CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36397|Reply: 297

Seram bersama Pinoe

 Close [Copy link]
Post time 25-1-2007 08:11 PM | Show all posts |Read mode
pino nk bukak topic br, khas utk mengekspresikan kekreatifan pino dlm bidang penulisan, lebih specific cerpen seram..maybe anda tidak tahu bhw pino pernah memenangi PIala Rahim Kajai iaitu pertandingan mewarna bendera mesia peringkat felda taib andak (pino 1 kg dgn abg mawi), piala sarip dol (yg ni pino x tau pertandingan ape, sbb tah pesal tibe2 je org panggel pino naek atas pentas amek hadiah)..

di sini pino berharap agar para momok esp. abg redzuan tidak menghantar topic ini ke alam baqok ataupun di consolidate kan dgn topic2 laen yg x berape nk best...:geram::geram:

ingat, pino ingin mmberi amaran kpd pare porumer yg tidak sehat, supaya meninggalkan topic ini sepecat mungkin, kerane karangan2 pino mmg seram..pino pernah menceritakan kesah seram pino ini kpd atok umur 99 taun, br 2 perkataan pino bace, dah die kembali ke alam barzakh...

nota kaki 1: sesetengah koleksi pino ini merupekan hasil karya asli pino..pino ade copyright reserved taw...saper cedok cerite pino itu tanpe kebenaran jual ke mastika ke, bacaria ke kosmo ke reader digest ke, pino dpt tau, mmg pino akan sebat buntut dier 2 kali...:geram::geram:

nota kaki2: sesetengah kesah laen, mmg pino cedok koleksi org laen tanpa kebenaran..jd kalu tuan punyer cerite nk sebat buntut pino, sebat la pino x kesah...;)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2007 08:16 PM | Show all posts

PAU PUTERII....!!




kisah nie berlaku pada lewat tahun 70an di satu kawasan perumahan di pinggir kuala lumpur, Taman Rimba. dalam kawasan taman tersebut, ada sepasang suami isteri yang telah 4 tahun berkahwin tetapi masih belom dikurniakan anak. malang bagi si isteri, kerana mendapat suami yg menjadi penagih dadah, dah la x mempunyai pekerjaan, kluar pagi balik umah tgh malam, balik pon utk mintak duit dari si isteri je.

luper nak beritahu, si isteri bername puteri, yg menampong kehidupan sehariannya dengan menjual pau yg dibuatnya sndiri hasil tinggalan resepi istimewa turun temurun keluarganya, di jual di sekitar taman perumahannya dengan berjalan kaki.

sebenarnya, pau puteri mmg cukup terkenal di sekitar taman perumahan itu kerana rasanya yg cukup enak, inti yg sedap dan adunan yg cukup membuatkan sesiapa yg pernah mencubanya pasti akan menjadi ketagih. itulah hebatnya penangan resepi istimewa pau puteri.

memandangkan suami puteri penagih dadah yang tidak mempunyai pekerjaan, maka puteri terpaksa melipatgandakan hasil jualan pau nya dengan menjual sehingga larut mlm. namun yg anehnya walau bilapun puteri keluar menjual paunya sama ada di waktu pagi, tgh hari, petang ataupun malam,  pau nya pasti akan tetap habis di jual.

suatu hari, terjadilah suatu tragedi yang amat menyayat hati di taman rimba tersebut, apabila puteri ditemui sudah tidak lagi bernyawa di dalam rumahnya dengan kesan tikaman yang bnyk di seluruh badannya. hasil siasatan pihak p0lis kemudiannya mendapati bahawa puteri telah mati dibunuh oleh suaminya dengan menggunakan parang, yg marah apabila tidak mendapat wang daripada puteri utk digunakan utk membeli dadah.

suami puteri berjaya di berkas, dan hasil pendakwaan, didapati bersalah kerana membunuh puteri dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. namun, sesuatu yg misteri telah berlaku apabila suami puteri telah mati dalam penjara. sebab kematian suami puteri tersebut amat membingungkan doktor yg membuat post mortem mayatnya, kerana tidak ditemui sebarang sebab yg boleh menjadi punca kematiannya. namun, yg aneh daripada hasil selidik makanan terakhir yg diambil oleh suami puteri tersebut, doktor telah menemui gumpalan kuih pau sedangkan setelah diperiksa dengan kantin penjara, pau tidak pernah termasuk dlm senarai makanan utk banduan penjara tersebut....   

semenjak itu, heboh diperkatakan bahawa roh puteri kembali menghantui penduduk taman rimba dengan pau nya. ramai penduduk taman tersebut pernah melihat kelibat seseorang seperti puteri dengan bakul paunya berjalan2 di kawasan taman tersebut tidak kira sama ada waktu siang mahupun malam.

penduduk2 yg berasa seram, mula beransur2 pindah dari kawasan perumahan tersebut sehinggalah taman rimba menjadi tidak berpenghuni. keadaan ini berlanjutan sehingga pertengahan tahun 90an apabila satu syarikat pemaju yg terkenal ie Daun Le**r SB mengambil alih kawasan taman tersebut. setelah di renovate, kawasan tersebut kembali menjadi tumpuan orang ramai utk didiami, yg kesemuanya tidak mengetahui mengenai sejarah misteri taman  itu.

pada permulaannya, penduduk di kawasan tersebut merasa amat selesa dengan persekitaran taman, tambahan pula taman tersebut tidak jauh daripada ibu kota dan mempunyai bnyk infrastruktur utk penduduk2 di situ.

namun, bermula pada pertengahan tahun 1998, satu demi satu kejadian misteri dan menyeramkan mula menimpa seorang demi seorang penduduk di situ.

kejadian pertama melibatkan zida dan teman serumahnya reen, yg menyewa di fasa 2 taman tersebut. mereka yg sama2 bekerja di ibu kota, lebih spesifiknya di jln sultan ismail, pulang dari kerja bersama2 dan singgah di stall menjual goreng pisang tidak jauh dr pintu masuk taman tersebut. setelah membeli, mereka pon pulang ke rumah mereka. mereka pon mandi, sembahyang asar dan kemudiannya menonton tv sambil ingin menjamah goreng pisang yg br dibeli td. anehnya, mereka mendapati bhw goreng pisang yg dibeli td telah bertukar menjadi beberape ketul pau yg masih panas!!..memikirkan perut yg lapar, mereka tidak mengambil pusing tentang hal tersebut, terus sahaja memakan kesemua pau tersebut. hmmm, kedua2 mereka saling memuji betapa sedapnya pau tersebut, rasa yg tidak pernah mereka nikmati dengan pau2 yg pernah mereka cuba sebelum ini.

kemudian mereka pon bersembahyang maghrib dan sama2 pergi ke dapor utk menyediakan mkn malam..namun, yg peliknya mereka mendapati terdapat beberape ketul pau yg masih panas di dapur mereka, elok dalam pinggan yg bukan milik mereka...hmm, mereka yg saling kehairanan masih tidak mahu menyangka yg bukan2, terus memakan pau2 tersebut yg masih mempunyai kesedapan yg sama dengan pau yg mereka makan sebentar td...

larut malam, kedua2 mereka masih tidak dpt melelapkan mata, masing2 teringat akan kesedapan pau yg mereka nikmati td walaupon sedikit berase aneh dari mana datangnya pau tersebut.

Memandangkan kedua2 mereka tidak dpt melelapkan mata, maka mereka pon kembali menonton tv bersama dgn harapan akan berasa mengantuk. "ehh, macam mane plak ade pau lagi nie, zida??" tanya reen yg kehairanan apabila melihat ada 5 ketol pau yg masih panas di atas meja di ruang tamu mereka.."entah, rasenyer kiter dah abes mkn semuanyer td kan...ahh, x kesahla..makan jer..nmpk cam sedap tu" balas reen...mereka pon mkn pau tersebut sambil melayan cerite spongebob di chennel nickelodeon astro...tetibe, kedua2 mereka merasa sakit perut..serentak dgn itu, mereka terdengar di blakang rumah mereka seperti ade kelibat ORG yg lalu lalang...dan terdengar org menyebut, "AU PUTERI..!!..PAU PUTERI!...pau PUTERI!!....".. alangkah terkejutnya mereka apabila melihat pau yg sedang mereka nikmati rupe2nya adelah serpihan batu nisan dan tanah kubur berintikan ulat..!!!:eek: ....mereka yg ketakutan dalam keadaan sakit perut bergegas ke bilik di tingkat atas...namun mereka tersentak apabila di tangga utk ke tingkat atas tersebut berdiri sesusuk tubuh perempuan memakai bj kurung berwajah pucat tersenyum sambil bertanyer.."SEDAP PAU TD ADIK..??..NAK LAGIIIIIIII???!!!!!"....langsung kedua2 mereka pengsan...

semenjak kejadian pertama tersebut, hampir setiap mlm pasti penduduk di taman perumahan tersebut diganggu oleh puteri dan kelibat pau enaknya...diberitakan bahawa kemudiannya seorang demi seorang penduduk taman tersebut telah berpindah keluar kerana tidak tahan dengan gangguan Puteri dan pau nya...dan seperti dulu, ia mula kosong tidak didiami sesiapa.....hinggaaa...............kiniiiiiiiiiiiii..................


pino's collection-copyright reserved

p/s: inspired by a true story..but with some small amendment to make the story tastier........like.........PAUUUU PPUUUUTERRIIIIIIIIIIIIIIIIII......!!

*SEBARANG KEBETULAN memang DISENGAJAKAN..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2007 08:19 PM | Show all posts


MENARA EM, JLN PERAK, KL

Di sini saye ingin menceritakan satu cerita seram yg benar2 berlaku, yg tidak pernah sayer ceritakan kpd sesiape selame ini...kesah ini berlaku di salah sebuah bangunan yg terkenal di segi tiga kl, iaitu Menara EM, jln perak...

pada sekitar tahun 2003, sayer bekerja sebagai salah seorang pengawal keselamatan di Menara EM, bangunan head quaters utk sebuah syarikat gergasi industri cari gali minyak terkenal dunia yg turut di sewa oleh beberape syarikat lain..

untuk pengetahuan anda, sebagai pengawal keselamatan di Menara EM, saya dan rakan2 setugas dibahagikan kpd 3 shif iaitu shif pertama dr pukul 7am shingga 4pm, shift kedua dr pukul 4pm hingga 12am dan shift ketiga dari pukul 12am hingga 7am. jadi kami seramai 12 org pengawal keselamatan(tidak termasuk ketua pengawal keselamatan) akan bergilir2 berjaga 4 org setiap shif.

selame 4 bulan saye betugas di menara EM, tidak pernah sekalipon saye menghadapi apa2 masalah, namun peristiwa yg berlaku pada 3 jun 2003 tersebut betul2 telah mengubah hidup dan pandangan saye mengenai dunia ghaib....

seperti biase pada hari itu saya bekerja shif ketiga ie dr pukul 12am hingga 7am bersama 3 lagi rakan saye iaitu sepol, along dan lan...sebenarnya tugas sebagai pengawal keselamatan di menara EM bknlah suatu tugas yg berat memandangkan ia sebahagian besarnya adelah bangunan pejabat dan sentiase sibuk dengan staf/pekerja pejabat2 di situ kluar masuk dr awal pagi hinggalah lewat malam.. jd kami hanye memeriksa id dan merekodkan setiap yg kuar masuk bangunan tersebut, dan memeriksa setiap floor mengikut jadual berkale yg telah ditetapkan ie setiap 4 jam sekali..

selame sayer berkhidmat di situ, hanyer pengalaman mengaibkan yg pernah saye lalui iaitu pekerja yg "ringan2 di tangga kecemasan pada waktu mlm hari..namun saya hanye mampu mengarahkan pekerja tersebut pulang kerana sudah lewat malam, kerane job scope saye bukanlah sbagai pencegah maksiat di situ..saye juga kerap melihat secretary/PA perempuan yg pulang lewat mlm bersama2 dgn bos lelaki mereka, namun saye hanye mendiamkan diri tanpa mengesyaki apa2, juga kerana saye tidak dibayar utk menyiasat apa yg mereka lakukan di mlm hari..

baiklah, berbalik kpd kesah yg ingin saye ceritakan tersebut, pd awal pagi lebih kurang pukul [B]3am[/B], saye bersama lan mula memeriksa setiap tingkat bangunan tersebut sebagai rutin kerja kami di situ..bermula dr tingkat yg paling atas hinggalah ke ground floor..

dari tingkat paling atas hinggalah tingkat 16, kami ie saya dan lan tidak menghadapi sebarang situasi yg pelik atau mencurigakan, sama seperti hari2 sblum itu..hinggalah apabila kami memeriksa tingkat 15, iaitu tingkat yg menempatkan pejabat R&D 1 syarikat IT terkemuka (yg turut menyewa ruang pejabat di tingkat 17 dan 18)..ketika kami melalui di hadapan pejabat co. tersebut, kami melihat lampu opis tersebut masih terbuka, jd kami pon mengandaikan masih ade staf co tersebut yg stay back ataupun yg bekerja shif mlm hingga pagi keesokannya yg mana sesuatu yg normal bg co tersebut selama ini...

tiba2, keluar seorang staff co. tersebut yg kami kenali iaitu cik safura, seorang IT assistant menuju ke lif..yg anehnya, cik safura tersengguk2 seperti menangis, hanye menundukkan mukenye sambil memegang tisu menutup sebahagian mukanya..kami yg kehairanan mengikutnya ke lif..." kenape ni cik safura..??" tanyer saye kpd cik safura...setahu sayer selame sebulan cik safura mula bertugas di co tersebut, beliau adelah seorang yg ceria, komited dgn kerjanya dan disenangi semua orang..

namun cik safura hanye mendiamkan diri, menekan button lift utk ke bwh, bermakna mungkin beliau sudah mahu pulang...memandangkan beliau hanye mendiamkan diri, kami berdua tidak mengambil pusing tentang hal tersebut, dan terus menuju ke tangga untuk ke tingkat 14..

setelah memeriksa dari tingkat 14 hingga ke ground floor, kami tidak mendapati apa- apa yg mencurigakan, kami pon kembali ke kaunter pengawal yg dijaga oleh sepol dan along...

"long, ko nmpk cik safura kuar td??.."..tanyer sayer kpd along..."ade..tp dier senyap jer..mcm nangis..naper??"...balas along..."xde paper..cumer aku pelik jer, pekehal dier menangis maser nk balik dr keje...dah la maser pg2 buter plak tu.."..sayer menjelaskan kpd along mengenai kehairanan saye akan hal tersebut..kemudian kami mula mengubah tajuk perbualan, mengenai siapa yg kami rasekan mempunyai skandel dgn bos mereka di situ... .."eh, korg tau x mggu lps aku nmpk liza ngan en amin balik kul 3pagi..tah haper yg diorg wat pepagi bute dlm opis...hehehe..." sepol memulakan crite skandelnya.."ala, tu abang wak dah bgtau laa...tp msti korg x tau psl skandel cik zida si PA tu ngan bos dier Mr. shu kan....??heheh" criter lan plak tentang skandel terbaru lagi sensasi itu...kami pon berbual hingga ke pukul 7am, bermakna shif kami sudahpon berakhir utk hari itu..   

lusanya saya bertugas utk shif pagi bersame2 ketua pengawal keselamatan, abg slamat, lan dan pok leh...tidak berapa lama kemudian saye terlihat cik safura masuk utk menuju ke lif, mungkin hari in beliau shif pagi agaknya..memandangkan saya juga ingin terus memulakan pemeriksaan rutin bangunan, saya pon mengikut beliau..."eh, cik safura, 2 hari lps kenape menangis mase nak balik keje..?" tanyer sayer kpd cik safura..."eh, kelmarin sayer x keje la..saye off 2 hari" jawab cik safura yg membuatkan sayer mula kehairanan.. "yeker..hmm...abes saper yg sayer ngan lan nmpk kelmarin tu??..cik safura jgn nk buat lwk pagi2 nie...heh"..duga saye yg menganggap cik safura hanya bergurau...maklomla, cik safura tu single, sayer plak even hanyer pak guard, tp bab hensem tu, rasenyer hensem lagi la sayer dr admin forum korg nie..msti dier nk bergurau senda sambil tgh nk ejast sayer..kate sayer dlm hati..

"eh, betulla..saye mmg x keje 2 ari lps...hmm..awak silap org kot.."..tanyer cik safura, yg juga mula kehairanan..."xpe la cik safura...maybe saye silap org kot..maklumla pagi2 buter.."...balas sayer utk menyedapkan ati sndiri, walaupon saye amat pasti perempuan yg saye dan lan jumpe 2 ari lps sememangnyer cik safura...

selesai rutin pemeriksaan bangunan pagi itu, saye kembali ke kaunter pengawal.. melihat abg slamat ade  di situ, saye pon bertanyer kpd abg slamat.."bang, saye nk tanyer skit buleh x..".."buleh, ape dier.." bls abg slamat...

"mcm nie..2 ari lps sayer ngan lan ade terjumpe ngan cik safura maser wat rutin kat floor 15, rasenyer dier nk balik, lebih kurang kul 3 pagi..pastu along ngan sepol kat kaunter nie pon nmpk cik safura lalu dpn diorg...tp td sayer tanyer cik safura, die kate dier x keje 2 ari lps..camne tu bang??..ker, cik safura saje2 nak usik sayer..??"....."ohh, korg dah jumpe "dier" ek??..heh.." bls abg slamat yg muler membuatkan saye berase smacam..."dier mende nyer bang..??"...tanyer sayer....maka abg slamat pon mule membuka satu rahsia yg penuh keseraman yg membuatkan sayer hampir2 pitam di situ jugak..

abg slamat yg dah 5 taun bertugas di Menara EM bercerita..."die" yg dimaksudkan olehnya td adelah roh seorang perempuan yg ditemui mati, dipercayai dibunuh namun diklasifikasikan oleh p**** sebagai confidential dan tidak didedahkan hasil post mortem nya kpd umum...menurut abg slamat, kemungkinan itu bertujuan utk melindungi name org2 kenamaan yg terlibat dlm kes itu, dan mungkin juga utk menjaga nama baik bangunan itu..

menurut abg slamat, perempuan tersebut dipercayai mempunyai skandel dgn salah seorang pengarah di sebuah syarikat gergasi di situ, di temui mati di tangga tingkat 5..secare umum pihak p**** menyatakan bhw mangsa terjatuh, namun heboh dikalangan pekerja2 di situ bhw sebenarnyer perempuan tersebut di tolak oleh seseorang yg diupah yg bertujuan utk melindungi rahsia skandel org kenamaan yg tert..difahamkan bhw perempuan itu sblm peristiwa tersebut telah mengugut org kenamaan tert utk mendedahkan skandel mereka kpd media/familinya...

menurut abg slamat lagi, selepas peristiwa itu, pihak pengurusan bangunan telah membuat perjumpaan khas dgn sumer co/pekerja/staf di bangunan tersebut, dan antare lain mengarahkan agar perkara tersebut dirahsiakan drp pengetahuan pihak luar...

namun, semenjak peristiwa itu dirahsiakan, muncul pula gangguan2 sepertimana yg telah saye alami 2 hari lalu, kata abg slamat...bagaimanapun, roh perempuan tersebut hanye muncul di bangunan tersebut, tanpa mengganggu mana2 staf/pekerja, tambah abg slamat....

sayer yg mendengar cerite panjang lebar abg slamat tersebut, terus terdiam memikirkan, adekah saye patut terus bekerja di situ...sedangkan sayer tau bhw lambat laun pasti sayer akan bertemu lagi dgn "perempuan" tersebut,,,

kpd yg bekerja di menara EM sekarang, sudahkah anda bertemu dgn "dier"???!!......belum??...heh, mungkin hari ini  hari bertuah andaaaaaa aaaa......


pino's collection-copyright reserved (saper cedok tanpa izin akan di sebat buntutnye)


* "sayer" di atas bkn aku tau...
* inspired by a true story, with some small alteration/amendment
* sebarang kebetulan adelah disengajakan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 12:41 AM | Show all posts
alahai phillip, kata je ko yg sebenar
dalam watak tue. ... lol
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 03:05 AM | Show all posts
waaa..kak pino..citer Pau Puteri tue besh laa.. :clap:
wat kite seriiauuuu plak nak makan pau..huhu...:ting:
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 09:34 AM | Show all posts
besh gak bace citer2 seram ni.. takde lagi dah ker?...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2007 09:43 AM | Show all posts
tu je ke kak pino..
tak seram pon...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2007 10:16 AM | Show all posts
ade bnyk lagi sabo la...ingt karangan bahase melayu spm ke buleh wat dlm mase sejam due....:geram::geram:

sblm pino balik kg ptg ini (nk carik idea citer seram kene la dlm suasane tenang, aman damai dan harmoni=kampong), pino akan post 1,2 citer seram yg pino cedok org punyer...;)

[ Last edited by  philipinoe2 at 26-1-2007 10:17 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2007 10:34 AM | Show all posts

Nak balik ke dah tau?.....

Cuaca petang itu begitu panas dan matahari masih bersinar terik. Dua orang remaja melangkah laju masuk ke dalam perpustakaan sambil mengepit buku. "Ahhh!! Barulah sejuk sedikit." kata seorang pemuda sambil mengibas-gibaskan baju putihnya yang basah dengan peluh.

"Wah ramainya orang kali ini." kata yang seorang lagi.
"Mestilah. Inikan minggu peperiksaan. Semuanya hendak belajar saat-saat akhir. Tentulah sesak. Tak apalah. Kita pergi ke tingkat atas sekali. Di situ tidak ramai orang." kata pemuda pertama tadi.


Mereka berdua terus melangkah menaiki tangga. Ternyata di tingkat teratas perpustakaan itu tidak ramai yang duduk di situ. Mereka berdua memilih sudut yang agak terlindung untuk belajar.
Masa terus berlalu. Beberapa jam kemudian.....
"Ahhh! Aku dah penatlah. Aku balik dahululah." kata seorang pemuda itu sambil mengemaskan buku-bukunya. Majalah "opular Science" dan "National Geographic" yang bersepah di atas meja yang diduduki mereka.


"Allah! engkau ni. Awal lagi ini. Baru pukul tujuh."
"Aku ada temujanji malam ini." kata pemuda itu sambil tersengih-sengih.
"Wah! padanlah." sahut kawannya.
"Engkau masih belum mahu balik lagike?" tanyanya.
"Aku hendak mengulangkaji sedikit lagi. Tak apalah, engkau baliklah dahulu." kata rakannya sambil tersenyum-senyum.


Selesai mengemaskan bukunya pemuda itu melangkah turun meninggalkan rakannya yang masih tekun mengadap buku. Pemuda pertama itu meneruskan bacaannya mengenai sejarah kerajaan Sung - China. Sekali-sekala dia mengangkat kepalanya melihatkan sekeliling. Suasana perpustakaan itu sudahpun agak lengang kerana sudah ramai pelajar yang balik, malah tiada seorangpun yang tinggal di bahagian tingkat atas perpustakaan itu. Suasana yang sunyi itu lebih disukainya kerana lebih mudah baginya untuk mengulangkaji.

Tiba-tiba dia berbau satu haruman yang lembut. Dia terperanjat kerana apabila mengangkatkan kepalanya ada seorang gadis yang jelita yang berambut panjang duduk berhadapan dengannya, tekun membaca. Hatinya berdebar-debar seketika melihatkan kejelitaan gadis itu. Gadis itu tersipu-sipu apabila menyedari dirinya direnung sebegitu.

"Hai! Buat apa tu." tegurnya.
Gadis itu membalas senyumannya dengan senyuman manis. "Boleh saya menumpang duduk di sini. Di sini sunyi, tidak ada orang, jadi saya duduk dekat awak." jawabnya dengan lembut.
Dia berasa gembira. "Ada peluang nampaknya kali ini." katanya dalam hati.
Dia cuba mengajak gadis itu berbual-bual, ternyata gadis itu tidak menolak. Mereka berdua mula bersembang panjang.


"Boleh saya pinjam pen awak sekejab?" tanya gadis itu.
"Boleh-boleh" dia menjawab sambil menghulurkan pennya kepada gadis itu.
"Terima kasih. Saya pulangkan pen awak ini." suara lembut gadis itu menerpa cuping telinganya.


Dia menghulurkan tangannya untuk menyambut pen yang di hulurkan oleh gadis itu.
Tiba-tiba muka gadis itu berubah menjadi merah lalu tertunduk tersipu-sipu kemalu-maluan, apabila dia cuba mencapai tangan gadis itu, tetapi ternyata gadis itu lebih tangkas merentap balik tangannya itu.


Dia agak hampa kerana gagal menggengam tangan gadis itu lalu menggetuk meja dengan pen tetapi pennya itu pula yang terjatuh pula ke bawah meja. Dia menyelinap ke bawah meja untuk mengambil pen itu, tetapi dia mengangkatkan kepalanya terlalu cepat sehinggakan berdentum kepalanya terhantukkan ke bawah meja itu.

Dia menyumpah-nyumpah apabila mendengarkan gadis itu tertawa perlahan-lahan. Dia sedang menggosok-gosokkan kepalanya apabila dengan tiba-tiba bulu romanya menegak berdiri apabila dia melihat dengan ekor matanya kerusi di hadapannya itu. Darahnya berderau...:geram::geram: dan dia bangun menegak kembali sambil terus menggosokkan -gosokkan kepalanya sambil melihat kearah gadis itu yang duduk tersenyum di hadapannya sambil menutup mulut dengan tangan.

Dia mula mengemas-gemaskan bukunya dengan cepat. Untuk menguatkan semangatnya dia berkata "Ahhh... dah penatlah. Nak baliklah." :pray::pray::pray:

Gadis itu hanya tersenyum mendengarkan perkataannya lantas menjawab "Dah penat ke, dah tahu..." :cak::cak::cak: (sebelum ia mengilai....hheheheheheh)

credit to zxc1**
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2007 10:45 AM | Show all posts

org minyak menyerang kuala Muda, kedah..

kuala Muda, kedah- 2006

cerita nie berlaku di salah sebuah daerah di negeri kedah pada awal tahun ini. Mungkin anda pernah membaca atau terbaca atau terdengar mengenai kisah ini di surat khabar, majalah dsb, namun cerita yang sebenarnya tidak pernah di hebahkan kpd umum, hanya diketahui oleh penduduk- penduduk setempat di kawasan tersebut.

Pada awal tahun ini, di sebuah daerah di negeri kedah, cukup dikenali sebagai kuala Muda, heboh di kawasan tersebut mengenai kemunculan orang minyak yg mengganas menggangu anak dare org kampung, mencabul memperkosa, meliwat tanpa belas kasihan.

Hampir setiap malam org minyak tersebut menjalankan aktiviti kejinya itu di kampung2 sekitar daerah kuala Muda mengakibatkan org kampung yg marah mengambil keputusan utk berjage dan membuat kawalan di sekitar kg2 mereka bergilir2.

Namun, biarpon mereka berjage di sekitar kampong masing2, org minyak tersebut masih menjalankan aktiviti mencabul, memperkosa anak dare kg2 di daerah kuala Muda seperti biasa menunjukkan die tidak pernah rase tergugat dgn kawalan2 yg dibuat oleh org kg.

Org kg semakin terdesak untuk menghentikan keganasan org minyak tersebut. Mereka kemudiannya mula sepakat utk meminta bantuan bomoh yg ada di kg mereka itu. Dukun wahab, bkn nama sebenar yg dirujuk oleh org kg memberitahu org kg bahawa org minyak tersebut boleh menjelma sebagai kucing berbulu hitam.

Mendengar kata dukun wahab tersebut, org kg tersebut mula mencari semua kucing berbulu hitam di sekitar kg mereka. Org kg yg dikuasai oleh perasaan marah terhadap jenayah dilakukan oleh org minyak tersebut bukan sahaja menangkap mana2 kucing berbulu hitam yg dijumpai, malah ade yg memukul bahkan ade yg membunuh kucing2 yg malang tersebut.

Namun, biarpon hampir tidak kelihatan lagi kucing berbulu hitam di kawasan kg tersebut, gejala anak dare kg di cabul, diperkosa oleh org minyak masih berlaku membuatkan sumer org kg kehairanan bercampur marah yg semakin meluap2.

Kemudian, berdasarkan bomoh lain yg ditemui oleh penduduk kg, bomoh tersebut memberitahu bahawa sebenarnya org minyak tersebut bukanlah perbuatan org tempatan, tetapi warga pendatang yg menetap di sekitar kg2 daerah kuala Muda. maka penduduk kg mula menjalankan siasatan mengenai pendatang2 asing yg ade di kawasan kg masing2.

Setelah beberape minggu menjalankan siasatan dan intipan, org kg mula mengesyaki bhw org minyak yg dicari mereka adelah seorang pendatang asing dr myanmar yg tinggal di pinggir kg Melewah, yg pada siang hari mengambil upah menuai padi org2 kg tersebut.

Ini berikutan penemuan beberape peralatan pemujaan di dlm rumah warga Myanmar tersebut seperti kemenyan, keris lama yg berkarat, tangkal berbau busuk dipercayai abu mayat dsb.

Senja selepas penemuan peralatan pemujaan di rumah warga Myanmar tersebut, org kg beramai2 mula menyerang warga Myanmar tersebut di rumahnya. Lelaki Myanmar tersebut ditangkap, di pukul bertubi2 tanpa diberikan sebarang peluang utk membela atau memberikan sebarang penjelasan.

Separuh mati lelaki Myanmar tersebut dibelasah, kemudiannya org kg tersebut pon menghantar dier di balai p0lis dan membuat laporan p0lis. Pihak p0lis pula kemudiannya yg telah lamer menyiasat kes tersebut, membelasah lelaki myanmar tersebut semase dlm tahanan mereka.

Namun, lelaki Myanmar tersebut tidak sesekali mengaku bahawa dier adelah org minyak yg mengganas di kg2 daerah kuala Muda tersebut walaupon teruk die dibelasah.

Hari keenam lelaki Myanmar tersebut dalam tahanan p0lis, selepas dier di belasah dgn terok oleh pegawai penyiasat, dgn muke yg marah dier pon menjerit: 搆org tunggulah selepas ini!!!aku akan pastikan jd lebih teruk dr sekarang..!!!br korg menyesal..!!
Reply

Use magic Report

nikatan This user has been deleted
Post time 26-1-2007 11:43 AM | Show all posts
haaaa citer org minyak ni baru 1st time dgr...dahsyat nyeeee.....
citer laaaa lagi kisah seram...
Reply

Use magic Report

mistygurl This user has been deleted
Post time 26-1-2007 03:24 PM | Show all posts
pinoe... citer pau puteri tue penah kuar tb 3 kan??
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 04:21 PM | Show all posts
i want more stories....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 06:40 PM | Show all posts
hisssh  seramnya  

                 



  


Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 11:11 AM | Show all posts
wow.......menarik la cerita pinoe esp. orang minyak tu. yang saya tau kisah ni happen dlm thn 2000. tak tau lak yang thn 2006 pun ada. anyhow, good job..............good story teller.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2007 09:33 AM | Show all posts

Reply #12 mistygurl's post

ye ke?...cist, nk kene sebat ni buntut saper yg curik citer haku ni....:geram::geram:

but, actually, aku yg curik citer tuh dr tok uban....:lol :lol :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2007 09:45 AM | Show all posts

Reply #15 jaja_maaman's post

kan da tulis bwh cite tu, ade amendment/alteration aku da wat...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 09:49 AM | Show all posts
citer 'nak balik ke dah tau' tu bese dgr..tp edition lain ckit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2007 09:51 AM | Show all posts

Reply #13 kimpossible's post

ok, more to come, more to :geram::geram:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2007 04:52 PM | Show all posts
langsuyar beli kueh di subuh hari

SELESAI mengaminkan doa dan bersalaman dengan beberapa jemaah,
Azizul pantas menuruni tangga surau. Dia perlu pulang awal untuk ke dapur
membantu isterinya menyediakan bahan nasi lemak dan kuih untuk dijual.

Tidak sampai hati dia melihat isterinya sibuk buat itu dan ini seorang diri,
sedangkan usaha itu sedikit sebanyak menambah pendapatan keluarga
mereka.

"Hai Zul...masih awal lagi, tak kan dah nak balik. Borak-boraklah dulu," tegur
Tapa apabila melihat Azizul sudah berada di atas motosikalnya di halaman
surau.

"Tak boleh lah, aku banyak kerja di rumah. Lagipun esok aku kena bangun
awal hantar kuih dan nasi lemak, bukan macam kau orang," balas Azizul
sambil menghidupkan enjin motosikalnya.

"Haa...Zul, jaga-jaga keluar awal pagi nanti, silap hari bulan terjumpa cik
langsuir," celah Nordin cuba menyakat Azizul.

"Itu cerita lampu minyak tanah la Din. Sekarang ni Internet.
Ubahlah sikit pemikiran tu," sindir Azizul.

"Cakap besar nampak, jumpa sekali baru tau," dalam deruman bunyi enjin
motosikal, telinga Azizul masih dapat menangkap tempelak Nordin sebelum
keluar dari perkarangan surau.

Malas Azizul hendak melayan gurauan Nordin tadi. Dia bukannya mahu
cakap besar tapi tidak ada apa yang hendak ditakutkan. Sudah berbulan
dia berulang alik seawal jam 5.30 pagi dari kampungnya ke kawasan perumahan
Taman Sejati,di pinggir bandar Sungai Petani untuk menghantar
kuih dan nasi lemak kepada penjaja di situ.

Saban pagi dia melalui Seberang Tok Soh, kawasan yang dikatakan tempat
jelmaan langsuir. Namun tidak pernah dia terserempak dengan semua itu.
Sudah banyak kali juga cerita langsuir sampai ke telinganya.

Bagaimanapun, apabila ditanya pada si pembawa cerita sama ada mereka
pernah terserempak dengan semua itu, jawapan mereka semuanya sama
iaitu sekadar mendengar cerita orang.

Jadi, bagi Azizul, semua itu cerita lapuk yang sengaja dihidupkan bagi
mengundang perasaan takut kepada sesiapa yang melalui jalan berkenaan
pada malam hari.

"Esok pagi abang ingat nak keluar awal sikit," Azizul memberitahu isterinya
ketika menolong memotong daun pisang untuk dijadikan pembungkus nasi
lemak.

"Kenapa awal sangat, macam biasa kan sempat?" soal isterinya dari sudut
dapur.

"Bos tempat kerja abang dah tengok abang semacam saja sebab selalu
benar masuk kerja lewat," balas Azizul yang bekerja sebagai tukang kebun
di loji air berdekatan bandar Sungai Petani.

Azizul sedar, setiap pagi dia terpaksa mengejar masa. Selepas solat subuh,
dia terpaksa bergegas membawa nasi lemak dan kuih ke Taman Sejati yang
terletak hampir 13 kilometer dari rumahnya.

Dia kemudiannya berpatah balik untuk membawa anaknya ke sekolah sebelum
terus ke tempat kerja. Memang setakat ini bosnya belum bersuara, sekadar
menjeling, tapi kenalah faham jangan sampai dia mengeluarkan suara.

Keesokan hari, awal pagi lagi Azizul sudah bangun menolong isterinya
membungkus nasi lemak sementara isterinya menggoreng karipap, cucur
badak dan membuat kuih tepung talam.

"Masih awal lagi bang. Sunyi jalan raya tu," isterinya meluahkan sedikit
kerisauan ketika Azizul mula bersiap-siap meninggalkan rumah.

"Dah pukul 5 pagi, awal apa lagi. Lagipun van kilang dah mula keluar untuk
mengambil pekerja. Dahlah tu, abang nak pergi ni," balas Azizul selepas
memastikan ikatan raga kemas di atas pelantar motosikalnya.

Azizul menghidupkan enjin motosikalnya dan membiarkan ia panas
beberapa ketika sebelum memberi salam dan meredah kegelapan pagi
menuju ke Taman Sejati.

Memang benar kata isterinya, sunyi sungguh jalan raya ketika itu.
Tiada sebuah pun van kilang yang berselisih, seperti kebiasaannya.
Rupanya hari Ahad, barulah Azizul teringat. Semua pekerja kilang cuti
hujung minggu.

Pagi itu juga suhu agak sejuk dan keadaan lebih berkabus berbanding
hari lain. Menggeletar juga tubuh Azizul, biarpun dibaluti jaket tebal.

Azizul tidak berani menambah kelajuan motosikalnya kerana dalam
suasana berkabus pandangan agak terhad. Bimbang juga kalau terlanggar
lembu-lembu yang gemar tidur dan memanaskan badan pada hamparan tar.

Ketika melewati selekoh Kampung Seberang Tok Soh, seorang gadis
menahan motosikalnya. Disebabkan pandangan kurang jelas, Azizul
terlajak beberapa meter sebelum berpatah balik ke arah gadis itu.

Tiada apa yang mempengaruhi fikiran Azizul terhadap gadis itu. Baginya
mungkin gadis itu pekerja kilang yang mahu mencari duit lebih dengan
membuat kerja lebih masa pada hari cuti.

Harum semerbak

"Nak beli kuih?" soal Azizul sebaik saja memberhentikan motosikalnya
di hadapan gadis itu.

Gadis itu sekadar menganggukkan kepala. Bau harum semerbak dapat
dihidu Azizul tapi dia tidak ambil pusing. Gadis dengan wangi-wangian
memang tidak boleh dipisahkan.

Azizul sudah lali dengan bau harum pewangi gadis pekerja kilang setiap
kali mereka singgah di gerai tempat dia meletakkan kuih. Kalau lima gadis
datang serentak, keharuman mereka masih dapat dihidu walaupun van
kilang sudah bergerak pergi.

Oleh kerana suasana masih gelap, Azizul menyalakan pemetik api sambil
menunjukkan satu per satu jenis kuih yang tersusun di dalam raga di atas
pelantar motosikalnya.

Gadis itu kemudiannya mencapai beg plastik di tangan Azizul dan mengambil
dua bungkus nasi lemak dan lima karipap.

"Dua ringgit semuanya," kata Azizul.

Dua helai wang kertas seringgit dihulurkan gadis itu. Azizul menerimanya
dan memasukkannya ke dalam saku seluar sebelum melangkah duduk di
atas kusyen motosikalnya.

Ketika membuat pusingan, sengaja Azizul menghalakan cahaya lampu
motosikalnya ke arah gadis itu. Boleh tahan cantiknya, tercetus ayat itu
di dalam hati Azizul.

"Cuti-cuti pun kena kerja juga?" sengaja Azizul melontarkan soalan itu.

Tetapi tidak dibalas, hanya sekuntum senyuman terukir di bibir gadis itu.
Azizul kembali meneruskan perjalanannya. Terdetik juga di hati Azizul betapa
beraninya gadis itu seorang diri menantikan van kilang di kawasan kebun
getah pada waktu awal pagi.

Sebelum ini, memang Azizul sering terserempak dengan gadis menunggu
van kilang tapi biasanya tidak berseorangan, sebaliknya mereka berkumpulan
atau ada seorang lelaki menjadi peneman.

"Jangan-jangan gadis itu langsuir yang diguraukan Nordin semalam,"
tiba-tiba terlintas persoalan itu di benak Azizul.

"Ahhh...kalau langsuir pastinya tadi dia dah pamerkan rupa sebenarnya.
Lagipun, tak kan langsuir nak makan nasi lemak," pantas dia sendiri
menafikannya sambil tergelak kecil.

"Awal hari ni?' tegur penjaja yang menyedari kedatangan Azizul ke
gerainya lebih awal berbanding sebelumnya.

"Nak kejar masa Bang Man. Hari ini nasi lemak kurang dua bungkus
dan karipap kurang lima sebab ada gadis beli di pertengahan jalan tadi,"
beritahu Azizul sebelum meninggalkan tempat itu.

Azizul terus bergegas pulang ke rumah untuk menghantar anaknya ke
sekolah. Setiba di rumah dia mengerjakan dulu solat Subuh sementara
menantikan anak-anaknya menyiapkan diri.


"Ayah, mak suruh minta duit pada ayah sebab mak tak ada duit kecil,"
beritahu anak sulungnya setiba di depan pintu pagar sekolah.

Azizul terus menyeluk poket seluarnya untuk mengambil hasil jualan
pertamanya dengan gadis tadi. Tercengang Azizul apabila mendapati tiada
duit dalam poket seluarnya itu, yang ada hanya dua helai daun getah kering.

Azizul tidak berpuas hati lalu menyeluk poket seluarnya sekali lagi. Memang
sah, tiada duit dua ringgit yang diberikan gadis tadi.

"Dari mana datangnya daun getah ni. Seluar ini aku baru saja keluarkan
dari dalam almari. Berkerut dahi Azizul cuba mencari punca datangnya
daun getah kering itu.

Susuk tubuh gadis yang membeli kuihnya tadi serta merta datang
dalam ingatan Azizul. Barulah dia sedar gadis tadi bukan gadis biasa.
Mungkin ia jelmaan langsuir seperti yang sering diperkatakan. Buktinya,
dua helai daun getah kering di tangannya sekarang ini.

Seminggu juga Azizul dilanda demam terkejut. Selama itu jugalah
isterinya berehat daripada membuat nasi lemak kerana tiada siapa
yang hendak menghantarnya.

Apabila pulih daripada demam, selagi jam belum hampir 6 pagi, Azizul
tidak akan bertolak menghantar kuih ke Taman Sejati.

credit to A&W
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.285607 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list