaannya.
Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalamperjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabitmenulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepassembahyang fardhu, setiap pagi dan petang setiap kali keluar masuk rumah atauhendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkankeluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allahs.w.t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapamengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanyadengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dandiberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya sertaterpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kalilalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akanmencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
Untuk amalan kita semua.....
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkansegala kefakiran di depan matanya.
Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagiJumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanyadaripada
kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membacaayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolonganserta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripadapencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuridaripada memasuki rumah.
Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalamperjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, bolehmenyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda mendudukirumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahananda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, iaakan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegahakan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketikahendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya &ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yangbenar,
pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,
maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohonkeampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajallaakan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yangberperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescayaAllah berkenan memberi pertolongan kepadanya
|
|
|
|
|
|
|
|
terimakasih untuk info ini ayat kursi ni memang bagus diamalkan...
dari pengalaman sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 Nape?Tak caye?'s post
citer ar pengalaman mengamalkan ayat kursi ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by waterboy at 15-1-2007 01:08 PM
citer ar pengalaman mengamalkan ayat kursi ni.
saya kalau mimpi yg takut2 tu, dalam mimpipun saya baca ayat kursi...lepas terjaga, saya takut juga kalau2lah dlm mimpi tu saya tersilap baca, maklum ler dlm mimpi, mana leh kontrol akal....
tetapi dari pengalaman, dalam mimpipun, ayat kursi itu boleh digunapakai juga....
[ Last edited by rainbows at 27-1-2007 01:34 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
bleh sesape tolong bagi info tentang sejarah penurunan surah al-fatihah? |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman Ayat Kursi...
salam,
saya sudah banyak kali melalui pengalaman ditindih semasa tidur...
saya tahu ada orang kata itu adalah separa sedar dari istilah sains, ada kata itu memang kerja makhluk ghaib, mana2 pun tak kisahlah...
sy tau kelebihan ayat kursi ni di mana syaitan amat takut terutama dengan dua ayat terakhir tu...
dari pengalaman saya, setiap kali sy diganggu masa tidur, sy akan baca ayat kursi....
dan pada masa ni lah makhluk yg mengganggu sy akan buat mcm2 untuk halang sy baca ayat kursi ni, dan semasa saya baca ayat ni, depa akan ajuk sy balik, seolah-olah mempermainkan sy sehinggalah sy sampai kepada dua ayat terakhir tu depa takkan ajuk....
dan Alhamdulillah gangguan akan beransur-ansur hilang...
dari pengalaman sy memang begitu...orang mungkin boleh kata maybe sy berhalunisasi tapi memang itu yg sy lalui...
itulah pengalaman saya ..banyak kali dah.sekian..salam... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 ussopp's post
hm....kalo makhluk tu dah ajuk tentu susah nak concentrate baca ayat kursi....setakat ni saya tak pernah lagi diganggu sedemikian rupa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 rainbows's post
sama la kita...kalo saya mimpi menyeramkan..dalam mimpi tu saya baca ayat kursi...tapi mcm sukar sekali nak membacanya...dah sedar saya mengucap byk2... |
|
|
|
|
|
|
| |
|