CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3287|Reply: 13

SUICIDE BOMBINGS...what does it achieve?

[Copy link]
Post time 12-4-2007 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Banyak kejadian sebegini berlaku di seluruh dunia...hingga
ada yang dijadikan plot filem spt filem Hindi Dil Se...orang
India, Arab antara yang selalu dikaitkan dengan perlakuan
yang negatif menurut pandangan umum tetapi suci dan
perlu bagi pejuang-pejuang berani mati sedemikian...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2007 05:44 PM | Show all posts
sy tak nampak apa perlunya suicide bombing ni.suicide is suicide.it's wrong dr segi humanity.

tp mungkin pemikiran sy berubah if i were in their shoes. i dont know.
perhaps that the only things that they can think and do.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 08:11 PM | Show all posts
I have discussed the issue of suicide bombers in CI  Bod, click on the link below if any of you would like to read about it.

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=271695
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2007 10:19 PM | Show all posts

Reply #3 free2rhyme's post

Great minds think alike
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 03:11 PM | Show all posts
suicide bombers nie ekceli, telah di indoctrinasi dari kecil akan perjuangan kuasi murni nie

they don't fanthom the right from wrong of outside viewers,while it is sad they are ekceli being made a scapegoat from the ppl, that are themselves terlalu pengecut, to come forward and do the 'suci' things for them

I only have deep feeling of kesian for them   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 03:56 PM | Show all posts
Could it be it's more an act of desperation than an act of 'holyness'?

What would you do, if bad things happens to your father, mother, sisters, brothers, friends (and families)? Feel free to imagine grotousque events...

You don't have resources to fight them or stop them. No weapon or military skills. Being an exploding man or woman is the only way that you can think of.

Do you need to avenge those you love? Do you wantto make a statement? To instill fear in them? Blinded sadness despair and revenge, someone offers you a strap on bomb.

What would you do?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2007 04:42 PM | Show all posts
fenomena suicide bombing yg berlaku di kebanyakkan negara di dunia sekarang adalah cara yang salah utk mempertahankan diri.tiada ada apa yang murni dalam perjuangan bila mengorbankan diri sendiri dan orang yg tidak bersalah turut sama terkorban.kanak-kanak,wanita dan orang-orang tua yang tidak berdosa turut menjadi mangsa mereka.perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja dengan perbuatan pihak yang menzalimi mereka.

kita tahu bahawa suicide bombers tersebut melakukan tindakan sebegitu kerana mereka ditindas,dizalimi dan sebagainya.tapi perbuatan mereka mengebom tempat2 tumpuan orang awam dan menghancurkan negara mereka sendiri.sebaiknya jika mereka hendak berjuang dengan cara tersebut,hindarilah dari mengorbankan nyawa mereka yang tidak berkenaan.tumpukan kepada sasaran yang sah sahaja.itu yang sebetulnya perjuangan bagi mereka yang tertindas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 11:08 PM | Show all posts
Mungkin mereka bukan nak berjuang, tetapi membalas dendam terhadap ketidak adilan yang dialami. Melepaskan kebencian yang bersarang di jiwa..



Macam mana pun, salah tetap salah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2017 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Attention obviously

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2017 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
melahirkan kebencian, buruk sangka, dendam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2017 10:50 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Its a waste of life.  Yang pasti leader have kepentingan sendiri,  di momok kan dgn keagamaan untuk mati syahid.  Minta jauh lah dari ideology  sebegini dari meracun minda generasi muda

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 7-9-2017 12:16 PM

Sebelum saya memetik fatwa daripada ulamak terkenal, Dr Yusuf Al-Qaradawi, tentang hukum pengebom berani mati iaitu perbuatan orang Islam yang bertindak nekad meletupkan dirinya dengan bom yang disalut pada badannya untuk membunuh orang lain, maka saya ingin memberikan sedikit gambaran tentang pembunuhan yang berlaku di dalam dunia pada hari ini, khususnya di dalam dunia Islam.

Hari Sabtu 1 Mei 2010 seluruh dunia menyambut Hari Buruh, dan terdapat juga insiden dalam perarakan hari buruh di seluruh dunia yang menimbulkan keganasan, pertempuran dengan polis dan sebagainya, tetapi tidak seteragis seperti yang berlaku di Somalia.

Umat Islam di Somalia menyaksikan insiden kematian dan pertumpahan darah pada Hari Buruh, dan pertumpahan darah serta pembunuhan ini bukan berlaku di jalan atau di padang, tetapi berlaku di masjid, tempat suci dan rumah Allah, dan berlakunya pula ketika umat Islam sedang menunggu untuk menunaikan ibadat, sembahyang Zohor.

Tidak kurang daripada 30 orang yang mati dalam serangan kejam dan berdarah itu, dan ratusan yang lain cedera. Yang amat menyedihkan pula, yang menyerang dan membunuh bukanlah musuh yang berbeza agama atau bangsa, tetapi musuh sesama Islam, iaitu orang Islam membunuh orang Islam.

Sebabnya? Tak tahu sangat kita, tetapi menurut berita, keganasan ini berlaku kerana permusuhan sesama sendiri disebabkan agenda dan fahaman perjuangan politik yang berbeza. Ideologi politik dan perjuangan yang berbeza menimbulkan sikap dan rasa fanatik partisan yang melampau, dan bila berlaku perbezaan dalam perjuangan masing-masing, maka perbezaan itu boleh menimbulkan permusuhan, maka cara penyelesaiannya ialah bertindak membunuh musuh itu, walau pun terpaksa dilakukan di dalam masjid.

Barang dijauhkan Allah, semoga hal ini tidaklah meresap masuk ke dalam negara kita ini, dan tidak pula menjadi "trend" bagi "perjuangan" politik umat Islam, yang sememangnya kelihatan bahawa umat Islam pada hari ini lebeh suka bermusuhan sesama sendiri, daripada bermusuhan dengan musuh yang sebenarnya.

Insiden membunuh sesama umat Islam ini sebenarnya bukan baru. Telah berlaku sekian lama di dalam negara Islam, orang Islam bertindak membunuh sesama sendiri. Pembunuhan ini sering juga dilakukan dengan "pengebom berani mati" iaitu tindakan seorang "pejuang" yang membalutkan dirinya dengan bahan letupan yang banyak di bawah bajunya, kemudian berjalan sebagai orang biasa di mana-mana sasaran yang hendak dimusnakannya, dan apabila berada di dalam khalayak yang tertentu, maka ia akan bertindak meletupkan dirinya, berkecai daging dan tulang belulangnya, serta membunuh sesiapa saja yang berada berdekatan dengannya.

Orang yang mati di sisinya, mungkin juga kanak-kanak, orang tua atau wanita, tetapi hal itu tidak dihiraukannya, asalkan dia berjaya menjalankan "misinya". Orang yang melakukannya mungkin telah diberitahu oleh orang lain bahawa hal itu adalah merupakan "jihad" yang harus dilakukannya, dan ia akan mendapat syurga dengan mudah.

Saya cadangkan supaya kita di Malaysia segera mengambil satu pendirian tentang pengebom berani mati ini, kerana membunuh diri sendiri, atau membunuh orang lain tanpa hak yang dibenarkan oleh syarak adalah dosa besar, dan Allah tidak mengizinkannya. Jadi tindakan membunuh diri, walau pun seandainya orang yang hendak kita bunuh itu benar-benar musuh kita, pada hukum agama adalah haram dan berdosa, kerana Islam tidak membenarkan sesuatu "cara", walau pun tujuan dan matlamatnya diharuskan. Matlamat tidak mengharuskan cara.

Sila lihat ayat-ayat Al-Quran tentang peraturan-peraturan berperang di dalam Islam, dan hukum Allah terhadap perbuatan membunuh orang lain atau membunuh diri sendiri. (2:190 , 4:29-30, 17:33, 2:178-179) dan lain-lain

Dr Yusuf Al-Qaradawi telah agak lama mengemukakan fatwanya tentang hukum orang yang membunuh diri untuk membunuh orang lain, seperti yang disebutkan di atas, iaitu yang dikenali sebagai suicide bomber ini.
Beliau dalam buku koleksi fatwanya yang terbaru sekali lagi menegaskan bahawa perbuatan pengebom berani mati di bumi Israel oleh orang Islam adalah harus. Beliau berhujjah bahawa perbuatan ini harus dilakukan ialah kerana " masyarakat Israel semuanya adalah masyarakat tentera, lelaki dan perempuannya, dan orang Palestin adalah bertindak menentang pendudukan Israel, oleh itu hak untuk mempertahankan tanah air adalah merupakan hak yang diizinkan syarak, dan pengebom berani mati itu tidak menggunakan orang lain, malah mengorbankan dirinya sendiri untuk menakutkan musuhnya itu"

Berdasarkan alasan inilah beliau memberikan fatwanya bahawa hanya para pengebom berani mati di Israel itu sahaja yang dibenarkan Sayarak, tidak di tempat lain, menurut yang saya fahami dari nas fatwanya itu (Fatawa Mu'asirah, juzuk 4, halaman 795, 2008, Doha)

Beliau telah memberikan kupasannya yang amat baik tentang adab-adab peperangan di dalam Islam, dan hukum Syarak tentang perbuatan membunuh, tetapi di dalam isu pengebom berani mati di Israel seperti yang dijelaskannya itu mungkin menimbulkan beberapa pertanyaan, umpamanya kita boleh bertanya : benarkah semua anggota masyarakat Israel itu adalah masyarakat tentera? Bagaimanakah keadaannya sekiranya pengebom berani mati itu yang membunuh dirinya lalu menyebabkan kematian kepada kanak-kanak, orang tua dan lemah, atau orang luar yang bukan terdiri daripada orang Israel?

Hal ini mungkin agak tepat sekiranya dilihat kepada perbuatan membunuh diri oleh tentera Jepun di dalam peperangan dunia kedua yang dikenali sebagai Kamikaze, iaitu ketika tentera Jepun, khususnya juruterbang jet pejuangnya yang bertindak menjatuhkan pesawatnya ke atas kapal perang pihak Bersekutu di laut, malah terdapat tentera Jepun yang menerjunkan dirinya ke dalam serombong kapal perang Bersekutu untuk memusnahkan kapal perang musuh.

Tentara Jepun yang bertindak begitu memang menujukan sasarannya kepada armada angkatan laut musuh yang begitu banyak, dan pihak tentera Jepun melakukan gerakan membunuh diri ini semata-mata ditujukan kepada musuh, kerana kapal perang itu memang penuh dengan tentera musuh, maka Jepun ingin memusnahkan seberapa banyak kapal perang musuhnya itu, dan kerana itulah mereka bertindak nekad menjatuhkan pesawat perang mereka ke atas kapal perang musuh itu dan memusnahkannya.

Tetapi perbuatan pengebom berani mati di Israel yang tidak berjaya menembusi benteng pertahanan tentera Israel untuk memasuki ke kem tentera Israel untuk membunuh mereka dengan cara meletupkan dirinya itu, sering juga melakukan perbuatan ini di pasar, di stesyen bas, di kedai kopi, restoran dan sebagainya. Dalam keadaan ini timbullah persoalan di atas, iaitu apakah hukumnya pula dengan pembunuhan ini yang ada kalanya membunuh orang awam yang tidak berdosa, dan mereka bukannya tentera? Malah satu persoalan lain akan timbul juga di sini, iaitu apakah "tujuan" untuk membunuh musuh ini boleh dilakukan dengan membunuh diri sendiri sebagai "cara"nya, dalam kaedah "matlamat mengharuskan cara? (Al-Ghayah Tubarriru Al-Wasilah)
Semua orang mengiktiraf dan tahu bahawa Dr. Yusuf Al-Qaradawi adalah seorang yang pakar dalam fatwa, malah pemikirannya amat terkini. Tetapi dalam hal ini, timbul persoalan di kalangan ulamak lain, kerana beliau menjustifikasikan perbuatan membunuh diri untuk membunuh musuh.
cc: profismail.blogspot.my

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.156055 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list