CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3525|Reply: 3

Haiwan sumber penawar penyakit

[Copy link]
Post time 12-8-2007 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Haiwan sumber penawar penyakitOleh Hazirah Che Sab

Saintis kini iktiraf ikan Tilapia Nil, lintah, ulat antara kaedah rawatan terbaik tanpa kesan sampingan

KESIHATAN adalah anugerah paling berharga bagi dan tanpanya, lambakan wang ringgit tidak membawa sebarang makna.

Berikutan itu, saintis di seluruh dunia berlumba-lumba mengkaji, meneliti dan membuat uji kaji ubat terbaru untuk menjadi penawar pelbagai penyakit yang ada antaranya masih menjadi ancaman hingga kini.

Namun, jika namanya pun manusia, sehebat mana ciptaan dan rekaan dihasilkan, ia pasti tidak dapat mengatasi keagungan semula jadi diciptakan Allah SWT dengan 1,001 faedah. Tiada satu pun makhluk di muka bumi ini dijadikan tanpa ada kebaikan walaupun bahaya mana sekalipun.

Selain bahan kimia diproses sebagai ubat, saintis kini beralih mencari kehidupan semula jadi baik flora mahu pun fauna yang dipercayai lebih berkesan merawat dan mencegah penyakit seperti pernah dibuktikan turun-temurun .

Terbaru, penyelidik Kenya mengiktiraf sejenis ikan sebagai senjata terbaru dalam pertarungan mengekang penularan malaria - penyakit lama, tetapi kini muncul kembali sebagai ancaman utama.

Ikan Tilapia Nil atau nama sainsnya, Oreochromis Niloticus, kerap menjadi menghiasi meja makan malam masyarakat Kenya sebagai hidangan, tetapi kini fungsinya berubah dan mula diternak di beberapa kolam ikan terbiar di barat negara itu.

Tilapia Nil itu kini menjadi aset berharga saintis kerana kegemarannya memakan jentik-jentik berupaya mengurangkan bilangan dua daripada nyamuk pembawa malaria utama sehingga lebih 94 peratus.

Kajian mendapati ikan itu terbukti penting sebagai senjata terbaru ketika nyamuk semakin kalis kepada sebarang racun serangga.

Kegemaran Tilapia Nil memakan nyamuk sudah diketahui sejak tahun 1917, tetapi ini kali pertama data diterbitkan yang memperincikan keberkesanan haiwan itu dalam mengawal nyamuk, kata penyelidik dari Pusat Psikologi dan Ekologi Serangga Antarabangsa.

Malaria, yang disebarkan parasit satu sel Plasmodium, menjadi wabak di beberapa bahagian Asia, Afrika serta Amerika Tengah dan Selatan.

Organisme itu dipindahkan kepada manusia menerusi gigitan nyamuk. Setiap tahun ia menyebabkan 300 juta penduduk dunia jatuh sakit dan menyebabkan sejuta kematian di seluruh dunia.

Kira-kira 90 peratus kes berlaku di benua kecil Sahara Afrika, yang menyaksikan seorang kanak-kanak maut akibat malaria setiap 30 saat.

Penulis kajian menyatakan, bagi penduduk Kenya, ikan itu terbukti pelaburan menguntungkan. Selain mengehadkan bilangan nyamuk, ia sedap dimakan dan dapat menyumbangkan pendapatan.

Penasihat malaria Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Kenya, Joanne Greenfield, lebih berwaspada walaupun pada masa sama menyifatkan penemuan itu sebagai positif.

揔aedah ini mungkin berkesan di kawasan perairan tertentu, tetapi nyamuk ada di pelbagai jenis tempat, termasuk kolam kecil di dalam lumpur - tempat yang jelas tidak dapat membela ikan. Ia mungkin tidak berkesan di beberapa tempat.

揃agaimanapun, kami mengalu-alukan kaedah memerangi malaria dan ini pasti amat berguna,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2007 11:38 AM | Show all posts
INFO: Rawatan berasaskan haiwan


Ikan Tilapia Nil yang gemar makan jentik-jentik berupaya mengurangkan bilangan dua daripada nyamuk pembawa malaria utama sehingga lebih 94 peratus. Kajian mendapati ikan itu terbukti penting sebagai senjata terbaru ketika nyamuk semakin kebal kepada sebarang racun serangga.


Sejenis ulat atau anak lalat digunakan bagi mengelak luka pesakit kencing manis.


Lintah digunakan penyelidik Amerika Syarikat bagi membantu proses membina semula wajah atau mulut pesakit barah.


Kuda didakwa mampu salur tenaga aura bagi atasi kesakitan pada sistem saraf.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2007 11:49 AM | Show all posts
Best dengo tp nak buat tu .... tak sanggup. Kuda tu ok le .... tp lintah n ulat ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2007 11:54 AM | Show all posts
tilapia nil



macam sedap je...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.512164 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list