[size=85%]Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata;
Nabi saw bersabda yang bermaksud:
Barangsiapayang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akanmemberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasapada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji danUmrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepalaanak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan denganrambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orangmukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seoleh-oleh memberibuka puasa semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka.
Sahabat bertanya:
Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah:
Benar!.
路 Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa' .
Bertanya para sahabat :
"Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?"
Sabdanya :
o ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
Diciptakan lautan pada 10 Muharram
Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
[size=85%]bagi sesiapa yg ingin
berpuasa juga pada hari ahad,
ianya untuk hari tasu'a (9 Muharram).
hari yg membedakan
ibadah kita drpd mereka yg yahudi.
insyaAllah,
segala ibadah kita dirahmatiNya
yg Maha Mengetahui.
wallahualam.