|
Album solo dua beradik popular muncul akhir tahun
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
SEANDAINYA perancangan berjalan lancar, dua beradik popular, Ziana dan Anuar Zain akan muncul dengan album solo terbaru mereka pada tahun ini juga. Kedua-duanya kini dalam proses menyiapkan album terbitan sendiri.
Menurut Ziana, dia mengeluarkan sekitar RM100,000 untuk menghasilkan album studio terbaru itu dan setakat artikel ini ditulis, penyanyi berkenaan sudah pun merakamkan lima lagu iaitu Melara Jiwa, Cinta Agung (kedua-duanya ciptaan Ajai), Dingin (Azlan Abu Hassan), Pawanan (Sharon Paul) dan Aku Dan Dia (Audi Mok).
揝ebuah lagi lagu ciptaan Audi akan saya nyanyikan bersama seorang penyanyi lelaki. Lagu itu berentak balada dan mempunyai susunan muzik yang cukup indah. Masalahnya, pasangan duet saya belum lagi ditemui. Dalam kepala, sudah tentu saya terbayangkan beberapa nama termasuk M Nasir, Awie dan Jamal Abdillah, |
|