View: 3549|Reply: 15
|
Projek Modifikasi Kenderaan Tank Transporter.....
[Copy link]
|
|
Kuantan : 4 Woksyop Briged berjaya menyelesaikan dua permasalahan teknikal yang dihadapi pada kenderaan Tank Transporter IVECO 60 Ton 6 x 6 keluaran Itali. Masalah pertama yang dihadapi ialah pergeseran anatara proPE***R shaft dengan komponen cross member. Manakala maslaha kedua pula adalah ketidaksesuaian antara rim sedia ada dengan jenis tayar yang diperolehi.
Hasil penyelidikan dan cetusan idea daripada bekas Pegawai Memerintah 4 Woksyop Briged iaitu Mej Hj Tofrowaih Haji Mat Amin, kaedah penyelesaian yang bersesuaian telah diambil dengan membuat modifikasi setelah menagmbil kira faktor-faktor tertentu seperti kos, keselamatan pengguna, kemahiran anggota, kemudahan peralatan, masa dan keperluan semasa.
Komponen cross member dilekatkan pada chasis kenderaan beralaskan spacer dan diketatkan dengan nat yang dikhaskan mengikut torque yang sesuai. Modifikasi yang telah dibuat adalah pemotongan melengkung pada bahagian yang bergesel. Beberapa siri ujian telah dijalankan bagi menguji keberkesanan modifikasi tersebut antaranya ialah ujian jarak jauh melebihi 500 km yang melalui jalan berliku dan beralun serta ujian di Test Track DEFTECH sebanyak 10 pusingan.
Hasilnya amat memuaskan dimana tiada sebarang pergeselan berlaku diantara cross member dan proPE***R shaft dan juga tidak memberi sebarang kesan ke atas komponen lain serta tidak menjejaskan struktur asal kenderaan tersebut. Kos modifikasi bagi sebatang cross member adalah RM150. Jumlah ini amat ekonomi jika dibandingkan dengan kos untuk menukar sebatang cross member yang baru yang bernilai RM14 ribu.
Projek ubahsuai rim melibatkan proses modifikasi yang agak rumit. Rim yang menggunakan tube yang sedia ada perlu diubahsuai agar boleh dipasang dengan tayar jenis tubeless. modifikasi dilaksanakan pada rim di mana beberapa komponen tambahan direka khas bagi membolehkan rim dipasang dengan tubeless tyre. Leak test dan pressure test dilaksanakan terhadap rim yang telah dibuat pengubahsuaian di mana keputusanya amat memuaskan. Projek ini dapat menjimatkan kos senggaraan sebanyak RM600 bagi sebiji tayar untuk penukaran tiub dan pengalas tiub pada kenderaan disamping membolehkan tayar tubeless tersebut bekerja dengan prestasi optimum.
Kedua-dua projek ini bukan sahaja membolehkan kenderaan tersebut kembali beroperasi tetapi ia juga telah meningkatkan kualiti hasil kerja anggota. Projek ini telah melatih warga Kor JLJD untuk bekerja menggunakan kemudahan dan aset sedia ada disamping dapat memupuk daya kreativiti dan inisiatif.
Oleh : Kapt Mohd Roshaimi Mat Rasid - BTDM
ATM dan Malaysia Boleh...........
Lepas ni JP.inc kebuluran laa.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah buat 4 Woksyop briged..sebenar yer depa kat Woksyop leh buat, tapi dah keje2 tu pun JP Inc nak kaut jugak |
|
|
|
|
|
|
|
byk kerja yg askar blh buat sendiri, lagi bagus dr swasta. tapi kalu buat sendiri, bak kata x-pm kita, tak memenuhi aspirasi DEB. |
|
|
|
|
|
|
|
kilang Amdac di Kawasan Perindustrian Mah Sing, Subang, Selangor tetah ditutup operasinya??? Bagaimana pulak dengan alat ganti dsb bagi kenderaan berat keluran Amdac yg masih digunakan oleh ATM??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 tangopapa's post
proPE***R-apasal jadi gini tango? kao salah eja kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 razhar's post
sistem la bai............ ejaan aku dah betul......PROPE***R |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 zulupapa's post
Aku biasa nampak kilang Amdac tuh, on the way to umah marka huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya, dah beribu-ribu projek modifikasi spt ini dilaksanakan oleh ATM....... cuma rakyat tidak dihebahkan mengenainya.........
Tp yg wa nak marah ni geng2 QC yg buat penerimaan drpd OEM begitu juga semasa test drive.....:@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
time to think more of relevancy rather than money la.. we have the capability, why still phase out keje2 ni kat companies kan.. kalo buat sendiri bleh save a lot of money. lagi baik duit tu invest untuk research. kita ada our own technical based corps, mcm jutra ke, jlj ke... utilise them, kan lagi baik. kalau tak we gonna put their skills to waste, and stalls them. haih... kan lebih elok kalau phase-out2 ni dikurangkan. come to think of it, y kene phase out? askar boleh buat, cuma equipment je x cukup.drpd bazir duit g bagi kontrak blambak2 kat org len, baik beli peralatan untuk ganti alat2 askar yg dah uzur ni. lagi save in long run. (even in short run pun. kalo tgk harga kontrak mark-up x hingat donia punyer) biar la companies to cari busniess kat luar, kat biz world. kat trade zone. ATM is an organization. ATM dont do business. |
|
|
|
|
|
|
|
How come boleh ada ketaksesuaian macam ni?apa yang diorang buat time trial?:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 razhar's post
Tango tertinggal satu 'L' tu yang kena censor tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
test.... proPE***R....propeler.......
laagi test.....peller...........peler....... just nak test sistem, no offence meant
[ Last edited by windof at 17-12-2007 07:42 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by e.d5900 at 14-12-2007 09:51 PM
time to think more of relevancy rather than money la.. we have the capability, why still phase out keje2 ni kat companies kan.. kalo buat sendiri bleh save a lot of money. lagi baik duit tu inves ...
Macam yg TP dah bagitau kat atas tadi, nanti JP Inc mati kebulur lak, atau tak menepati objektif DEB |
|
|
|
|
|
|
|
Org Malaysia dah terbukti pakar dlm hal modifikasi nih. Kalau tak mana boleh keta Kancil leh masuk enjin Galant VR4 hehehehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|