CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2434|Reply: 3

Kerana Budi

[Copy link]
Post time 10-12-2007 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Aku rasa aku pernah ceritakan ini dalam thread yang lain, tapi ni versi tambahan dan detail. Dan pada situasi yang berbeza.

Dulu sebelum aku buat Msc, nak dapatkan projek, aku tebalkan muka menghantar e-mel kepada semua pegawai penyelidik yang ada di Institut Penyelidikan ini. Tak ada seorangpun yang balas, melainkan seorang. Pegawai Penyelidik tu bagi aku projek, tapi bukan projek dia, projek tu pegawai penyelidik yang lain yang punya. Kerana itu, aku telah terhutang budi dengan dia, walaupun pada awal perjumpaan, dia mcm something wrong sket la...maksud aku, kalau depan kengkawan dia, dia aku layan baik gila, tapi bila dia masuk je bilik dia, dia jadi macam garang lak..Blur sekejap aku waktu tu...Sama ada dia ni nak ambil aku ke tak...Atau mungkin perangai dia macam tue kot.Waktu tu aku terima je la sebab dia dah tawarkan aku projek.

Ok, tetiba dia dia tak boleh nak jadi penyelia dan pada masa yang sama aku dapat tempat kat UPM. Aku memang tensen gila babas dengan dia tapi aku tak bersikap biadap dengan dia sebab KERANA BUDI aku tak boleh buat. Cuma mungkin aku buat dia tertekan sebab dalam sehari berkali-kali aku bertanyakan tentang hal ini pada dia sehinggakan Pengarah Bahagian juga tahu cerita ni

Tetiba ada pegawai penyelidik lain yang sudi nak ambil aku tapi, still menggunakan projek yang sama. Aku rasa gembira dan aku pun cuba berkongsi kegembiraan aku dengan pegawai penyelidik yang tak dapat ambil aku tu. Tapi aku sedih coz waktu aku datang, muka dia masam, pastu dia perlekehkan aku. Bila aku datang, dan masuk bilik dia, dia siap buka pintu luas-luas macam nak suruh aku berambus awal. Sehingga pada satu saat dia kata dengan aku jangan jumpa dia kalau tak ada hal.

Sejak hari tu, hati aku tawar je nak jumpa dia.Walaupun Pengarah Bahagian suruh aku jumpa dia sebab sebahagian daripada projek tu, dia expert. Tapi, hati aku sedih sangat nak jumpa dia..Aku tak faham kenapa dia herdik aku macam tu...padahal selama ni aku hormat kat dia, dan aku rasa tak pernah aku kata dia yang buruk-buruk bila dia tak dapat jadi Penyelia aku.Dan kini, aku still tak jumpa dia, tapi aku akan bertanyakan orang bebawahan dia je.Tu pun bila dia tidak ada dekat makmal dia.Dia juga bohong aku...dia kata kat tempat dia dah tak ada tempat kosong dah untuk aku.

So, kerana itu, aku kena duduk kat Makmal lain.Oleh kerana aku merasakan yang dia dah memang tak nak aku pun.So, aku declare kat Pengarah Bahagian yang aku sekarang adalah di bawah makmal yang aku duduk sekarang. Dan permintaan aku dikabulkan oleh Pengarah Bahagian dan diperkatakan dalam mesyuarat bahagian baru-baru ini bahwa aku bukan attached dengan makmal pegawai penyelidik yang menawarkan projek tadi tu, tapi pegawai penyelidik yang tuan punya projek tue.

Hati aku pun puas...dan aku merasakan bahawa reason dia tolak aku adalah kerana aku tak layak kot berada kat tempat dia...Sekalipun aku benci dengan keegoan tahap gaban dia, tapi bila aku teringat siapa yang bagi projek, aku rasa macam bersalah lak, tapi pada masa yang sama aku agak marah dengan layanan dia kepada aku.Tapi aku just tak boleh terima bila dia bohong aku dan ceritakan segalanya kepada staf-staf bawahan dia...Malunya aku...

Aku marah kat dia tapi....KERANA BUDI...Aku tak boleh nak buat apa-apa.....Boleh ke kalau kita tak kenang budi?.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2007 12:58 PM | Show all posts
ko kena explain detail sket..aku tak faham sangat cerita ko ni...macam kalau projek tu orang lain punya apasal dia pulak yg nak lebih..(dia cuma rekemen kan aje kan?)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2007 01:28 PM | Show all posts

Reply #2 Z77's post

Ye...die rekemenkan..tapi kalau nak diikutkan aku termakan budi dengan dia, sebab dia satu-satunya pegawai penyelidik yang nak baca dan nak layan permintaan aku supaya masukkan aku dalam institut penyelidikan. Dia mungkin rasa agak marah coz aku asyik tanya dia jer kot...cuma aku tak faham la nape dia marah sesangat, padahal, ketika dia rekomenkan projek tu, aku rasa syukur, aku tak henti - henti memanjatkan rasa terima kasih aku kat die either melalui e-mel or melalui SMS.Tapi aku rasa dia fikir aku ni lain kot...ntah la...aku tak tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 11:28 AM | Show all posts

Reply #3 eastrun's post

Takyah pk pk sangat ... biarkan je dia ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.144764 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list