CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7200|Reply: 1

[Tempatan] Hujan luar jangka, 5 negeri bersiap siaga

[Copy link]
Post time 19-11-2024 09:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 20-11-2024 02:12 AM

SEREMBAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.

Ketua Pengarahnya Datuk Nor Hisham Mohammad berkata JBPM dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bersama agensi lain memantau teliti fenomena luruan monsun tropika atau tekanan atmosfera rendah yang kemungkinan menyebabkan hujan berintensiti tinggi di beberapa kawasan berisiko di negeri berkenaan.


"Arahan telah diberikan agar penumpuan utama kepada negeri berkenaan termasuk bantuan logistik dari negeri bersempadan atau mobilisasi antara daerah. Kekhuatiran saya adalah pada luruan monsun tropika yang dijangka berlaku lima ke enam siri berdasarkan rekod Monsun Timur Laut (MTL) lepas.


Kalau ada hujan lebat dan banjir serentak dengan air pasang besar yang dijangka berlaku pada 16 hingga 18 Dis ini, kita beri fokus paling utama," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Penguasa Bomba Gred KB54, KB52, KB48 dan KB44 kepada 68 pegawai di sini hari ini.


Beliau berkata JBPM turut bersiap siaga dengan 24,263 anggota membabitkan 13,646 pegawai sepenuh masa, pegawai bomba bantuan (2,196) dan anggota pasukan bomba sukarela (8,421) bagi menghadapi MTL termasuk pelbagai keperluan aset.


Dalam pada itu, beliau berkata tiada keperluan untuk menambah keanggotaan di beberapa negeri sebagai persediaan MTL ketika ini berikutan koordinasi antara agensi dapat dilaksanakan dengan baik sebaliknya lebih fokus kepada penambahan logistik termasuk bot, lori dan helikopter.


"Bagaimanapun, sekiranya banjir semakin buruk, kita akan tukar syif anggota daripada 12 jam ke 24 jam pada bila-bila masa apabila berlaku insiden. Ia sama ada kita akan tukar syif 24 jam atau tambah anggota daripada 33 peratus ke 50 peratus.


"Tapi kalau tukar syif pun tak dapat jangka, kita akan mulakan pergerakan antara daerah dan sambung pergerakan antara negeri. Sekarang ini 22 pasukan gerak cepat dalam siap siaga, kita bagi isyarat sahaja dan mereka sedia masuk ke kawasan bencana," katanya.


Sementara itu, beliau berkata penambahbaikan dan pencapaian dalam JBPM berlaku pada landasan yang baik dengan 13 negeri dianugerahkan lima bintang dan dua negeri menerima empat bintang berbanding tahun lepas hanya empat negeri memperoleh empat bintang.


"Sasaran kita pada 2026 , seluruh negeri dapat pengiktirafan lima bintang sekali gus memastikan JBPM memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat, penarafan bintang ini bagi memastikan setiap aspek dalam pengurusan kebombaan di semua tempat dipantau teliti dan seragam," katanya.


BERNAMA





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2024 11:48 PM | Show all posts

[/twitter]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.114147 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list