CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5759|Reply: 27

dalam dilema

[Copy link]
Post time 28-10-2007 11:33 AM | Show all posts |Read mode
saya di dalam dilema....

apa yang perlu saya lakukan...



sabar.. sabar....dan berharap Allah akak memberi balasan setimpal...



atau ignore... ignore..... buat macam tak ada apa2 selagi tiada bukti depan mata.....




atau.... bertindak........  tapi apa tindakan yang paling wajar saya lakukan tanpa membuat dia marah, gaduh...  tapi saya sayangkan dan kesiankan baby saya yang masih kecil.. bila dengar ayah dia marah2/jerit2 kat saya.. dia akan menangis kuat juga... akhirnya saya juga yang mengalah ....



jikalau segala tindakan saya untuk mengubah sifat dan tabiat suami saya.. tak berdosakah saya juga membiarkannya berterussan melainkan dengan sentiada berdoa, bersabar dan anggap tiada apa berlaku walaupun batin tersiksa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2007 11:41 AM | Show all posts
Kesiannya............ mengapa selalu laki u marah2...........
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2007 11:53 AM | Show all posts
Kes...ada pmpn lain ke?suami puan berubah sebab tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2007 11:56 AM | Show all posts

Reply #1 esah007's post

nape laki esah marah ni...esah ada buat salah k atau dia mmg sejak dua menjak ni jadi dingin? ada problem kat tmpt keje kot
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2007 12:15 PM | Show all posts
lelaki nie penuh dgn ego..nak tegur depa kena teknik yg betul..kalau bentuk soklan atau bentuk menyindir, dapat laki yg panas baran, terukla nanti di herdik..takut silap2 nanti, tangan naik ke muka..

kalau esah masih belum jumpa teknik yg berkesan nak berbincang dgn suami, baik diamkan diri dulu..since u cakap u kesiankan your baby..

norsha tak tau bukti apa u cakap yg ada depan mata..tapi maybe bukti tu timbul sb u yg korek2..so, nak bagi jiwa u tenang, takyah la korek2 rahsia hubby..

jalankan tanggungjawab sebagai isteri dgn baik..i'm sure your husband loves u, kalau tak, sure dia dah ceraikan u sb talak tu di tangan dia...cuma dia tak suka u ambik tahu urusan dia di luar rumah jer..

so..tentang urusan dia di luar rumah..u banyak2 berdoa pada Tuhan..semoga Tuhan tunjukkan jalan yg betul kepada hubby u..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2007 12:45 PM | Show all posts
terima kasih norsha... tentu norsha telah baca mengenai masalah rumahtangga saya.. bagi sesiapa yang sudi membaca dan mendengar keluhan saya..  boleh la klik kat link ni:
http://forum3.cari.com.my/viewth ... &extra=page%3D3

buat masa ni saya sedang tinggal berdua dengan baby saya dan anak tiri saya kerana suami biasa la ke pejabat. walaupun saya tau dia tak kan 24 jam kat pejabat.. mesti ke mana2 tu.. itu saya malas nak ambil tau..

cuma semalam masa saya basuh baju, ternampak sarungtangan perempuan.. saya dah agak tentu suami saya sengaja buat macam tu sebab nak bagi saya tanya dan lepas tu dia mula marah2 dan tengking saya sebab ambil tau macam2...

kenapa sekarang ni saya tak dibenarkan tanya apa2 yg dia buat? tak dibenarkan tanya apa2 yg dia balik? tanya kemana dia bawa anak tiri saya (anak dia)?

kerana setiap kali saya tanya dia akan mengatakan sesuatu yang buat saya marah ...

sekarang ni maid saya pula tetiba berenti.. dia ambil tak kisah nak cari maid lain.. bila saya tanya, dia kata 'not my problem'.. sebab tanya dia a few times... saya tanya a few times sebab saya tau dia tak nak cari agen atau tanya mana2.. bila saya tanya, dia kata dah tanya tapi tak dapat.. lepas tu buat tak de apa2...

sekarng dia sentiasa keluar pagi balik tengah malam.. saya dah tak kisah.. kekadang saya rasa aman kalau  dia tak de rumah walaupun memang busy jaga baby dan buat kerja rumah.. bila dia balik dalam pukul 2-3 pagi.. saya buat2 tidur sebab tak nak sakit hati sendiri dan sakitkan hati dia bila melihat muka saya.. sekarng ni dia macam meluat tengok muka saya...  dan tak pernah memandang mata saya.. macam cuba nak elakkan.. cuma time dia marah je dia tenung muka dengan tajam...

semalam baby tak berapa sihat... saya terpaksa call dia suruh dia balik bawa jumpa dr... macam biasa dia marah2 dan hantar kereta balik supaya saya bole bawa baby sendiri jumpa dr dan dia keluar jalan kaki untuk pergi kerja.. sama ada ada someone yang tunggu kat simpang jalan jauh dari rumah atau dia naik teksi kat luar... saya tak boleh tanya sebab dulu saya tanya, marah yang saya dapat sebab tanya...

persoalannya sampai bila semua ni harus berakhir? perlu kah saya bersabar.. ? durhakakan isteri kalau ambil tindakan dan sakitkan hati dan timbulkan kemarahan suami walaupun untuk bertanya dan memberi nasihat?

saya tak tau sama ada dia meamg dah tak nak saya atau terpaksa 'simpan' saya sebab saya berupakan sumber pendapatan bagi dia dan saya banyak tolong dia dari segi financial.. semua tu saya tak pernah ungkit tapi bila saya sentuh pasal duit mula lah baran dan marah sebab ungkit pasal duit..

jikalau saya berpisah/bercerai dengannya, dia tak kan dapat pandu kereta yang dia biasa guna utk kegunaan kerja/social dia, dia tak kan dapat medical benefit utk dia dan anak dia, tak dapat guna kad kredit saya utk bayar duit minyak dan segalanya.. dan macam2 lagi.. cuma saya tak nak ungkit sebab tak nak dia marah dan faham gaji dia tak sebanyak mana nak bayar semuanya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2007 01:02 PM | Show all posts
bukan nak sruh awak berpisah tapi baik awak fikir n timbang betul2..daripada hidup sakit hati jek baik tak yah duduk sebumbung lansung...eh...sory kalu tersilap cakap..sebab sabarpun ada batasannya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2007 01:38 PM | Show all posts
Macam abg aji biasa tulis, isteri kena didik suami, bukan menerima suami sebulat hati macam itu. Saya akui, sebagai isteri memang susah nak didik suami tapi masih lagi bukan satu perkara yang mustahil untuk di buat. Rumahtangga itu satu perkongsian dan tak ada dalam dunia ini perkara yang perlu dirahsiakan dalam diri sendiri. Kalau kita tak suka, kita kena tunjukkan yang kita tak suka. Kalau kita rasa diri kita diperlakukan tak sewajarnya, kita kena suarakan ketidakpuashatian kita. Bukan simpan dalam hati, bukan menangis tanpa ada usaha nak perbaiki. Jangan jadi lemah & jangan TAKUT pada diri sendiri.

Mendidik suami kena mengikut rentak tari dia, kalau dia berkasar kita berlembut. Kalau dia sukar nak berkerjasama kita kena ambil tindakan yang sewajarnya. Isteri kena patuh perintah suami tapi kita tak disuruh menerima apa sahaja layanan buruk yang suami berikan. Masalah dalam masyarakat kita, dari dulu kita dah disemaikan dalam fikiran bahawa :-

1. manusia yang tak sempurna dalam sebuah rumahtangga adalah isteri,
2. isteri kena rela korbankan diri untuk suami,
3. isteri tak boleh hidup tanpa seorang lelaki bergelar suami dan
4. isteri tak boleh menegur kelemahan suami :@

Selagi 4 'syarat' ini ada dalam kepala kita, selagi itu manusia bergelar isteri akan diperkotak-katikkan lelaki bergelar suami yang terlalu SELESA dengan kedudukan sebagai suami. Kekurangan, kelemahan & kepincangan suami mesti diajar supaya mereka tak take for granted dgn kebaikan isteri. Sebab itu isteri kena cerdik, bukan tahu menangis shj.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2007 05:09 PM | Show all posts
esah kene siap diri..nak pi perang

kalo tak siap diri, u lost half the battle already..tu yang merana

apa tu siap diri?

u leh buat beribu sangkaan..tapi tetap ianya sangkaan dan pulak tu ada kesan pada minda u

u leh di depankan beribu kenyataan..terbukti tapi u tetap kene bertindak gak, pun kalo tak tindak lagi kuat kesan pada minda pasal mende tu terbukti dah

u duk tercongok kat situ lai..sangkaan , kenyataan duk pusing2 keliling u..so u makin takut..esp masa depan idup tadak berlaki

kendian duk pk anak kecik.perlu ayah dia gak..pulak tu seme mende under nama u

dalam lemah2 tu u duk masih pikir u ada kelebihan ..laki duk dengar cakap gak..tapi kes kritikal laa ..cam anak sakit tu

so macam dalam gulap gulita tu duk ada cahaya sikittttttt jek..tapi u fokus kat gelap bukan kat cahaya..kalo u tambah minyak kat pelita tu cahaya terang lah kut but u tak buat cenggitu..pasai?

pasai ketakutan tu terlalu kuat

nak adu kat sapa? kami seme manusia cam ko laa..pasai tak adu kat tuhan? dia buat kita? dia gerakkan seme2 hatta jari malah idea mai nak tulis..semeeeeeeeeeeeeeeeee mende berlaku lam idup ni atas kuasa dia. dah adu kat tuhan?

tu antara ko dengan tuhan. ada ko adu? camna bentuk self talk ko?  

sekali pun nak kata suami kawin dulu pasal nak kesenangan nak kesempatan..tetap ada suka or sayang dia kalo tak..tokleh, susah ..tu haa sampai de anak ngan dia..mana leh anggap buruk2 cenggitu lama2 osakkkkk minda tu tau?

sapa takmo senangan lam idup? malah pkok kecik pun tumpang pkok besor nak idup, nak cahaya matahari nak makanan dia kan? so mende tu lumrah kalo misal janda kawin bujang or anak dara nikah pak duda..anggap mende tu lumrahhhh terselit isu nak kesenangan..tapi yerlah hati dah sakit habisssssss seme di ungkit..yang tak patut pun di ungkit..tak elok tu ok?

ko cuma kene bina kekuatan diri..lahir dan batin, mind body and soul. macam ko bayangkan kalo dunia ni kaputzzzzzz ..ilang seme manusia tinggal ko dan baby kecik dan anak tiri ko tu jekk..aaaaaa ko dan depa, camna ko nak idup??? uih mustahil ka..tak pun, kalo tuhan nak uji ko cam tu sapa leh stop kan? ada ko pikir ?

bila ko ajukan soalan cam tu di otak ko..lama2 otak, melalui pengalaman idup ko, berinteraksi dengan apa dalam idup misal berforum..otak ko akan automatik pick up banyak jawapan2 pada persoalan ko. Ko cuba realisasikan jawapan itu samada sesuai or tidak..ko paham? So mende ni lama2 bercambah, berkembang, makin bagus..hanya jikalau ko suka memikirkannya.

jantan mana yang tak gatal dok usha pompuan lain? antara isteri depa TAHU , kantoi or tidak jek, pandai lakun, pijak kuman pun tak mati ok? ko terima lah cam tu..redho , itu urusan dia dengan tuhan..didik dia bimbing esp kenai tuhan dan rasul, mende ni ler paaaaaaaaaaaaaaaaling penting, kalo idak kesedaran dan insaf tu takdok. macam mana nak didik?

mula diri ko laaaa..kendian suruh misal pak dia or mak dia nasihat or adik or abang dia..tanya2..kasik pressure skit sekeliling dia dari oang2 dia rapat

jangan harap cepat sangat perubahan apa pun, bio slow tapi pasti gitu. yang penting diri ko, pasal anak tu kecik lai..anak tiri tu pun kecik lai..jangan ajor depa bebukan tau?

aku tak pikir ko ni jenis suke cerai..dari ko tulis jek dah leh tau..ko nak sangat marriage tu kekal..so anggap ler mende ni ujian. Tang usaha camna tu ikhtiar lah..banyak macik2 brutel macik vogue macik handal di ranjang dalam fd ni..ko tanya je lah
jangan duk kawan sangat  sama2 nasib malang..jadik peers ko..tak sihat otak tu kang tau?

wsalammm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2007 06:01 PM | Show all posts
nak sentuh sket aje esah....cam pak aji akata tu, btiol...jgn carik kawan2 senasib...u takkan berubah sampai bila2..self-pity nie skit2 aje baik, lelama org bosan nak melayan kita..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2007 08:37 PM | Show all posts
memula baca td aku ingat esah ni duk umah jaga anak je..sbb tu mcm takut2..
tp bila baca bawah skit..ghupernyalaki dia yg takut hilang dia..
ntahlah..aku tatau nak nasihat apa..sbb kalo aku nasihat aku suh blah ajer..hehe..
malas nak pikir2 panjang
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2007 09:35 PM | Show all posts
mcm tak ada hati dengan awak je, kalau ada perasaan kasih sayang dia tak tergamak buat awak dan anak awak mcm tu......

[ Last edited by  mata_bulat at 28-10-2007 09:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 03:15 PM | Show all posts
Originally posted by sarahmirza at 28-10-2007 01:38 PM
  Masalah dalam masyarakat kita, dari dulu kita dah disemaikan dalam fikiran bahawa :-


Well, definitely not the side of the society in which I am in.......hang dok ngan masyarakat sebelah mana?????????

Allow the man to exercise his privellege to lead his wife.........support him at all cost.....kalau ada kekurangan dari pihak dia.......bersabar......jgn cepat nah nak membetulkan........hanya kerna kita mungkin lebih tahu dari dia........banyok lagi Manak nak cakap...cukup sekadar ni dulu.......

Berdiam diri bukan bererti...menanti diri utk dipijak atau di taken advantage of...percayalah.......

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 03:39 PM | Show all posts
aduh..satu lagi kes2 macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 03:48 PM | Show all posts
byknya kes suami x bertanggungjwb kat FD nih....

nauzubillah.....aku dpt laki yg x yg bertggjwb mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 04:00 PM | Show all posts
sebenarnya baba-bab duit ni, orang perempuan janganlah bermurah hati sangat pada lelaki , jika simpan duit beribu-ribu lemon dalam bank, jangan dok mention pada suami..habislah duit tuh, bukan apa, untuk kegunaan masa depan manalah tahu, orang lelaki ni dah lah mata keranjang, bila orang perempuan layan, orang lelaki pun lupa diri, lupa anak bini hah sudhanya, isteri juga yang merana..

kawin pun orang perempuan support aii senangnyer hidup cik abang..
lelaki bukan kena carik duit, barulah dia menghargai erti perkahwinan yang dibina.. aii entahlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2007 09:33 PM | Show all posts
Originally posted by esah007 at 28-10-2007 12:45 PM
terima kasih norsha... tentu norsha telah baca mengenai masalah rumahtangga saya.. bagi sesiapa yang sudi membaca dan mendengar keluhan saya..  boleh la klik kat link ni:
http://forum3.cari.com. ...


rasanya dh tak perlu ada rasa simpati pd lelaki spt itu.... mintak cerai jak la... sy ni bkn baik sgt pun tp tak la sampai sejahat itu... tp sbg lelaki..sy sendiri tak sanggup buat mcm tu..daripada sy seksa isteri sy,,.. baik lagi sy bebaskan agar dia lebih bahagia...

caril jalan terbaik... bawa berbincang or g pej agama n minta padangan mereka...semoga mdapat jaln keluar yg tbaik
terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 11:38 PM | Show all posts
Originally posted by manakautau at 29-10-2007 03:15 PM


Well, definitely not the side of the society in which I am in.......hang dok ngan masyarakat sebelah mana?????????

Allow the man to exercise his privellege to lead his wife.........support ...





Masyarakat FD. Tak payah huraikan, baca sahaja masalah di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 03:35 AM | Show all posts
seriously saya tak nampak apa masalah besar esah tu kecuali esah ubah sikap tegas dalam mendidik suami jek

kira masih untung seme2 masih under nama esah dan dia pun dalam rungut2 duk dengo cakap gak

bab gatai tu.. oghe jate 99.99 percent cengitu, lai bagus depan mata berbukti dari depan esah dia alim cam malaikat belakang dia cam setan aaaa kan?

bab bila suami tu nak sedor , hok ni tuhan je lah tau tapi pada saya kalo soang manusia tu suka muhasabah, duk suka baca news dan kisah2 pengalaman marriage manusia lain, lama2 dia bleh sedor gak, apa yang utama pada suami tu

i think cik kak seme ni tokleh henti bebel kat laki..ni pendapat saya lah..memang depa kene di leter kalo ada mende bini tak suka

ni pengalaman saya duk ngan mak lah, lazim pak saya diam  jek..diam2 kendian dia buat gak..ada lelaki rungut2 kene bebel tapi dia buat gak..so i think isteri tokleh stop bebel laa kut

tokleh main harap2 jek cik kak..kene leter gak kendian ikhtiar segalanya. lagi satu to me kalo ada anok tu lagi susah lah kut nak cerai ke hape..Rome wasnt built overnite, Kota Melaka pun di bina bukan semalam jek..so marriage happiness tu keje berpanjangan, hujan panas tu biasa lah.

ws
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 08:32 AM | Show all posts
Originally posted by ajinomotonosuga at 30-10-2007 03:35 AM
seriously saya tak nampak apa masalah besar esah tu kecuali esah ubah sikap tegas dalam mendidik suami jek

kira masih untung seme2 masih under nama esah dan dia pun dalam rungut2 duk dengo cak ...


macam ade jerk pengalaman....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.079633 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list