|
KAMI perjuang kugiran 'underground'
26-07-2007 10:37:15 AM
oleh WAHIDA ASRANI | MUZIK underground mahupun indie music adakalanya sering disalah anggap oleh sesetengah pihak.
Ada yang memandang negatif terhadap mereka yang memperjuangkan muzik bebas seperti ini, salah satu sebabnya kerana ia kurang mendapat pengiktirafan mahupun perhatian di dalam industri muzik.
Menyedari hal ini Nokia dengan kerjasama 8TV, Monkey Bone dan Redfilms telah bergabung tenaga menghasilkan sebuah kisah perjuangan kugiran-kugiran baru yang ingin menapak di dalam industri, di dalam sebuah projek khas yang berjudul KAMI.
KAMI dihasilkan melalui pengalaman yang dikutip oleh pemuzik dan pelakon, Fendi dan Fizzi yang membangun dan menaiktaraf muzik bebas di kalangan generasi muda, di samping mendapat kerjasama oleh Penerbit Eksekutif Redfilms, Lina Tan.
"Ini adalah satu projek yang jarang dibuat oleh banyak pihak. Tujuan sebenar kita cetuskan projek ini selain memaparkan perjuangan kumpulan-kumpulan ini antara lain adalah untuk mempromosikan muzik bebas itu sendiri.
"Kalau boleh, kita mahu ubah tanggapan ramai. Ia tidak senegatif seperti yang disangkakan oleh banyak pihak.
"Buat permulaan, projek KAMI akan bermula dengan penghasilan KAMI - The Album yang akan mula berada di pasaran pada penghujung Ogos nanti dan akan disusuli dengan KAMI - The Gigs, showcase khas yang akan diadakan di beberapa buah lokasi.
"Kemudian, drama bersiri KAMI akan ditayangkan di 8TV bulan depan, sebelum kita muncul dengan filem KAMI pula pada Februari 2008. Itu adalah program yang terkandung dalam projek KAMI," ujar Lina Tan yang ditemui pada sidang media projek tersebut, baru-baru ini.
KAMI - The Album yang akan berada di pasaran tidak lama lagi akan memuatkan 15 buah lagu, antaranya Kamu, nyanyian Nitrus, Itu Kamu (Estranged), Senyuman Ragamu (Gerhana Ska Cinta) dan Permysuri (OAG).
Album tersebut juga turut menampilkan dua buah lagu dendangan band baru, Meet Uncle Hussein iaitu Lagu Untukmu dan La La Kerjalah yang juga akan menjadi lagu tema untuk projek KAMI.
KAMI - The Gigs pula akan diadakan di tiga lokasi iaitu Central Square, Sungai Petani yang dijadualkan pada 18 Ogos nanti, Jotic, Johor Bahru (25 Ogos) dan Planet Hollywood, Kuala Lumpur (8 September).
Siri konsert percuma ini akan membariskan band-band seperti Estranged, OAG, Gerhana Ska Cinta, Love Me Butch, The Times, Pop Shuvit dan juga penampilan Meet Uncle Hussein.
Setiap gig dijangka berlangsung selama tiga jam bermula pada pukul 2 petang dengan penampilan lebih tujuh band pada setiap lokasi.
"Saya percaya KAMI dapat menawan perjalanan muzikal yang bersejarah ini melalui konsert, album, drama siri dan filem.
"Saya juga yakin, beberapa tahun lagi, kita akan menoleh ke belakang dan menyedari satu revolusi baru yang besar berlaku di dalam arena muzik," kata Ketua Pegawai Operasi 8TV, Ahmad Izham Omar.
Dalam pada itu, drama bersiri KAMI pula baru saja memulakan penggambarannya baru-baru ini dengan mengenengahkan muka-muka baru sebagai tunggak utama siri tersebut.
"Buat masa ini, kami belum bersedia untuk dedahkan siapa pelakon-pelakon tersebut. Malah, untuk filem KAMI, kita juga akan menampilkan bakat-bakat baru. Yang pastinya, projek ini akan mempunyai kelainan tersendiri," kata Lina lagi.
Filem KAMI dijadualkan akan menemui penonton pada tahun hadapan yang mengisahkan tentang perjalanan serta suka duka kugiran-kugiran yang baru hendak melangkah di dalam industri muzik.
Begitu juga dengan drama bersiri KAMI, di mana kedua-dua produksi ini akan mengenengahkan kehidupan sebenar penggiat arena muzik bebas dan juga sebahagian daripada pengalaman penting, muzik dari perintis band terbaik di Malaysia pada hari ini.
|
|
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dari kiri) Lina Tan, Izham Omar dan Pengurus Pemasaran Nokia, Geraldine Wong
Persembahan Meet Uncle Hussein pada majlis pelancaran projek KAMI baru-baru ini |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 Syd's post
Oh abang Izham |
|
|
|
|
|
|
| |
|