CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5845|Reply: 49

ibu

[Copy link]
erryin This user has been deleted
Post time 30-11-2007 09:50 PM | Show all posts |Read mode
Siapa ibu saya?
Ibu sayabernama Nabisa Mohamed. Ibu saya lahir pada 21/01/1951. Nenek sayaberasal dari Pekan, Pahang dan Datuk saya berasal dari India, dimanatempatnya pun saya tak pasti. Mereka berjumpa di Kerteh, Terangganu dankemudian bermastautin di Dungun. Ibu saya ada seorang akak seibu-sebapabernama Maimunah Mohamed.

Itu biodata bout my mom. my mombersekolah sampai darjah 4 sekolah melayu jer dan berhenti sekolahsebab cikgu alam dan manusia or cikgu ilmu hisab (matematik) ibu sayatelah menyepak ibu saya di perutnya. dulu2 takder kes ibu bapak serangcikgu so datuk saya suruh ibu saya berhenti sekolah jer. Ibu sayaberkahwin pada umurnya 16 tahun. muda kan? perkahwinan pertamanya tidakdiselebungi dgn keindahan alam perkahwinan yang diinginkan tetapidipenuhi dgn luka didera suami sendiri. Suami dulu macam raja, kerjanyamalas tp makannya mahu tahu siap sahaja bila dia bangun tidur. Maka,dalam keadaan sarat mengandung abang saya yang pertama, mak sayaterpaksa menoreh getah. bayangkan budak 16 tahun mengandung dan pergimemotong getah. bukan naik motor tp jalan kaki. selepas melahirkanabang saya lebih kurang setahun, ibu diceraikan. bapa abang sayamembawa dia lari dari ibu saya.

Ibu kemudian berkahwin lagi.orang cakap sudah jodoh. Ibu saya ketika muda2 sgtlah lawa. sekarangpun masih lawa. cuma saya tak mewarisi kecerahan kulit ibu. sayamewarisi kulit dan muka datuk saya (dari sebelah ibu). kali ni ibuberpindah ke pahang, bekerja di ladang koko. ibu menceritakan yangsuami keduanya sgtlah cemburu buta tp baik hati. dia tak boleh tgk ibusaya melaram lawa2 sikit kat luar, tp dia belikan ibu barang2 mekap.dia suruh ibu melaram dgn dia je. huhu~~. dgn suami kedua, ibu adasorang anak lelaki lagi. lepas ibu bercerai dgn suami kedua atas sebab2yang ibu sendiri tak pernah cerita, ibu masih lagi kerja disitu. abangsaya ibu tinggalkan dirumah mak long saya. membesarlah abang saya dgnnenek saya yang jugak duduk di rumah mak long saya.

ibu akhirnyaberkahwin kali ketiga dgn sorang laki ni, orang terengganu. suamipertama ibu orang terengganu, yang kedua pula orang negeri sembilan.kali ni hidup ibu perit bukan disebabkan suami, tp disebabkan oleh makmertua yang sgt sgtlah jeleskan ibu saya. dia kata ibu saya kasi ubatguna-guna kat anak dia. tp ibu biarpun dikecam sebegitu rupa, ibu takpernah nak melawan cakap ibu mertuanya kerana bagi ibu, ibu mertuanyaadalah seperti ibunya sendiri. semasa ibu mengandungkan akak saya yangpertama, ibu dipaksa menjaga kepuk padi di tengah2 sawah. satu ketikaketika tengah malam, ibu mengangkat guni2 padi kerna banjir datang danguni2 berkenaan akan basah kalau tidak diangkat. ibu diherdik olehmertuanya kerana ibu dikatakan menyusahkan suaminya yang juga adabersama ibu menjaga kepuk padi. sedangkan ibu bersendirian mengangkatguni2 padi berkenaan kerna suami ibu sedang leka tidur. tetapi, ibutetap senyap..sedikit tidak membalas. dgn suami ketiga, ibu melahirkandua orang anak perempuan yang juga akak2 saya yang sangat saya sayangi.perkahwinan ibu dgn suami ketiga juga tidak bertahan lama keranasuaminya termakan kata2 ibunya sendiri. akhirnya, ibu diceraikan danakak2 saya dijaga oleh ayah mereka. ibu kembali bekerja di ladang koko.setelah mengalami seksaan demi seksaan, akhirnya akak2 saya kembalipada ibu saya kerana tidak tahan dicaci maki oleh emak tiri mereka.

utkkali penghabisan ibu berkahwin dgn ayah saya. jodoh mereka berjumpa diladang koko juga. pada mulanya, ibu tak mahu mengahwini ayah sayakerana perangai ayah yang sgt lah pemalas. tp kalau dah jodoh tu tetapmenjadi jua. akhirnya, berkahwinlah ibu dgn ayah saya. dengan ayahsaya, ibu melahirkan saya dan dua orang adik perempuan saya. dan akak2saya juga tinggal bersama dgn ibu dan ayah saya. pada tahun 1983,keluarga kami berpindah ke Felda Bukit Sagu 01 setelah ibu dan ayahsaya memohon utk rancangan tanah felda. setahun selepas itu, ibumelahirkan saya. ketika mahu melahirkan saya, ayah tiada disisi ibu dandgn perut penuh sarat, ibu mengheret kakinya untuk mencari kenderaan kehospital. ibu berjalan sepanjang jalan tanah merah yang tidak berturapsampai ke simpang masuk felda kami, kurang lebih 3 km jauhnya darirumah saya. akhirnya, ibu selamat melahirkan saya. betapa hancurnyahati ibu bila mengetahui ayah saya pergi berjoli2 dgn kawan2nya. ketikasaya berumur 5 tahun, ibu bekerja sebagai operator pengeluaran kilangtp ibu merasakan ketidak sesuaian bekerja disana. sudahlah jarangsekali saya dapat berjumpa dgn ibu, pagi2 sebelum saya bangun ibu sudahtiada dan ibu hanya pulang ketika saya sudah tidur. akhirnya, ibubekerja di ladang kelapa sawit sebagai buruh kasar membaja, menebas dansebagainya. disebabkan ibu sentiasa tiada dirumah kerana bekerja,makanan dan proses tumbesaran saya dan adik2 dikawal oleh akak2 saya.merekalah "ibu" kedua saya dan adik2.

dgn ayah saya, ibumengalami berbagai masalah. ibu pernah terjumpa ayah saya baru balikdari berjudi dan ibu mengamuk sakan. ayah juga hanya membayar yuransekolah kami sahaja, ibulah yang membelikan semua peralatan sekolahkami adik beradik. setiap kali musim sekolah tiba, ibu terpaksabergolok bergadai demi menyekolahkan kami semua. utk akak2 saya,kesannya lebih ketara. akak saya terpaksa melepaskan kemasukan kesekolah teknik dgn sebab ibu tiada duit utk membayar yuran sekolah akaksaya. tiga surat tawaran dari sekolah teknik dan asrama datang tpsemuanya dikoyakkan oleh akak saya. akak saya terpaksa melepaskankemasukkan ke kelas aliran sains kerana ibu tiada duit untuk membayaryuran makmal dan peperiksaan akak saya. akak saya yang sulongmelepaskan borang kemasukan ke maktab kerana masalah yang sama. bagisesetengah kanak2 lain yang mewah berbelanja, perkara berkenaan tidakterjadi pada diri saya semasa saya masih bersekolah. saya hanyamendapat duit belanja sebanyak 20 sen satu hari utk belanja, itupunhanya ketika akak saya tidak sempat menyiapkan bekal makanan saya. 20sen utk sekolah rendah dan sekolah agama. sepanjang persekolahan, bajusekolah saya hanya bertukar 3 kali sahaja sepanjang saya bersekolahselama 6 tahun di sekolah rendah. akak saya pernah satu ketika menampalbajunya dgn kertas minyak kerana tak mahu menyusahkan ibu. syukur bajuakak saya warna krim kerana akak saya seorang pengawas pusat sumber disekolah menengah nye. bagi saya, saya hanya sekali menyertai lawatansambil belajar, itupun setelah saya mengumpul sendiri duit dan berkerasdgn ibu yang saya sangat mahukan pergi lawatan berkenaan.

ibusudah banyak kali makan hati kerana perangai ayah saya dan pernahhampir bercerai tp tidak pernah bercerai. saya pernah bertanya hal inikepada ibu, ibu hanya berkata yang ibu tak mahu tgk saya dan adik2 sayaterkontang kanting macam akak2 dan abang2 saya. ibu tak mahu saya danadik2 merasai duduk dgn ibu tiri, merasa diri terbuang. ibu berkata,ibu sudah "mati" lama setelah berkahwin dgn ayah saya, maka kalauditahan bertahun lagi pun, ibu tetap "mati". biarpun dicaci maki olehemak mertua sendiri ketika bersama suami ketiga, ibu tetap menyayangiemak mertuanya sampai sekarang. bahkan setiap kali hari raya, ibu akanmengajak akak2 saya untuk berkunjung ke rumah nenek mereka dan menyuruhakak2 saya berkunjung ke rumah ayah mereka. ketika saya masih tidakpaham apa yang terjadi pada ibu, saya hanya mengikut saja ke rumahnenek akak2 saya. tp setelah mengetahui perkara yang jadi pada ibu,saya merasa sangat benci terhadap nenek akak2 saya. saya pernahmeluahkan yang saya takkan pernah memaafkan orang sebegitu, dan kalauboleh, mahu saya bunuh dan cincang2 saja daging orang tua berkenaan dansaya akan bakar rumahnya. ibu memarahi saya dgn sebab saya berkatabegitu. ibu berkata, dia sudah memaafkan ibu mertuanya kerana bagi dia,SEORANG IBU ITU MULIANYA TAHAPNYA.

ibu saya memang seorang yangpemaaf. bukan saja kelakuan ibu mertuanya saja, kelakuan bekas2suaminya juga telah ibu maafkan. ibu juga memaafkan kesilapan adik2tirinya yang sgt kurang ajar dgn ibu ketika ibu masih muda dahulu. bagimereka yang mendapat kemaafan ibu, mereka sangat bersyukur dan merasakesal dgn dosa2 mereka yang terdahulu. bagi saya sebagai seorang anak,saya amat kagum dgn ibu utk sifat lemah lembut dan pemaafnya. sayasendiri tidak mampu menjadi seperti ibu, seorang yang tidak menyimpandendam terhadap orang yang pernah melukai ibu. ibu selalu berpesan,janganlah jadi seperti mereka yang dahulu, kerana kelak ramai yangbencikan kamu. ibu juga orang yang mengajar saya bagaimana mahumenghargai orang lain yang berbaik hati dgn kamu, menghormati perempuansamaada isteri, adik2, akak2, makcik2, dan paling utama, ibu kamusendiri. ibu selalu bercerita mengenai kisah2 yang terdahulu, supayatersemat dalam kepala saya ini bagaiman mahu menjadi manusia yang baik.seringkali saya naik marah kerana cerita2 terdahulu tp ibu menenangkansaya dan kerap kali juga saya dimarahi dgn sebab perangai panas baransaya yang tak bertempat.

itulah kisah ibu saya.....kisah jatuhbangun wanita paling penting dalam hidup saya. biarlah orang kata sayaanak emak sekalipun kerana bagi saya, ibu saya hanya seorang dan tiadaganti yang mampu dibeli dari kedai setelah pemergian ibu saya itu.mereka yang memomokan kata2 anak emak itu sebenarnya mereka yang egodgn kasih sayang seorang ibu atau barangkali mereka tidak mendapatbelaian kasih sayang seorang ibu. sementara ibu anda masih hidup,hargailah....ketika seorang ibu sudah pergi...tiada lagi kata2 leteren,belai manja, peringatan dari orang tua yang amat menyayangi anda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2007 10:01 PM | Show all posts
cerpen ke aper ni? le citer betui?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 10:01 PM | Show all posts
begitulah besarnya pergorbanan IBU...

hargailah IBU sementara masih ada....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 10:10 PM | Show all posts
aku malas nak baca..panjang sangat.. aku skip ja tapi aku faham maksud mu erryin...
tak ada harta bernilai dalam dunia ni yang sama dengan kasih sayang ibu..
kasih sayang seorang ibu kepada anaknya tak boleh di jual beli...
ibu dah laksana tanggungjawab nya menjaga anak anaknya..
adakah kita menggalas tanggungjawap kita sebagai anaknya menjaga ibu kita?
kepada yang masih ada ibu..hormatilah ibu mu..sayangi lah ibu mu...
kepada yang telah tiada ibu sama sama lah kita sedekah kan al -fatihah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 11:15 PM | Show all posts
ni macam summary dari segala permasalahan di FD jer....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2007 12:05 AM | Show all posts

Reply #5 cantthinkofany's post

  tak dpt nak concentrate baca le.. asik tingat kat ibu sye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2007 01:16 AM | Show all posts
Originally posted by LostSoul at 1-12-2007 12:05 AM
  tak dpt nak concentrate baca le.. asik tingat kat ibu sye..



gua ambik masa agak panjang gak nak habis baca tadi...

so bunny...dah call ibu lu ker?....
Reply

Use magic Report

erryin This user has been deleted
 Author| Post time 1-12-2007 08:22 AM | Show all posts
aku pulak yg rasa sedih baca cerita ku ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2007 08:31 AM | Show all posts

Reply #7 cantthinkofany's post

dah honey... dia kim salam kat u... dia tanya bila nak dtg umah, makan2, kenal2?
Reply

Use magic Report

erryin This user has been deleted
 Author| Post time 1-12-2007 08:33 AM | Show all posts
Originally posted by LostSoul at 1-12-2007 08:31 AM
dah honey... dia kim salam kat u... dia tanya bila nak dtg umah, makan2, kenal2?


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2007 08:34 AM | Show all posts

Reply #10 erryin's post

hehehhe ko masih rindu kat ibu ko ke erryin..?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2007 11:34 AM | Show all posts
ibu a.k.a mak,
kenapa setiap ape yg kite buat semua salah kat mata mak?
kenapa tiap kali mak marah mesti mak ckp kite ni menyusahkan?
betul ke kite ni menyusahkan mak sepjg berpuluh2 tahun kite hidup?

ibu a.k.a mak,
kite kdg2 putus harapan dgn kata2 mak.
kata2 seorg ibu tu kan doa?
kite dah buat semua yg mak suruh tp knp mak masih tak suke kite?
knp mak selalu ckp kite yg bukan2?tp takpelah mak,mgkin mak puas dgn cara tu.

ibu a.k.a mak,
kalau tmpt kite bukan kat situ,satu hari ni kite akan bawak diri jugak mak.
sbb kite taknak susahkan mak lagi.
biarlah mak berehat dan bergembira dgn anak2 mak yg lain.

ibu a.k.a mak
pinta kite cuma satu;halalkan semuanya&doa kanlah kebahagiaan hidup kite.
kite tetap syg pd mak meskipun cuma boleh pendam dlm hati.....
kite tau kite tak sempurna di mata mak.

[ Last edited by  whitedove07 at 1-12-2007 11:35 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2007 11:56 AM | Show all posts
Originally posted by whitedove07 at 1-12-2007 11:34 AM
ibu a.k.a mak,
kenapa setiap ape yg kite buat semua salah kat mata mak?
kenapa tiap kali mak marah mesti mak ckp kite ni menyusahkan?
betul ke kite ni menyusahkan mak sepjg berpuluh2 tahun kit ...

pilunya hati baca.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2007 12:08 PM | Show all posts
pilu lagi aku yg menanggungnya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2007 02:18 PM | Show all posts
Originally posted by whitedove07 at 1-12-2007 12:08 PM
pilu lagi aku yg menanggungnya...



kau senasib dgn aku. mak aku mmg pilih kasih
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2007 02:35 PM | Show all posts
... salah satu artikel yg boleh pakai. lahh...

i did read it till end..... ko lahir thn 1984 ek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2007 02:37 PM | Show all posts

Reply #15 starcity's post

same here la... no worries.. we just do our best jek.. sooner or later, mums will know our worth
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2007 02:52 PM | Show all posts
org dah tua nieh sensitip...... kadang2 penin gak kepala aku ngan mak aku...

leh last week dia suh aku jgn balik umah.. sbb dia malas g kenduri sepupu aku.. ( sbb kl aku ader umah maknenyer dia kene g sbb aku ader keta...)... kl pikir balik klakar pon ader...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2007 03:00 PM | Show all posts
Originally posted by LostSoul at 1-12-2007 02:37 PM
same here la... no worries.. we just do our best jek.. sooner or later, mums will know our worth



dulu masa aku kecik aku sedih gak bila noticed mak aku mcm lebihkan adik aku. apa masalah adik aku be it emotional/financial mak aku boleh terima & faham. tapi bila part aku mak aku akan ckp mcm2. tapi bila aku dah besar ni aku wat bodo je. paling penting aku jlnkan tgjwb aku as anak bg dia duit tiap bulan & tanya khabar dia. aku dah malas nak masuk kepala bab pilih2 kasih ni. pada aku benda tu semua dah tak penting lagi sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2007 04:50 PM | Show all posts

Reply #19 starcity's post

mmm sama cam aku, sampai ada waktunye aku ingat aku ni anak tiri.. but when i got older, she became more dependent on me.. aku ok jek.. cume i can't love her as much as i love my one n only "mum" - nenek aku..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.192473 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list