View: 5051|Reply: 50
|
Aizat bakal artis SNP?
[Copy link]
|
|
: : : : : :
Aizat bakal artis SNP?
Jika lagu Perpisahan yang dibawakannya pada konsert ke-6 mampu menyentuh perasaan ribuan penonton yang menyaksikan persembahannya di Dewan Sivik MBPJ, begitulah jua pemergian Mohammad Aizat Amdan pada konsert yang lalu melihatkan kesayuan panel pengkritik serta Aznil Haji Nawawi.
Bagaimana sayu hati Aznil, begitulah sayunya hati pemuda dari Kuala Lumpur itu memikul kesedihan penyingkirannya.
"Sebenarnya saya tidak terkejut apabila Abang Aznil meyebut nama Aizat sebagai peserta yang tersingkir. Sewaktu dia menerima keputusan, saya terlihat kad yang dipegangnya mempunyai huruf seakan-akan seperti nama saya iaitu A I Z....
"Apatah lagi bila Abang Aznil menekankan perkataan 'berat' sebelum membuat pengumuman, saya sudah menduga bahwa saya yang terkeluar," ujar Aizat ketika diwawancara di pejabat Astro baru-baru ini.
Namun persembahan dua minggu berturut-turut melihatkan betapa mantapnya vokal Aizat sehinggakan panel pengkritik memberikannya empat butang biru.
"Mungkin rezeki saya bukan dalam AF tetapi di luar. Saya yakin dengan masa hadapan saya bahawa saya akan membina kerjaya saya sebagai soerang penyanyi," ujarnya lagi.
"Bagi saya, minggu yang lalu merupakan minggu yang sukarnya untuk diri saya. Ramai yang mengatakan bahawa persembahan pada minggu keenam merupakan persembahan yang terbaik saya dan ianya sukar untuk mengatasi prestasi pada konsert tersebut," ujarnya yang menyanyikan lagu Ada nyanyian M.Nasir.
Aizat mendapat markah terendah dalam undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS) walaupun telah memberikan persembahan yang terbaik pada malam tersebut.
Namun, kata puji panel pengkritik tidak mampu mengubah keputusan yang dibuat secara mutlak oleh pengundi AF5.
"ara penonton mempunyai hak untuk mengundi dan saya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pemilihan mereka.
"Namun, saya tetap berterima kasih kepada mereka yang mengundi saya serta memberi kepercayaan kepada bakat saya selama ini.
"Sukar juga untuk saya percaya bahawa saya mampu bertahan selama tujuh minggu di akademi," katanya lagi.
Namun, gimik yang dikenakan pada konsert tersebut diandaikan sebagai salah satu punca mengapa Aizat tidak menerima undian yang banyak.
Ketika setiap peserta menerima kunjungan ibu bapa mereka ke atas pentas, Aswad pula terpinga-pinga tanpa kunjungan sesiapa. Peserta dari Terengganu itu rupa-rupanya sudah kehilangan kedua-dua orang tuanya.
Ramai mengandaikan spekulasi yang tercetus membuat Aswad berjaya meraih undi simpati dan situasi tersebut menyekat penggemar AF5 untuk mengundi Aizat.
Ini terbukti apabila ramai penonton terutamanya di saluran @15 bagai merelakan pemergian Aizat untuk mempertahankan Aswad yang dilihat sebagai seorang insan yang amat memerlukan bantuan SMS mereka berbanding dengan Aizat.
"Yang paling penting di sini adalah betapa kita harus mengenangkan nasib Aswad yang sudahpun kehilangan kedua-dua ibubapanya.
"Saya tidak beberapa setuju dengan gimik tersebut yang meyebabkan ramai menyalurkan undian kepadanya dan bukan saya," tegas Aizat lagi.
Bakal disunting SNP? Sudah semestinya setiap pelajar yang tersingkir mempunyai jadual yang padat untuk satu minggu yang akan datang termasuk Aizat.
"Buat sementara waktu, saya akan mengikuti Maestro serta perancangannya," ujar Aizat yang akan diikat dengan syarikat tersebut untuk enam bulan.
Namun terdapat jua desas-desus mengatakan bahawa Siti Nurhaliza Productions (SNP) sudahpun memasang niat untuk menyunting Aizat sebagai artis rakaman mereka.
"Ye ke? Saya sendiri pun tidak tahu mengenainya. Jika betul, sememangnya saya terharu sangat dengan tawaran Datuk Siti. Siapa yang tidak mahu bekerja dengannya?," ujar Aizat yang terkejut mendengar khabar berita itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
ye ke sitie? waaa tahniah aizat kalau betul.. CT pun penah ala-ala puji aizat masa interview CT kat radio era hari tu..
[ Last edited by eddysheddy at 1-5-2007 03:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Tutut Nurhaliza punyer pasal, Aizat bertukar menjadik hebat di sisi ketiak karatz..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by peacefrog at 1-5-2007 04:36 PM
Tutut Nurhaliza punyer pasal, Aizat bertukar menjadik hebat di sisi ketiak karatz.....
bukan aizat mmg antara yg hebat ke dlm af5 nie? |
|
|
|
|
|
|
|
aduh!! mcm mane ni? aku x minat la si Aizat ni... kenape SNP nak buat artis plak?? amik la Rizal ke, Shawal ke... (Dafi dgn Ebi sah2 Maestro dah book awal2) |
|
|
|
|
|
|
|
ya ampunnn -
tak ke manusia yg lebih sempurna dari @#$#% tu untuk disunting snp ? :stp: -
menci nya haku - |
|
|
|
|
|
|
|
oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk aizattttttttttttttttttttttttt..tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkk:@ |
|
|
|
|
|
|
|
sape aizat ni? nyanyi best ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 calmille's post
hehe -
aizat tu pelajar af yg dah tersingkir -
alaaaa - yg oversize tu ;) - kununnya berbakat sgt - |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by calmille at 1-5-2007 07:40 PM
sape aizat ni? nyanyi best ke?
hai calmille, amacam cuti2? |
|
|
|
|
|
|
|
hekeleh oh tidak konon!
tak lama lagi Aizat tu pon korang akan jilat
tutut nurhaliza nyer pasal.
tu dah nak kata Aizat chumil plak ye tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
biasa jer sore aizat tu...jauh sedap bob baik ambik bob...lagi montok... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 adik_nazgul's post
oo ye ker |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eddysheddy at 1-5-2007 07:52 PM
hai calmille, amacam cuti2?
hai eddy, cuti beser2 aje, seronok btol dpt rehat sepanjang hari |
|
|
|
|
|
|
|
aku sebagai ahli KELAT berpanatik siti menentang sekeras2nya *)(^% jd artis SNP...bes laie kalo SNP amik shawal or mila....
xleh ker SNP amik yg ok skit,...nanti2 abislah dia wat statement SITI BETTER OR ME BETTER!!!!!
mintak2 itu pitnak semata2..... |
|
|
|
|
|
|
|
lebih baik ambil Farhan dari aizat tu |
|
|
|
|
|
|
|
oh no...!!!!
aku x setuju langsung....
tolonglah katakan padaku bahawa perkhabaran ini tidak benar sama sekali... |
|
|
|
|
|
|
| |
|