CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2710|Reply: 0

nasib pemain bola profesional

[Copy link]
badigolsaid This user has been deleted
Post time 8-6-2007 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Halim jaga lembuOleh Wan Faizal Ismayatim

Serik dianggap bak bola, boleh ditendang sesuka hati

BOSAN dengan isu gantung tidak bertali yang ditempuh sejak awal musim ini, bekas penjaga gol kebangsaan, Halim Napi, nekad meninggalkan terus kerjaya profesional yang dikecapi sejak 13 tahun lalu.


Penjaga gol tinggi lampai berusia 36 tahun itu, bertekad tidak akan lagi terbabit dalam sebarang kegiatan bola sepak termasuk sebagai jurulatih kerana mendakwa bosan sikap tidak profesional persatuan dalam Liga Malaysia.

Beliau kini bertekad beralih angin memulakan kerja kampung termasuk mengembala lembu, bagi menyara kehidupan isteri serta lima anaknya termasuk tiga yang sudah bersekolah.

Malah, Halim yang pernah mencuri perhatian bekas jurulatih kebangsaan, Claude Le Roy, kerana ketangkasannya, kini turut menjalankan kerja sambilan sebagai jurukimpal kereta di bengkel milik rakannya.

揝aya sudah serik! Pemain di Malaysia dianggap seperti bola, boleh ditendang sesuka hati dan saya tidak akan lagi terbabit dengan sebarang aktiviti bola sepak.

揝aya juga mengharamkan anak cucu saya bermain bola sepak untuk Kelantan. Orang luar hanya boleh bercakap, tapi mereka tak tahu apa yang sebenarnya berlaku di Kelantan.

揟erima kasih atas nasihat dan komen Datuk Raja Ahmad (Zainuddin Raja Omar). Tetapi maaf, saya tak berhajat pun nak bermain semula. Jadi jurulatih pun saya tak mahu,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.062192 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list