CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3630|Reply: 10

Kebocoran Pendatang Asing Tanpa Izin Berpunca Dari Kelemahan Agensi keselamatan?

[Copy link]
Post time 14-6-2007 09:33 PM | Show all posts |Read mode
Seludup manusia: Malaysia sangkal dakwaan Washington

KUALA LUMPUR 13 Jun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2007 10:00 PM | Show all posts
Tuduhan seperti ini rasa nya ada sesutu yang tersirat didalam mentaliti Uncle Sam. Kenapa ya?  Negara kita terpilih dalam banyak-banyak negara lain yang dikategori dalam hal-hal sedemikian? Dari sumber mana yang mereka perolihi? Tentunya banyak persoalan yang bermain dibenak kita untuk menghadapi situasi pertuduhan berat seperti ini.

Kalau betul lah apa yang diperkatakan itu, maka kita tidak harus menunding jari sahaja kepada pasukan keselamatan dan agensi tertentu. Kita semua sebagai rakyat Malaysia mesti bertindak sebagai mata dan telinga dan  mengambil sesuatu tindakan drastik didalam menanggani nya. Sebagai Rakyat Malaysia juga semestinya kita memberi laporan kepada pihak berwajib sebarang kegiatan seperti ini berlaku kepada Negara kita. Jangan harapkan kepada pihak tertentu sahaja. Apa peranan kita sebagai Rakyat Malaysia? Adakah harus menunding jari kepada sesutu pihak sahaja? Maka fikir-fikirkan lah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2007 12:58 PM | Show all posts
Negara asing nie macam-macam faktor dia boleh jadikan asas untuk ambil tindakan seperti senarai hitam etc.. contoh, tindakan Kanada yang mula kenakan Visa terhadap rakyat negara kita... tindakan tuh diambil berdasarkan penilaian banyak kes mykad palsu yang dikesan... pahit nak terima, tapi hakikatnya mykad palsu memang wujud.

bab penyeludupan manusia nak tak nak memang ada rasionalnya... selalunya kalau polis buat raid kat pusat hiburan, rumah urut etc, mesti sangkut warga asing china dan indon... berduyun-duyun plak tu.. so jadi masalah untuk kita kalau pihak asing boleh buat apa saja andaian yang dia mahu...

contoh larangan dan nasihat perjalanan warga sing ke sabah pun masih ada negara yg keluarkan, walaupun bagi rakyat soal sabah sememangnya terkawal.. wakil kedutaan diorg memang buat tinjuan di kawasan berkenaan.. wa pernah bersama dengan group kedutaan US di Timur Sabah, bila ada peluang diorg akan jumpa penduduk tempatan.. maklumat yg diorg nak tahu... ada tak warga pinoy kat area berkenaan, di mana laluan diorg.. so banyak ler jawapan spontan org kg yg diorg dapat.. jadi persepsi mudah diorg.. pinoy mudah masuk dan risiko tinggi.. faktor lain berasas ke tidak diaorg tak amik kira.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2007 04:29 PM | Show all posts
allow me to be blunt..

RASUAH,RASUAH and RASUAH.

from JPJ to Immigrations to Customs to the Police...semuanya rasuah.as far as the Navy and APMM goes,they are severely understaffed and under-equipped to deal with the problem.

so why are we so pissed with the Americans? look within..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2007 04:57 PM | Show all posts
Kita boleh nilai tuduhan US itu sebnarnya...ada kalanya betul gak cakap US tu. Walaupun kita banteras habis habis gejala penyeludupan manusia ia tetap gak berlaku.... kita sepatutnya bertegas dalam hal penguatkuasaan. jgn bagi peluang kepada pengkhianat negara ni...sepatutnya mengenakan hukuman mati kepada perancang gejala ini.....

ini kerana jika sekatan dilakukan terhadap negara, semua orang akan merasa peritnya.. sebelum gejala ini menular.....bunuh pesalah 2 ini terlebih dahulu. atas nama mengancam keselamatna negara. Kuasa tangkapan awam juga perlu diberi kepada orang ramai...... tak pun sebagai sumber risikan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2007 05:50 PM | Show all posts

Reply #5 tempur's post

the death execution will be too much lorr, but other stiff penalties I am much agree to it. Put aside the uncle sam's allegation and try to face some facts that happened within our enforcements. Here's some scenarios :-
Now mykad also ppl tampered with fake identity, PATIs now occupying some parts of Klang valley, easy access of pinoys and northern kalimatanese in sabah, arficans with students visa hovering the streets selling the imitation goodies, china dolls, kretek smuggling but the tekong always escape and I don't think the list stop here. Sorts of culture when someone complaint over the medias then they'll carry out the seasonal grand enforcements kepung sana kepung sini. Yang penting penguatkuasaan janganlah bermusim.
Reply

Use magic Report

Follow Us
handell008 This user has been deleted
Post time 16-6-2007 09:28 PM | Show all posts
The problem is that we have too many illegals.
The US Border Patrol does the same to their illegals, deport them. When we do it, its a human rights issue. Nonesense.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2007 08:17 PM | Show all posts
Originally posted by supergripen at 16-6-2007 04:29 PM
allow me to be blunt..

RASUAH,RASUAH and RASUAH.

from JPJ to Immigrations to Customs to the Police...semuanya rasuah.as far as the Navy and APMM goes,they are severely understaffed and unde ...


Bila TLDM tembak bot Indon yg tak nak berenti, ada pejuang hak asasi Msia sendiri datang buat bantahan kat Panglima TLDM.

Dah tu nak buat camana??????????????????????? nf: nf:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2007 12:22 PM | Show all posts
Awasi ancaman dalaman

Oleh: ZAINI MOHD. SAID

TIADA siapa patut menyangkal kebenaran bahawa kemerdekaan Malaysia berjaya dipertahankan sepanjang 50 tahun yang lalu. Ini terbukti dengan negara mencapai kemajuan, kemakmuran dan suasana aman yang dikecapi oleh sebahagian besar rakyat. Negara juga disanjung tinggi di persada dunia dengan ekonominya terus berkembang dengan baik.

Suasana politik dalam negara stabil, sambil kualiti hidup buat rakyat tinggi berbanding dengan rakyat di banyak negara lain. Kualiti hidup ini juga mengadakan ruang yang luas untuk semua dapat menimba ilmu dan kemahiran serta berbagai-bagai jenis peluang pekerjaan.

Adalah tepat kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa negara berada di landasan yang kukuh untuk melonjak lebih tinggi ke hadapan di dalam setengah abad yang seterusnya.

Tetapi dalam tempoh itu, cabaran-cabaran yang jauh lebih hebat dan kompleks akan dihadapi. Dunia kini berhadapan dengan perkembangan globalisasi yang tidak mudah dikawal kesan buruk baiknya. Ini diiringi pula dengan kemajuan pesat teknologi maklumat dan komunikasi yang sangat pantas berkembang hingga sukar buat sesiapa membayangkan bentuk sebenar bidang ini dalam lima tahun lagi. Sudah pastinya juga akan berlaku banyak perubahan kepada senario geo-politik mana-mana negara dan rantau di seluruh dunia. Pada sebenarnya, kesemuanya ini telah pun bermula dan tidak akan dapat dihentikan lagi.

Buat semasa, dunia berhadapan dengan langkah dan tindakan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) memajukan kepentingan-kepentingan nasionalnya secara global tanpa mempedulikan sangat kepentingan-kepentingan negara-negara yang lain. Untuk maksud ini, AS, tidak teragak-agak untuk mengguna segala kekuatan dan kemampuannya, termasuk ketenteraan sekalipun. Usaha AS ini sukar digugat malah mampu mereka kekalkan buat masa yang lama kerana negara itu sangat kuat pengaruh perhubungan antarabangsa, ekonomi dan ketenteraannya.

Melalui usahanya di dalam perang global melawan keganasan, AS telah pun bertindak secara bersendirian terhadap banyak negara. Tidak ada negara yang tidak merasai kesan tindakan AS ini dan lebih-lebih lagi negara Afghanistan dan Iraq. Di Iraq, AS sukar menyangkal dakwaan bahawa motifnya menyerang dan menguasai negara itu adalah kerana minyak, tetapi tidak ada negara yang dapat mencabarnya atas kesalahan mereka ini. Keselamatan negara Israel terus dijamin oleh AS dengan diberi perlindungan dan bantuan ketenteraan dan ekonomi agar Israel terus dapat mempengaruhi politik dan keselamatan rantau. Disebaliknya, negara-negara Arab dan Palestin dikenakan dengan berbagai-bagai tekanan hingga sukar untuk negara-negara itu mengecapi kemerdekaan yang sebenarnya.

Selain dari itu dunia juga berhadapan dengan berbagai-bagai ancaman dan tekanan yang unik tetapi tersangat sedikit diberi perhatian oleh umum. Satu daripadanya adalah peningkatan suhu global dan perubahan iklim seluruh dunia. Akibat kejadian ini sudah pun dapat dilihat dan diketahui. Pencairan banyak ais di khutub-khutub utara dan selatan telah menyumbang kepada perubahan iklim dan berlakunya cuaca buruk yang ekstrem di merata tempat di dunia. Ini berbentuk ribut taufan yang besar lagi kuat dan kejadian hujan yang banyak hingga berlaku banjir yang meluas di banyak negara termasuk AS. Jika ini tidak dikawal maka ramailah manusia yang akan terpaksa berpindah jika banjir itu berterusan menenggelami daratan tempat kediaman dan kawasan mata pencarian hidup mereka. Ramai yang akan terpaksa berpindah ke tempat lain langsung memberi tekanan yang hebat kepada pelbagai pihak lebih-lebih lagi kepada kerajaan negara-negara itu sendiri.

Perlumbaan sesama negara untuk menguasai hasil sumber-sumber asli dunia sudah lama berlaku. Tetapi dalam masa yang mendatang ianya akan menjadi lebih sengit lagi apabila keperluan untuk menampung kedudukan dan kemajuan negara-negara seperti AS dan Republik Rakyat China meningkat tinggi sedangkan jumlah sumber itu pula sudah mengecil. Usaha mereka untuk menguasai sumber minyak dan gas asli di Asia Barat adalah sebagai satu contoh yang boleh menimbulkan ketegangan antara mereka dan juga dengan negara yang empunya sumber. Dalam masa yang sama peningkatan penggunaan minyak dan gas akan terus mempercepatkan kejadian perubahan iklim dan cuaca ekstrem yang kesannya sudah sedia diketahui.

Hasil dan jumlah kekayaan global nyata sudah berkembang besar. Namun pengagihan kekayaan ini tidaklah adil kerana sebahagian besar darinya tertumpu di rantau dan negara-negara yang sudah pun kaya dan maju. Cara pengagihan yang tidak adil ini sangat tidak disenangi oleh mereka yang dimalangi. Mereka ini kini marah setelah menyedari apa yang sebenarnya berlaku kerana sudah berpelajaran dan mempunyai akses kepada ilmu pengetahuan meluas hasil dari kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi semasa. Ketidakpuasan dan kemarahan mereka boleh mengancam kedudukan kerajaan dan keadaan keselamatan dalam negara-negara dan rantau-rantau yang berkenaan.

Dunia juga masih belum beralih dari pendekatan mengguna kuasa ketenteraan untuk mempertahankan negara dan kepentingannya. Pembelian persenjataan untuk maksud ini berterusan malahan meningkat di banyak negara dan rantau di dunia. Tambahan dari itu, usaha untuk meningkatkan kemampuan teknologi persenjataan nuklear taktikal oleh negara-negara tertentu telah memungkinan penggunaan senjata-senjata nuklear itu di dalam peperangan. Pada masa yang sama kemajuan di bidang penyelidikan bioteknologi dan manupulasi genetik pula membolehkan penghasilan dan juga penggunaan senjata-senjata jenis ini di dalam peperangan. Kesemua trend ini sudah pastinya membahayakan keadaan keamanan dunia keseluruhannya.

Walau apa pun, umum berpendapat bahawa Malaysia tidak akan terjerumus ke dalam kancah peperangan dengan sesiapa sekalipun, kerana ianya dianggap sebagai satu malapetaka yang amat dahsyat lagi merugikan dan mesti dielak dengan mengguna segala kaedah dan usaha.

Tetapi, keselamatan dan kemerdekaan negara boleh juga terancam dan tergugat dari keadaan di dalam negara sendiri. Malahan buat masa yang terdekat, aspek inilah yang harus diberi perhatian yang mendalam untuk masa hadapan.

Sebagai negara majmuk adalah amat perlu diperkukuhkan lagi perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang bangsa dan kaum. Tidak harus dibenarkan sebarang penyebaran pendapat atau tindakan oleh mana- mana pihak yang boleh menimbulkan perasaan benci, marah atau takut di kalangan kaum yang lain. Semua pihak harus berusaha untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang betul-betul bersatu dan berkeyakinan untuk memajukan negara dalam erti kata yang sebenarnya.

Usaha untuk mendekatkan jurang pendapatan antara rakyat mesti diteruskan. Kemarahan dan bantahan pihak yang berpendapatan tersangat kecil sukar untuk diredakan atau ditangani apabila ianya meletus. Bagaimanapun masalah ini tidaklah terletak hanya di atas bahu kerajaan sahaja. Penyelesaiannya perlu juga diusahakan oleh pihak yang berkenaan sendiri agar kejayaan yang diperoleh berkekalan. Ianya boleh dicapai melalui penguasaan yang luas dan mendalam apa sahaja ilmu dan kemahiran bersama dengan usaha berterusan yang tidak mengenal kegagalan. Malah setiap penemuan kegagalan dianggap sebagai satu pembelajaran untuk menemui jalan yang lebih berkesan lagi.

Tahap toleransi di kalangan rakyat perlu ditingkatkan lagi. Kepelbagaian bangsa, keturunan, budaya dan agama dalam negara adalah satu kekuatan dan bukan kelemahan. Ramai yang tidak sedar bahawa kepelbagaian ini telah menghasilkan banyak pemikiran dan pendekatan unik lagi kreatif yang dihasilkan oleh pemimpin dan rakyat negara ini. Kejayaan dan sanjungan yang diperoleh oleh pegawai dan anggota tentera negara apabila berkhidmat di merata dunia adalah contoh yang baik hasil dari keunikan dan pengalamanan kepelbagaian negara.

Kemampuan dan prestasi institusi dan jentera kerajaan juga perlu berterusan diperkemas dan dijadikan lebih berkesan. Beberapa banyak gejala dan masalah sosial termasuk juga keselamatan berterusan wujud kerana kegagalan dan kelemahan institusi-institusi ini. Menyalahkan pihak lain sahaja tidak harus dijadikan budaya biarpun perkara itu benar sekalipun. Jika institusi itu bertanggungjawab dan gejala atau masalah itu tidak juga dapat dikawal, maka institusi itu telah gagal. Ini adalah kerana institusi itu sememangnya ditubuh untuk menangani gejala dan masalah yang dimaksudkan itu.

Segala majlis, perbarisan dan aktiviti yang telah berlaku sempena perayaan Hari Kemerdekaan yang ke-50 negara memperlihatkan tumpuan kepada satu perkara yang umum, iaitu untuk membangunkan kualiti modal insan di kalangan generasi muda negara. Melalui penglibatan, usaha dan kegigihan mereka menjayakan perayaan dengan memain peranan dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing, mereka belajar untuk mengambil alih dari generasi sebelum dari itu demi kemajuan negara. Kemajuan akan menjamin kemerdekaan Malaysia dapat dipertahankan buat 50 tahun lagi dan buat selama-lamanya. Merdeka!

- LT. JENERAL (B) DATUK SERI ZAINI MOHD. SAID ialah bekas Panglima Medan Tentera Darat.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... na&pg=re_03.htm

-----------------------------

kesedaran dan pendidikan mengenai keselamatan perlu dilakukan dari masa kesemasa terutama kepada peringkat awal dari sekolah rendah dan menengah....

my seposen....
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 03:32 PM | Show all posts
SAYA nANTI RASUAH.

Ketua PDRM dan ex-ketua BPR pun di sabit dengan rasuah. belum lagi masuk court, AGM dah gugur tuduhan. Sistem court apa macam ni? pelik... pelik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2007 11:52 PM | Show all posts

Reply #10 alien7749's post

Sori...x de kena mengena dengan thread x bleh nak jawab..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.061607 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list