View: 271432|Reply: 168
|
[Cadangan]
Hak Pekerja / Akta Kerja (Q & A)
[Copy link]
|
|
Hak dapat gaji walaupun bekerja 3 hari
SAYA ingin bertanya, adakah terdapat sebarang kelonggaran di dalam Akta Pekerja untuk wanita mengandung. Ini kerana saya menghadapi kesukaran untuk menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan kerajaan yang mengambil masa yang lama iaitu kira-kira dua jam untuk menjalani pemeriksaan bulanan dan di dalam tempoh masa bekerja.
Saya bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta, majikan hanya membenarkan saya keluar membuat pemeriksaan hanya pada waktu rehat selama satu jam dan jika lebih hendaklah diganti waktu tersebut. Gaji saya juga pernah dipotong sebanyak RM5 kerana terlebih masa rehat selama satu jam.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hak, pampasan apabila ditamatkan kerja
SUAMI saya bekerja sebagai penyelia shift (ketua shift) sejak 15 tahun lalu di sebuah syarikat swasta. Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai ketua shift, pihak syarikat tidak membayar elaun jawatan tersebut.
Yang menghairankan, ketua shift di cawangan lain dalam syarikat berkenaan dibayar elaun sebanyak RM300 sebulan.
Bagi situasi begini, adakah suami saya berhak mendapat kembali elaun ketua shift selama 15 tahun yang tidak diterima. Sekiranya boleh, bagaimanakah caranya untuk membuat tuntutan sedangkan suami saya baru sahaja bersara.
Suami puan boleh menuntut elaun tersebut tetapi dihadkan untuk tempoh enam (6) tahun sahaja. Menurut Akta Had Masa Seksyen 6(1)(d)"... tuntutan sejumlah wang... tidak boleh melebihi tempoh dari enam (6) tahun dari tarikh berlaku tuntutan (cause of action)... |
|
|
|
|
|
|
|
Hak mendapat bayaran bonus
SAYA adalah seorang bekas pekerja syarikat telekomunikasi dan telah mengambil skim pemisahan suka rela pada akhir tahun lalu (2006). Baru-baru ini pihak syarikat telah mengumumkan pembayaran bonus tahunan bagi tahun 2006.
Adakah saya berhak menerima pembayaran tersebut. Jika saya layak, bagaimanakah caranya saya ingin membuat tuntutan tersebut?
Seseorang pekerja berhak menerima bonus jika kontrak perkhidmatannya memperuntukkan sedemikian. Sebaliknya, seseorang pekerja tidak berhak menerima bonus jika tidak ada peruntukan untuk pembayaran bonus yang dinyatakan di dalam perjanjian atau syarat/terma perkhidmatan.
Dalam situasi sedemikian majikan boleh menggunakan budi bicaranya bagi bayaran bonus kepada pekerjanya. Anda perlu meneliti kontrak perkhidmatan anda dengan syarikat telekomunikasi tersebut untuk menentukan sama ada anda layak menerima bonus bagi tahun 2006 memandangkan perkhidmatan anda telah ditamatkan melalui Voluntary Separation Scheme (VSS).
Saya sudah beberapa bulan cuti sakit (MC) tanpa gaji daripada majikan. Persoalan saya adakah saya layak mendapat bayaran untuk cuti sakit dan cuti tahunan untuk tahun 2007 yang diperuntukkan bagi setiap tahun oleh majikan. Masa bilakah saya layak menuntutnya? Adakah pada hujung tahun 2007?
Anda tidak memberitahu jenis pekerjaan dan jumlah pendapatan bulanan anda untuk membolehkan kami menentukan sama ada anda dilindungi di bawah Akta Kerja 1955. Seseorang pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 adalah layak untuk cuti sakit bergaji pada setiap tahun kalendar. Oleh itu, jika anda dilindungi di bawah akta tersebut, anda layak untuk cuti sakit bergaji pada setiap tahun kalendar termasuk tahun 2007.
Seseorang pekerja layak untuk cuti tahunan bergaji pada sesuatu tahun bagi perkhidmatan selama 12 bulan berturut-turut pada tahun sebelumnya. Mengikut Seksyen 60E(3A) akta tersebut, jika seorang pekerja bercuti tanpa gaji untuk suatu tempoh melebihi 30 hari, tempoh cuti tanpa gaji tersebut tidak diambil kira untuk kiraan tempoh perkhidmatan bagi menentukan kelayakannya bagi cuti tahunan bergaji.
Oleh kerana anda telah bercuti sakit tanpa gaji untuk beberapa bulan pada tahun 2006, anda layak mengambil cuti tahunan bergaji hanya selepas anda telah genap perkhidmatan selama 12 bulan berturut-turut dan tempoh anda bercuti sakit tanpa gaji tidak boleh diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan tersebut.
Jika anda tidak dilindungi di bawah Akta Kerja 1955, kelayakan anda untuk cuti sakit bergaji dan cuti tahunan bergaji adalah tertakluk kepada peruntukan kontrak perkhidmatan anda.
Saya telah bekerja di sebuah syarikat swasta selama 12 tahun. Jika saya diberhentikan kerja disebabkan kesilapan yang tidak disengajakan, adakah saya berhak mendapat performance bonus yang dibayarkan kepada semua kakitangan berdasarkan prestasi kerja mereka untuk tahun lepas. Selalunya bonus ini dibayar pada bulan Mac tahun berikutnya. Adakah saya boleh mendapat pampasan jika diberhentikan kerja tanpa notis?
Seseorang pekerja berhak menerima bonus jika kontrak perkhidmatannya memperuntukkan sedemikian. Sebaliknya, seseorang pekerja tidak berhak mendapat bayaran bonus jika tidak ada peruntukan untuk bayaran bonus di dalam kontrak perkhidmatannya.
Anda perlu meneliti kontrak perkhidmatan anda dengan majikan untuk menentukan sama ada anda layak menerima bonus berdasarkan prestasi kerja. Bagaimanapun, seseorang pekerja yang ditamatkan kerja kerana salah laku tidak layak mendapat bonus dan tidak berhak mendapat sebarang bayaran faedah penamatan kerja.
Anda mempunyai sebarang masalah sumber manusia?
Sila hantarkan soalan kepada:
Sekretariat,
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF)
P.O. Box 11026,
50732 Kuala Lumpur.
Faks: 03-92838629
E-mail: [email protected]
Laman web: http://www.mef.org.my |
|
|
|
|
|
|
|
Kepastian gaji cuti bersalin
ADAKAH benar dalam undang-undang buruh Malaysia menyatakan, cuti bersalin hanya sah untuk kelahiran anak sebanyak tiga orang sahaja. Bermaksud pihak majikan perlu membayar gaji sebanyak tiga kelahiran sahaja.
Selebihnya pihak majikan tidak akan membayar/menggaji selama tempoh cuti bersalin. Jika benar, jelaskan undangundang tersebut.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tidak perlu bayar gaji pekerja semasa di lokap
SAYA bekerja sebagai Network Engineer di sebuah syarikat swasta di Damansara. Menurut perjanjian kerja, saya boleh memberi notis berhenti sebulan atau tiga bulan (selepas disahkan).
Selepas tujuh bulan saya masih belum menerima surat pengesahan jawatan atau sebarang penilaian dibuat. Saya telah memberi notis berhenti sebulan kepada majikan bertarikh 24 Julai 2007. Notis berkuat kuasa 30 hari mulai 1 Ogos 2007 (sehingga 30 Ogos, 2007).
Masalah saya ialah pihak majikan telah menyekat gaji bulan Julai saya tanpa sebarang notis atau pemberitahuan. Apabila saya mengajukan hal ini, pihak berdolak- dalik dan masih belum menjelaskan gaji bulan Julai saya.
Apakah majikan berhak menyekat gaji bulan Ogos saya? Apakah tindakan yang patut saya lakukan?
Majikan tidak berhak menyekat gaji sekiranya seseorang pekerja masih lagi bekerja dalam tempoh notis pemberhentian kerja. Bagi mereka yang tertakluk di bawah skop Akta Kerja 1955 gaji mereka hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada 7 haribulan berikutnya. Anda patut membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berhampiran dengan tempat kerja anda untuk mereka mengambil tindakan segera.
Saya bekerja dengan sebuah syarikat swasta tanpa surat pelantikan. Tarikh mula berkhidmat pada 1 April 2004 dan gaji permulaan sebanyak RM750. Gaji sekarang RM1,100 dengan jawatan sebagai pegawai pemasaran.
Adakah bayaran gaji setiap bulan sehingga sekarang boleh dianggap sebagai telah disahkan dalam jawatan?
2. Saya telah dilantik menjadi pengarah dalam syarikat yang lain, milik majikan, dengan syer percuma RM5,000. Gaji tetap dibayar oleh syarikat induk. Saya telah dicarumkan (kadar minimum - gaji pokok RM500 ke Perkeso dan KWSP tanpa potongan gaji. Gaji saya mula dipotong (bahagian pekerja) mulai Mac tahun ini. Bolehkah saya menuntut apa-apa pampasan sebagai pengarah yang dilantik, jika syarikat induk menamatkan perkhidmatan saya?
Bayaran gaji tidak menentukan yang anda telah disahkan dalam jawatan atau sebaliknya. Polisi sesebuah syarikat yang menentukan sama ada anda disahkan ke dalam jawatan atau sebaliknya.
Sebagai contoh sekiranya polisi syarikat itu ada menyatakan bahawa seseorang pekerja itu disahkan ke dalam jawatannya apabila mendapat surat pengesahan secara bertulis dari syarikat maka pekerja tersebut hanya akan disahkan dalam jawatan apabila menerima surat tersebut. Selagi beliau tidak menerima surat pengesahan maka selagi itu pekerja tersebut dianggap tidak disahkan ke dalam jawatannya.
Ada juga sesetengah syarikat yang mempunyai polisi iaitu sekiranya mana-mana pekerjanya tidak menerima sebarang surat pengesahan jawatan dalam tempoh tertentu maka dia dianggap telah disahkan ke dalam jawatan.
2. Daripada apa yang anda jelaskan ini menunjukkan yang anda dilantik sebagai 憄engarah |
|
|
|
|
|
|
|
akta kerja 1955..
Tanggungjawab Majikan
file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image001.gif
| Menyimpan daftar yang mengandungi maklumat berhubung dengan pekerja-pekerjanya sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan-Peraturan Kerja 1957.
| file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image001.gif
| Memberi 1 salinan syarat-syarat perkhidmatan yang mencatitkan semua terma-terma perkhidmatan yang ditetapkan di bawah Peraturan 5(b) Peraturan-Peraturan Kerja 1957 kepada pekerja.
| file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image001.gif
| Memberi 1 salinan slip gaji kepada pekerja setiap kali membayar gaji.
| file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image001.gif
| Membenarkan pekerja memasuki, menyertai atau menubuhkan Kesatuan Sekerja.
| file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image001.gif
| Memberi notis penamatan kerja secukupnya mengikut terma dan syarat perkhidmatan yang dipersetujui atau seksyen 12 Akta Kerja 1955 kepada pekerja.
| file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image001.gif
| Menggantung perkhidmatan pekerja tidak lebih 14 hari bagi tujuan penyiasatan jika pekerja dituduh Salahlaku di bawah seksyen 14 Akta Kerja 1955.
| Tanggungjawab Pekerja
file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image001.gif
| Mematuhi semua terma dan syarat perkhidmatan yang dipersetujui bersama majikan.
| file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image001.gif
| Memberi notis berhenti kerja mengikut terma dan syarat perkhidmatan yang ditetapkan jika ingin berhenti kerja.
| file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image001.gif
| Tidak ponteng kerja melebihi 10% jumlah hari kerja dalam setahun jika tidak akan kehilangan hak mengambil cuti tahunan.
| file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image001.gif
| Hadir kerja sehari sebelum dan sehari selepas cuti kelepasan am yang dipilih oleh majikan jika hendakkan gaji cuti kelepasan am.
| file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image001.gif
| Memaklumkan kepada majikan dalam tempoh 48 jam sekiranya tidak hadir kerana cuti sakit.
| file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image001.gif
| Merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja sebarang pelanggaran terma atau amalan majikan yang bercanggah dengan Undang-Undang Buruh.
| file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image001.gif
| Menfailkan tuntutan yang melibatkan faedah kewangan kepada Jabatan Tenaga Kerja dalam tempoh 30 hari jika pekerja diambil tindakan di bawah Seksyen 14 Akta Kerja 1955
|
|
|
|
|
|
|
|
|
akta kerja 1955...
LARANGAN-LARANGAN BERHUBUNG KONTRAKPERKHIDMATAN
| -Terma-terma didalam sesuatu kontrak perkhidmatan tidak boleh kurang daripada terma-terma yang ditetapkan di bawah peruntukan Akta Kerja 1955.
|
| -Sesuatu kontrak perkhidmatan tidak boleh menyekat hak-hak pekerja untuk menganggotai, menyertai kegiatan atau penubuhan kesatuan sekerja.
|
| -Sesuatu kontrak perkhidmatan tidak boleh mengenakan apa-apa syarat tentang di mana atau cara mana atau dengan siapa, seseorang pekerja perlu membelanjakan upah yang diterimanya.
|
PENAMATAN KONTRAK PERKHIDMATAN
i) Penamatan dengan notis
file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image001.gif
|
4 minggu notis jika pekerja telah bekerja kurang daripada dua tahun.
| file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image001.gif
|
6 minggu notis jika pekerja telah bekerja 2 tahun atau lebih tetapi kurang daripada 5 tahun.
| file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image001.gif
|
8 minggu notis jika pekerja telah bekerja 5 tahun atau lebih.
|
(Satu minggu bermakna satu tempoh 7 hariberturut-turut).
ii) Penamatan tanpanotis
-Samada oleh majikan atau pekerja
file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image001.gif
| Mana-mana pihak boleh menamatkan kontrak perkhidmatan tanpa notis dengan membayar kepada pihak lain suatu indemniti yang bersamaan dengan jumlah upah yang sepatutnya terakru kepada pihak tersebut dalam tempoh notis tersebut.
| file:///C:/DOCUME%7E1/user/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image001.gif
| Mana-mana pihak boleh menamatkan kontrak perkhidmatan tanpa nofis sekiranya sesuatu pihak yang lain sengaja melanggar syarat-syarat di dalam kontrak perkhidmatan berkenaan.
|
LARANGANTERHADAP PENGGAJIAN PEKERJA WANITA
a) Pekerja-pekerja wanita yang digaji dalam kegiatanperindustrian dan pertanian tidak dibenarkan bekerja di antara pukul sepuluh malam hingga pukul lima pagi melainkan dengan kebenaran Ketua Pengarah atas permohonanmajikan masing-masing.
i) "kegiatan pertanian" termasuk kerja-kerja di mana seseorang pekerjadiambil bekerja di bawah kontrak perkhidmatan bagi tujuan pertanian, perkebunanatau perhutanan, pemeliharaan binatang-binatang ternakan atau pengumpulan hasiltanaman atau pokok-pokok.
ii) "kegiatan perindustrian".
| iii) perusahaan-perusahaan untuk mengeluarkan, meminda, mencuci, membaiki, memasang, menyiap, mengubahsuai bahan-bahan untuk jualan, dibungkus atau disediakan untuk serahantar, dipisah atau diroboh atau mengubah bentuk bahan-bahan atau mencerakin bahan-bahan galian, termasuklah perusahaan membina kapal dan penjanaan, pemindahan dan penyaluran arus elektrik atau kuasa bahan bakar dalam sebarang bentuk;
|
| iv) kerja pembinaan;
|
| v) pengangkutan penumpang-penumpang atau barangan melalui jalanraya, landasan, air atau udara, termasuk pengendalian barangan limbungan, pengkalan, dermaga, gudang atau lapangan terbang.
|
b) Pekerjawanita tidak dibenar menjalankan kerja-kerjabawah tanah. Kerja bawah tanah ertinyasebarang kegiatan dilaksanakan bagi tujuan mengeluarkan apa-apa bahan daripadabawah permukaan bumi, samada menerusi lubang terowong atau gua batu semulajadi.
WAKTU KERJA
6pagi ---7pagi 8pagi -------------- 5ptg 6ptg --- 8mlm
(Kerja LebihMasa) Waktu KerjaBiasa (Kerja Lebih Masa)
JENIS-JENIS CUTI
– -Cuti Rehat Mingguan
– -Cuti Kelepasan Am
– - Cuti Tahunan
– - Cuti Sakit
– -Cuti Bersalin |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lapor ke JTK jika majikan tidak bayar lebih masa
SAYA bekerja dengan gaji RM950. Notis berhenti adalah selama sebulan. Saya telah menghantar notis berhenti bertarikh 17 Julai 2007 dan tarikh akhir saya ingin berhenti ialah pada 6 Ogos 2007 (tidak cukup sebulan notis).
Bolehkah majikan saya menolak gaji Julai dengan alasan tidak cukup notis berhenti dan berapa sebenarnya yang akan saya terima?
Peruntukan Seksyen 24(2)(b) Akta Kerja 1955 membolehkan majikan mengambil atau menolak gaji pekerja untuk membayar ganti notis berhenti kerja yang tidak mencukupi seperti yang terdapat di dalam surat perjanjian pelantikan jawatan antara pekerja dan majikan.
Baki setelah ditolak gaji bagi menggantikan notis tersebut akan dibayar kepada pekerja tersebut. Bagaimanapun, dari fakta yang diberikan, syarikat berhak menolak RM306.45 daripada gaji terakhir anda sebagai bayaran ganti notis yang tidak mencukupi.
Jika gaji yang ada tidak mencukupi, pekerja tersebut akan diminta untuk membayar baki yang terhutang.
Saya adalah seorang pengawal keselamatan di sebuah syarikat (in house security guard). Saya bertugas enam hari seminggu dan diberi cuti rehat satu hari. Masalahnya adalah apabila saya ditugaskan pada hari cuti rehat, apakah kadar yang sepatutnya dibuat oleh pihak majikan? Sekarang ini pihak majikan hanya membayar kerja lapan jam pada kadar hari-hari biasa dan yang selebihnya dibayar kerja cuti lebih masa.
Apakah kadar lapan jam yang dibayar itu betul atau tidak sedangkan hari itu adalah hari cuti rehat.
Jika anda adalah bergaji bulan, kadar untuk bekerja pada hari rehat adalah sebagaimana Seksyen 60(3)(b) Akta Kerja 1955. Peruntukan tersebut ialah, untuk kerja yang tidak melebihi separuh waktu kerja biasa dibayar separuh tetapi tidak melebihi waktu kerja biasa dibayar sehari gaji.
Oleh yang demikian, kadar bayaran yang dibuat oleh syarikat untuk kerja pada hari rehat adalah tidak bercanggah dengan peruntukan undang-undang.
Saya telah memohon cuti tahunan daripada pihak majikan dan telah pun diluluskan. Bagaimanapun di saat-saat akhir, kelulusan tersebut tidak diberikan. Boleh atau tidak, pihak syarikat menarik balik kelulusan yang telah diberikan kepada pekerja.
Jika pekerja yang sedang bercuti (cuti tahunan) dipanggil oleh pihak syarikat untuk bekerja pada hari tersebut dan dipersetujui oleh pekerja, apakah kadar bayaran yang perlu dibayar oleh pihak syarikat.
Dalam keadaan tertentu majikan boleh menarik balik kelulusan cuti yang telah diberikan kepada pekerja. Jika pekerja yang sedang bercuti dipanggil balik untuk bekerja kadar bayaran yang ditentukan adalah mengikut kadar bayaran biasa dan cuti pada hari tersebut dianggap tidak diambil dan dimasukkan semula ke dalam baki cuti tahunan.
Hari Sabtu adalah hari cuti rehat tetapi atas arahan ketua, saya dikehendaki bekerja tanpa sebarang bayaran atau cuti ganti. Boleh atau tidak saya mengingkari arahan itu?
Bekerja lebih masa atas arahan ketua dalam tempoh sebulan hanya dihadkan selama 60 jam sekiranya lebih ia tidak akan dikira. Masalahnya kerja lebih masa tersebut memang tidak boleh dielakkan walaupun syarikat tidak membuat pembayaran.
Bagaimanakah caranya untuk melaporkan gangguan seksual ketika bertugas.
Perkara ini telah dilaporkan kepada ketua tapi tidak mendapat maklum balas positif.
Jika sekiranya anda dipanggil bekerja pada hari Sabtu yang merupakan hari off anda, maka bayaran untuk bekerja adalah pada kadar lebih masa yang 1.5 kali untuk setiap jam bekerja.
Jika arahan yang diberikan adalah merupakan arahan bekerja yang tidak bertentangan atau menyalahi undang-undang atau mana-mana peraturan anda dinasihatkan supaya mematuhinya kecuali anda mempunyai sebab-sebab yang tertentu seperti sakit dan sebagainya.
Setiap kerja lebih masa mesti dibayar dengan kadar yang ditetapkan iaitu kerja lebih masa pada hari biasa dibayar 1.5 pada setiap jam bekerja.
Sekiranya anda bekerja lebih masa (melebihi 48 jam bekerja satu minggu) dan tidak dibayar kerja lebih masa maka laporan boleh dibuat ke Jabatan Tenaga Kerja yang berhampiran tempat kerja anda.
Jika gangguan seksual di tempat kerja anda telah anda laporkan kepada ketua jabatan anda tetapi tiada apa-apa tindakan dari syarikat maka perkara itu perlu dilapor kepada polis atau Jabatan Tenaga Kerja yang berhampiran. |
|
|
|
|
|
|
|
betul- betul detail hak kita sebagai pekerja ni. bagus betullah |
|
|
|
|
|
|
|
thanks syd.. pasal tepek kat sini..
byk info. berguna |
|
|
|
|
|
|
|
Budi bicara majikan bayar bonus tahunan
SAYA baru bekerja dua minggu di sebuah stesen minyak. Selepas dua minggu, saya diberhentikan kerja mungkin kerana tidak sesuai bekerja di situ. Saya diberitahu apabila cukup hujung bulan, saya akan diberi gaji tetapi setelah sebulan, gaji masih tidak dapat walaupun telah diminta.
Apakah yang harus saya lakukan sekarang?
Anda boleh membuat tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan dengan syarikat stesen minyak tersebut untuk mendapatkan gaji yang tertunggak.
Pada 14 Mac 2007, isteri saya telah dibuang kerja dengan notis berkuat kuasa serta-merta atas alasan prestasi kerja kurang memuaskan dan gaji dibayar sehingga tarikh tersebut. Pada tarikh notis diberi isteri saya sedang mengandung tujuh bulan dan pada 3 Jun 2007 isteri saya selamat bersalin.
Isteri saya mula bekerja dengan syarikat berkenaan pada 1 Ogos 2006 dan disahkan dalam jawatan pada Januari 2007. Dalam kes ini bolehkah isteri saya menuntut ganti rugi lima bulan gaji dengan alasan:
* Sebulan |
|
|
|
|
|
|
|
ni aku nak tanya.. ada tak dalam labour law ni mention pasal masa pemberian notis berhenti kerja.. samada 1 bulan ke 2 bulan ke 3 bulan ke..?
ada ke dalam tu sebut satu tempoh masa yg tetap..?
sesiapa yg arif, mintak tolong jawab... |
|
|
|
|
|
|
|
kata lar kan...kata lar... aku nak bukak day care centre dlm kaw. kilang, alar cam pejabat kerajaan buat tuh...yg mak bleh tengok anak bila rehat tuh... ada apa2 perintah atau larangan tak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pekerja berhak dapat pampasan
Soalan
Saya bekerja di sebuah universiti tempatan. Selama lima tahun bekerja, saya tidak pernah ada masalah dengan majikan. Apabila bahagian saya diambil alih pengurus baru, saya diberi notis sebulan untuk berhenti kerja tanpa sebarang alasan. Apabila saya tanya kenapa saya dibuang kerja, dia menjawab sebagai pengurus dia berhak berbuat begitu.
Saya sudah berumur 40 tahun, sukar untuk saya mendapatkan kerja baru. Hal saya dibuang kerja memberi tamparan hebat kepada keluarga saya dan kami kini mengalami masalah kewangan. Suami saya tidak bergaji tetap, selama ini saya menyara lebih separuh daripada perbelanjaan rumah.
Saya sudah mengadu kepada pihak atasan universiti, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Biro Pengaduan Awam tetapi saya tidak menerima sebarang jawapan daripada mereka.
Bolehkah mereka memecat saya dan tiadakah pampasan diberikan kepada saya?
- Pekerja Tertindas
Kuala Lumpur
Jawapan
Kami di Sisters In Islam cukup prihatin dengan masalah yang puan hadapi. Kelakuan pengurus tersebut sememangnya tidak bertimbang rasa. Tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai pemecatan salah di sisi undang-undang.
Sememangnya undang-undang melindungi pekerja yang dipecat tanpa sebarang alasan munasabah. Oleh itu, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap majikan berdasarkan Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
Tindakan ini dimulakan dengan membuat aduan bertulis. Puan perlu mengisi 態orang Representasi Di Bawah Seksyen 20 (1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 |
|
|
|
|
|
|
|
Oh, terima kasih untuk info yg di beri di atas. Gue ada masalah yang agak kompleks dan sangat berharap mendapatkan khidmat peguam. Sesiapa peguam atau ada kenalan peguam yang biasa dgn hak pekerja? PM me, gue nak dapatkan khidmat nasihat sebelum bawa kes ke court & of course la gue bayar yuran guaman setara dengan info & service yang diberi.
HELP, PM me, please.
[ Last edited by sarahmirza at 14-11-2007 12:07 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 sarahmirza's post
ada
selalu deal ngan Muhendran Sri
|
|
|
|
|
|
|
|
Hak majikan tentukan tugas pekerja
SOALAN
Apakah hak pekerja beragama Islam untuk solat fardu lima waktu di tempat kerja, adakah ia termaktub dalam mana-mana akta?.
Bolehkah majikan menetapkan masa solat fardu lima waktu untuk pekerja beragama Islam hanya semasa waktu rehat atau waktu makan atau sebelum atau selepas waktu kerja?
Tidak ada peruntukan dalam undang-undang buruh mengenai sembahyang lima waktu di tempat kerja. Bagaimanapun, ini tidak bermakna pekerja Islam tidak perlu menunaikan kewajipan sembahyang lima waktu. Kewajipan bersembahyang lima waktu boleh dilakukan di tempat kerja tetapi di luar waktu kerja. Umpamanya sembahyang Zuhur boleh dilakukan semasa rehat makan tengah hari.
Tidak menjadi kesalahan untuk pihak majikan menetapkan masa solat fardu lima waktu semasa waktu rehat, waktu makan atau sebelum waktu kerja atau selepas waktu kerja kerana waktu untuk solat tidak ada dalam Akta Kerja 1955.
Majikan boleh menetapkan masa untuk solat fardu sekiranya ia dilakukan bukan waktu rehat atau makan. Majikan tidak boleh menghalang pekerja untuk menunaikan solat fardu di tempat kerja jika ia dilakukan semasa waktu rehat atau selepas waktu kerja kerana masa yang diambil untuk sembahyang tidak menjejas waktu bekerja.
Saya adalah kakitangan swasta dan telah bertugas dengan sebuah syarikat selama 25 tahun. Selepas 19 tahun bekerja saya ditempatkan di bahagian kawalan mutu dengan empat orang kakitangan yang cekap. Saya bertanggungjawab untuk melulus dan menidakkan sesuatu bahan yang keluar masuk dari bahagian saya.
Malangnya ada satu bahan yang masuk ke bahagian saya didapati telah tidak mengikut spesifikasi melebihi 30 peratus dari jumlah yang dihantar. Setelah berbincang dengan kakitangan saya, saya tidak meluluskan bahan tersebut. Perkara ini telah menjadi kemarahan ketua unit perniagaan. Beliau menuduh saya sengaja tidak meluluskan bahan tersebut.
Sejak dari hari itu, dia sentiasa mencari peluang untuk menghantar saya ke Kuala Lumpur. Saya pernah memohon pemberhentian secara sukarela (VSS) pada 2003 kerana tidak tahan dengan ugutan beliau tetapi beliau dengan sengaja tidak meluluskan permohonan tersebut. Sebaliknya saya ditukarkan ke Kuala Lumpur.
Apakah yang sepatutnya saya lakukan? Keperluan saya sama ada pulang bertugas di tempat lama atau VSS pada tahun 2003 itu diberi semula kepada saya.
Permasalahan yang ditimbulkan adalah mengenai pertukaran, kedua VSS dan ketiga anggapan tuan dianiaya walaupun tuan melaksanakan tugas yang diamanahkan. Pertukaran adalah hak majikan. Lebih lagi jika kontrak perkhidmatan tuan ada klausa yang menyatakan tuan boleh ditukar ke mana-mana cawangan atau pejabat syarikat.
Tetapi setiap pertukaran yang dibuat oleh majikan mesti atas sebab keperluan syarikat dan tidak kerana agenda majikan yang terselindung atau tersembunyi. Jika terbukti kerana sebab-sebab tersebut yang biasa ditakrif sebagai ada niat yang tidak baik, maka pertukaran itu boleh dipertikaikan.
Berkaitan VSS, keputusan adalah hak syarikat. Tuan sebagai pekerja tidak boleh menyoal mengapa syarikat tidak memilih atau menyenaraikan nama tuan untuk mendapat VSS.
Perkara ketiga, andainya tuan menganggap diri tuan teraniaya oleh syarikat, tuan seharusnya mendapatkan bantuan melalui tatacara penyelesaian luaran kilanan (Grievance Procedure).
Jika prosedur ini tidak ada di syarikat dan tuan rasa teraniaya maka tuan boleh mengambil tindakan drastik iaitu pemberhentian secara konstruktif (costructive dismissal).
Namun tuan harus pasti bahawa untuk pemberhentian secara konstruktif pemungkiran perjanjian yang dilakukan syarikat hendaklah pemungkiran yang fundamental. Syarikat tidak lagi mahu terikat kepada terma-terma utama kontrak perkhidmatan umpamanya pihak syarikat gagal membayar gaji tuan tanpa sebab munasabah.
A bekerja sebagai pensyarah di syarikat B dengan gaji sebanyak RM1,450 dan elaun bulanan RM120. Kini telah genap setahun A bekerja di syarikat B. Mengikut kontrak apabila cukup setahun, A akan menerima kenaikan sebanyak RM100 (RM100 selama tiga tahun, dan tahun seterusnya RM80 setahun).
A mula berkhidmat pada 3 Julai 2006 dan menerima gaji pertama pada 27 Julai 2006. Namun demikian, pada hujung Julai 2007, tiada sebarang kenaikan diterima. Soalannya, adakah A berhak untuk menerima kenaikan pada hujung Julai 2007, ataupun pada hujung Ogos 2007?
A berhak menerima kenaikan gaji sekiranya ternyata dalam kontrak akan diberi selepas tamat perkhidmatan selama satu tahun. Oleh kerana A mula berkhidmat pada 3 Julai 2006, maka pada tarikh 2 Julai 2007 genaplah perkhidmatan A selama satu tahun. A sewajarnya dibayar gaji dengan kenaikan RM100 mulai gaji Julai 2007 sekiranya pemberian kenaikan tahunan ada dinyatakan di dalam Perjanjian Perkhidmatan A.
Mengikut Akta Kerja 1955, majikan boleh membayar gaji tidak lewat dari 7 hari bulan berikutnya. Pihak syarikat bertanggungjawab untuk membayar bayaran tertunggak (berserta dengan bayaran lain akibat kelewatan itu). Sekiranya pihak syarikat gagal berbuat demikian, A boleh memfail kes menuntut wang yang telah dipotong dari gaji bulanannya di Pejabat Tenaga Kerja berdekatan. |
|
|
|
|
|
|
|
thanks syd
bnyk tul info yg berguna dlm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Isu-isu sumber manusia
Saya berhenti kerja pada 17 Ogos 2007 dengan memberi notis selama 1 bulan. Hari terakhir saya sepatutnya 16 September 2007. Saya mempunyai baki cuti sebanyak tujuh hari tetapi saya meminta pelepasan awal daripada pihak syarikat dan hari terakhir saya pada 31 Ogos 2007. Setelah ditolak cuti sebanyak tujuh hari (hari bekerja) iaitu 3,4,5,6,7,10 dan 11 September 2007, pihak syarikat telah menolak gaji saya untuk selebihnya iaitu pada 12-14 September 2007 dan juga pada 1,2,8,9,15 dan 16 September 2007 iaitu termasuk hari Sabtu dan Ahad. Jika dijumlahkan syarikat telah menolak gaji saya sebanyak 9 hari.
Pertanyaan saya bolehkah syarikat menolak gaji untuk Sabtu dan Ahad iaitu dari 1,2,8,9,15 dan 16 September 2007? Atau pihak syarikat hanya boleh menolak gaji saya sebanyak tiga hari iaitu dari 12,13 dan 14 September 2007. Adakah perkiraan ini betul dari segi undang-undang yang sedia ada?
Anda dikehendaki untuk memberi notis berhenti kerja satu bulan iaitu dari 17 Ogos 2007 sehingga 16 September 2007. Anda tidak memberikan notis secukupnya bila memutuskan untuk memilih tarikh akhir berkhidmat pada 31 Ogos 2007. Dalam keadaan demikian anda telah memberi 16 hari notis yang tidak mencukupi dan anda perlu membayar sejumlah yang bersamaan 16 hari gaji anda kepada syarikat memandangkan anda ada tujuh hari cuti tahunan yang masih belum diambil.
Anda boleh menggunakan tujuh hari cuti berkenaan untuk ditolak dengan wang yang perlu dibayar kepada syarikat. Dengan itu jumlah sebenar yang perlu anda bayar kepada syarikat ialah sembilan hari gaji (16 - 7). Oleh yang demikian apa yang dilakukan oleh syarikat adalah tidak menyalahi undang-undang.
Keadaan akan berlainan jika anda memohon cuti tahunan sebelum meninggalkan syarikat dan cuti tahunan berkenaan diambil sebelum tarikh akhir notis berkenaan. Ini bermakna anda sepatutnya bercuti dari 3 September 2007 hingga 11 September 2007 iaitu tujuh hari bekerja tidak termasuk cuti rehat dan hari Sabtu tidak bekerja. Jika anda telah memohon untuk mengambil cuti tahunan berkenaan pada tarikh yang dinyatakan di atas, anda hanya perlu membayar bersamaan dengan 3 hari gaji sahaja.
Saya telah bekerja kira-kira empat tahun lebih di sebuah anak syarikat kepada syarikat induk. Kekeliruan timbul apabila saya dipinjamkan (hand out) ke syarikat induk selama dua bulan tetapi tidak dibayar sebarang elaun (elaun makan dan harian). Saya hanya layak menerima elaun perjalanan pergi balik semasa melapor diri dan semasa tamat pinjaman, itu saja. Persoalannya adakah saya tidak layak secara langsung untuk mendapatkan elaun harian dan elaun makan semasa saya berada di syarikat induk selama dua bulan tersebut. Saya harap kekeliruan ini dapat diselesaikan dengan nasihat dan penjelasan daripada pihak tuan, kerana saya merasakan saya dimanipulasi oleh syarikat tersebut.
Anda adalah pekerja di anak syarikat dan dipinjamkan ke syarikat induk selama dua bulan. Semasa dipinjamkan anda tidak diberi elaun makanan dan harian, cuma diberi elaun perjalanan pergi dan balik semasa melapor diri dan semasa tamat pinjaman.
Semasa anda dipinjamkan berkhidmat di syarikat induk anda masih lagi menjadi pekerja anak syarikat. Majikan anda tidak berubah semasa anda dipinjamkan ke syarikat induk.
Saya bekerja sebagai kerani akaun di sebuah syarikat swasta selama 14 tahun. Tetapi saya hanya dibayar gaji pokok sebanyak RM850 sahaja manakala elaun yang diberikan majikan pula sebanyak RM345. Baru-baru ini majikan telah membayar elaun saya sebanyak RM250 kerana membuat akaun bagi anak syarikat majikan saya.
Masalah saya ialah majikan membayar gaji pokok yang rendah kerana tidak mahu membayar potongan KWSP yang tinggi. Adakah betul cara majikan saya membuat peraturan begini.
Apa yang patut saya lakukan kerana saya rasa amat rugi kerana potongan KWSP yang sedikit sedangkan gaji kasar saya adalah sebanyak RM1,400 sebulan.
Gaji sebulan anda iaitu gaji pokok ditambah dengan elaun daripada majikan dan elaun kerana membuat akaun bagi anak syarikat majikan berjumlah kira-kira RM1,400. Caruman kepada KWSP tidak terhad kepada gaji pokok sahaja. Elaun bulanan tetap juga adalah termasuk sebagai gaji di bawah KWSP.
Oleh yang demikian, syarikat hendaklah membuat potongan KWSP berdasarkan kepada gaji pokok dan elaun-elaun berkenaan. Sekiranya syarikat gagal berbuat demikian anda berhak mengemukakan aduan ke pejabat KWSP. |
|
|
|
|
|
|
|
sekadar bertanya...
apakah had masa maksimum bekerja untuk seorang kakitangan swasta yang dikehendaki bekerja pada hari cuti mingguan, dan kakitangan tersebut tidak boleh menuntut elaun lebih masa, tetapi hanya diberi cuti gantian? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|