CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4439|Reply: 12

Sambungan kisah rumahtangga saya

[Copy link]
saya_buntu This user has been deleted
Post time 28-8-2007 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Pada sesiapa yg pernah membaca kisah saya seblum ini tentu tahu apa yg telah menimpa saya. Cuma kali ini saya ingin bertanya lagi ttg satu perkara yg agak menyusahkan hati saya sekarang iaitu 'kena buatan orang'.

Sebelum ini saya bukan dari jenis org yg kuat kepercayaan pada benda-benda gangguan makhluk halus dan yg seangkatan dgnnya. Tapi peristiwa kali ini telah byk menggugat kepercayaan saya dan memberi saya perspektif baru ttg hidup ini.

Selepas hampir sebulan saya dan isteri saya berdamai, banyak perkara yg telah dia ceritakan dan huraikan pada saya. Yg menjadi punca utama kenapa dia mula rapat dgn lelaki lain adalah kerana dia jadi benci pada saya  tanpa ada sebab yg kukuh dan menganggap saya tidak pernah ambil kisah ttg dirinya.

Yg saya ingin tahu adakah memang ada atau memang boleh kalau kita di'kena' kan oleh org supaya benci kepada pasangan atau keluarga kita? Dlm kes isteri saya, hingga anak sendiri pun dia jadi tak suka dan dia mengaku dia jadi malas atau tidak mahu melayan kerenah anak2.

Dia mula membuka cerita ini selepas saya disarankan oleh ayah saya utk cuba berubat di kampung. Hasilnya memang menakjubkan. Boleh dikatakan saya lihat isteri saya telah berubah banyak. Dia kini lebih rapat dgn saya dan anak2 saya. Dia juga sudah mula meminta izin pada saya even perkara yg berkaitan dgn kerja dia seperti nak pergi meeting dan sebagainya.

Yg lebih mengejutkan saya sendiri ialah kerana saya sendiri terasa bahangnya. Sejak akhir2 ini kepala saya sering terasa pening, pernah jadi buntu hingga anak pun tak endah, rasa spt dihasut utk tidak mempercayai atau meninggalkan isteri saya malahan terasa tak boleh diam dan tidak tenteram kalau tinggal seorang. kalau saya mula rasa tidak tenteram saya akan terasa telinga saya jadi panas tanpa saya tahu penyebabnya. menurut pakcik yg mengubat kami tak dapat kepala ekor pula dipulasnya.

Buat masa ini saya cuba banyakkan membaca ayat quran seperti Yasin dan ayat Kursi. Alhamdullillah ada kurangnya. Cuma teringin nak tahu kalau2 ada org lain yg pernah kena seperti ini dan jika sudi kongsi-kongsilah dgn saya jalan penyelesaiannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2007 01:03 PM | Show all posts
bro....kalau soal hati aku memang tak percaya ada buatan orang ni.

seorang isteri yg ada hubungan ngan orang lain akan rasa macam tu....bila hatinya dah terpaut pada org lain memang dia akan melihat kamu ni kurang macam2. orang jantan kabaret mcm tu memang romantik dah gigih memikat perempuan. aku tak pelik melihat perempuan zaman sekarang yg sanggup tinggalkan anak dan suami hanya kerana mengejar cinta....dah banyak yg aku dengar.

terkena buatan orang hanya timbul bila terjadi sesuatu atau dah timbul penyesalan....mulalah mencari sebab....bukan mencari kelemahan diri.

semua kerana cinta bro.....macam lagi agnes monica....'cinta ini kadang2 tak ada logiknya'.

dan ko bertahan juga dgn dia adalah kerana cinta.

semoga berbahagia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 01:11 PM | Show all posts

Reply #1 saya_buntu's post

G check doktor dulu la..kot2 darah ko naik tinggi sangat...tak pun ko ada penyakit migrain...

nak berubat gi kat ustaz..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 01:22 PM | Show all posts
Originally posted by saya_buntu at 28-8-2007 12:30 PM
Salam,

Pada sesiapa yg pernah membaca kisah saya seblum ini tentu tahu apa yg telah menimpa saya. Cuma kali ini saya ingin bertanya lagi ttg satu perkara yg agak menyusahkan hati saya sekarang ...


Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w pun pernah disihir sehingga menyebab turunnya Surah Al-Falaq:

[113.1] Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
[113.2] "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
[113.3] "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
[113.4] "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
[113.5] "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".

Tulisan yg berikut adalah dipetik dari link yg berikut yg juga terkandung hadis2 yg berkaitan dgn peristiwa Rasulullah s.a.w. disihir:
[url=http://www.mail-archive.com/keluarga-[email protected]/msg07053.html]http://www.mail-archive.com/keluarga-[email protected]/msg07053.html[/url]

Hadis Nabi kena sihir ini termasuk dalam catatan Hadis Shahih yang di rawikan oleh Bukhari dan Muslim, yang berasal dari Hadis Aisyah, bahwa beliau s.a.w. pernah disihir oleh seorang Yahudi dari Bani Zuraiq; namanya Labid bin al-A`sham.
لَبيد بن الأعصم

. Dikatakan dalam Hadis itu bahwa Nabi merasa seakan-akan beliau berbuat sesuatu padahal tidaklah pernah diperbuatnya.



Demikianlah beliau rasakan beberapa lamanya. Sampai pada suatu waktu Nabi berkata kepada Aisyah: "Hai Aisyah! Aku diberi perasaan bahwa Allah memberi fatwa kepadaku pada perkara yang aku meminta fatwa padaNya; maka datanglah kepadaku dua malaikat, yang seorang duduk ke sisi kepalaku dan yang seorang lagi di sisi kakiku. Lalu berkata yang duduk dekat kepalaku itu kepada yang duduk di ujung kakiku: "Orang ini diobatkan orang!" (Disihir? Kawannya bertanya: "Siapa yang mengobatkannya? (Menyihirnya?).


Yang di kepala menjawab: "Labid bin al-A'sham."
Kawannya bertanya: "Dengan apa?"
Yang di kepala menjawab: "Pada kudungan rambut dan patahan sisir dan penutup kepala laki-laki, dihimpit dengan batu dalam sumur Dzi Auran."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 01:34 PM | Show all posts
Dipetik dari link:http://aferiza.wordpress.com/2007/08/06/suami-hilang-nafsu-atau-disihir/Suami Hilang Nafsu atau Disihir?Posted by aferiza under Perkahwinan , Pendidikan

SOALAN:
Saya sudah berbulan-bulan tidak tidur bersama suami kerana dia menjauhkan daripada saya. Setiap kali saya mendekatinya dia merungut 損anas, rimas dan jauh daripada aku, aku tidak boleh mendekati kamu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 01:38 PM | Show all posts
An-Nass:

[114.1] Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
[114.2] "Yang Menguasai sekalian manusia,
[114.3] "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[114.4] "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[114.5] "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[114.6] "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

Anyway, rajin2 lah dan jadikan amalan routine surah 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nass), pagi petang malam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2007 01:44 PM | Show all posts
thank 4 this information...

tulah kan.. sikit-2 sbbnya kene sihir... ish... x paham-2....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 02:09 PM | Show all posts

Al-Furqaan:
[25.74] Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Amalkan (for both husband & wife) doa yg dipetik dari Surah Al-Furqan ayat 74 diatas (bermula dari ayat Rabbana...)esp. selepas setiap solat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2007 02:36 PM | Show all posts

Reply #4 Equalizer's post

thanks equalizer for the info...

sebenarnya ramai juga sedara terdekat Ratu yg terkena sihir lately.. dan kebanyakannya dikalangan mereka yg kuat beramal...

Apabila equalizer share kan ttg kisah nabi tuh... br Ratu faham... sihir nih boleh terjd pd sesiapa shj w'pun dia seorang yg kuat beramal... means mungkin salah satu ujian yg Allah berikan pd hambanya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 02:57 PM | Show all posts

Reply #8 Equalizer's post

tima kaceh
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 03:03 PM | Show all posts
Yeap jangan ambil mudah soal sihir ni...sebab dianya memang wujud...tapi berubatlah dengan orang2 yang boleh dipercayai contohnya kat darul shifa ke..jangan ngan sembangan bomoh ni...  Sihir ni kira ilmu hitam le...ilmu pun sama cam manuasia gak..ada yang baik ada yang jahat...
Reply

Use magic Report

saya_buntu This user has been deleted
 Author| Post time 28-8-2007 05:07 PM | Show all posts

Reply #6 Equalizer's post

Thanks for the info. Nampaknya Rasullullah s.a.w pun pernah disihir apatah lagi org kebanyakan spt saya. Yg surah An Naas tu memang ada sebut pasal hasutan ni. Even dlm surah Al Baqarah ayat 102 bila saya selidik juga ada sebut ttg Harut dan Marut yg dikatakan mengajarkan sihir yg boleh menyebabkan suami dan isteri bercerai.

cuma ye lah benda tak dapat dilihat ni agak sukar utk dibuktikan oleh kita. rasanya yg pentingnya pada saya skrg ialah bagaimana hendak mendinding diri dari segala gangguan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 05:23 PM | Show all posts
bagus ayat2 nih..sesuai jadik peninding akak ipar ku yg mistik itu...

thanks ye ape name tuh..energizer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.275576 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list