View: 2160|Reply: 5
|
Satu-satunya Di Dunia - Ayat Al Quran Bersulam -
[Copy link]
|
|
Ayat Quran bersulam, satu-satunya di dunia
25-04-2007
Oleh ZAKARIA ABDUL WAHAB
LAHORE: Manuskrip-manuskrip awal al-Quran, dari mula wahyu diturunkan, ditulis dengan tangan atas pelbagai jenis bahan, dan kualitinya meningkat dari generasi ke generasi.
Ayat-ayat al-Quran yang disulam membentuk satu teks al-Quran yang dipamerkan
di Badshahi menjadi daya tarikan pengunjung.
Pada zaman Nabi Muhammad, sebahagian daripada wahyu ditulis pada tulang, kulit binatang dan daun-daun kurma dan dakwatnya diperbuat dari bahan yang dibakar.
Terdapat al-Quran yang ditulis pada kepingan kulit kambing dan unta berusia bertahun-tahun, selepas kematian Nabi Muhammad, tetapi salinan Quran yang lebih bermutu dihasilkan selepas mesin cetak dicipta.
Ayat-ayat al-Quran yang disulam membentuk satu teks al-Quran yang dipamerkan di Badshahi menjadi daya tarikan pengunjung. (foto Bernama)
Bagaimanapun, ramai tidak mengetahui, ada senaskah al-Quran, dipercayai satu-satu seumpamanya yang wujud di dunia, yang ayat-ayatnya dihasilkan dengan sulaman benang.
Quran ini dibahagikan kepada 30 bahagian, keseluruhannya disimpan rapi dalam laci gelas di dewan pameran dalam Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan.
Pegawai protokol masjid itu, Muhammad Yousuf, berkata Quran itu ditemui selepas kematian pembuatnya, Attar Mohamed, seorang rakyat biasa, tiga hari selepas ia menyelesaikan kerja-kerja sulaman.
Berasal dari Lahore, Attar berusia 40 tahun, mengambil masa 10 tahun menyulam Quran itu mulai 1966, kata beliau.
Attar melakukan sulaman itu demi mendapatkan ketenangan jiwa.
Hari ini, ramai mengunjungi masjid itu untuk melihat Quran yang disulam indah itu.
-----------------------------------------------------------------------------------------
cantiknya bila tengok gambar ayat Al Quran bersulam
yang sekarang ni berada di Lahore, Pakistan -
10 tahun nak tengok sulaman ayat alquran tu --
what a great effort -- mesti cantik -
*harap harap - kalau banyak yang macam ni -
cantik alquran tu di sulam --
banyak lagi la orang yang suka membaca alquran - |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 25-4-2007 08:10 PM
Ayat Quran bersulam, satu-satunya di dunia
25-04-2007
Oleh ZAKARIA ABDUL WAHAB
LAHORE: Manuskrip-manuskrip awal al-Quran, dari mula wahyu diturunkan, ditulis dengan tangan atas pelbagai ...
Al-Quran bersulam ker ? ditulis dgn emas ker ? semua ni penting ker ?
yg penting adalah umat islam perlu menghayati makna al-Quran tu sendiri ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 mahathirGX's post
:setuju: implementation is more important than mere decoration.
Tapi aku apreciate jugak la effort pakcik tuh...bukan senang ooo nak buat tuh, 10 tahun tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Menghayati maksud yang terkandung dalam Al-Quran memang ditekankan... namun Allah itu indah dan Dia suka keindahan... dimasukkan sedikit sifat itu kepada manusia... kerana itu manusia suka keindahan... lihat sahaja alam ini... manusia pasti suka melihat yang indah berbanding dengan yang tak indah untuk mendapat lebih ketenangan jiwa... dan Attar ni dapat ketenangan bila dia lakukan sulaman tersebut... semuanya berlaku dengan keizinan Allah jua... |
|
|
|
|
|
|
|
great effort...
menghayati quran tu mmg penting tapi kalau x istiqamah x guna gak...
tapi bila pakcik attar ni menyulam quran secara istiqamah utk ketenangan jiwa, mmg hebat. Maknanya dia selalu x putus air sembahyang, quran sentiasa dlm hati. Byk benda yg dikorbankan utk ketahap mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 mahathirGX's post
amboi... takkan nk jumpe awek je pakai baju lawa berperfume bagai... |
|
|
|
|
|
|
| |
|