CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2590|Reply: 9

SITI yang patut di contohi.

[Copy link]
Post time 4-2-2008 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Antara 9 SITI yang patut dicontohi:



1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2
Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh
org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda
beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd
suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan
1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku
takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas
makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ
beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup
ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu
mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah
yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan
Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg
dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda
menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana
setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul
oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn
cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan
org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm
rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong
antara Siti2 ini? Tapi bukan SITI NURHALIZA ye!!!.Tepuk dada tanya iman.
Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi
Allah ini, insyaAllah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2008 02:16 PM | Show all posts
siti nurhaliza
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 02:16 PM | Show all posts
Siti Sifir?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 02:22 PM | Show all posts
ya amfunnnnn....terkejut baca thread nih   sib baik bukan siti tuuuttttttt


bagus yer siti-siti yang tersebut di atas
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 02:27 PM | Show all posts
Originally posted by JAY-Z at 4-2-2008 14:22
ya amfunnnnn....terkejut baca thread nih   sib baik bukan siti tuuuttttttt


bagus yer siti-siti yang tersebut di atas


bagus tuh...
kna cari calon yg dapat cm diaorg la kalo nk kawin nanti
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 02:35 PM | Show all posts
mek siti salam pantai timur... opssssssssss..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2008 02:37 PM | Show all posts
sitikus..
anyway..TQ 4 da info..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 03:30 PM | Show all posts
siti nurhaliza pon ok jek....

susah nak carik siti2 mcm pembuka thread bagi tuh..

keperibadian mereka memang tiada tandingan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2008 05:32 PM | Show all posts
Apalah ada pada nama . Nama tak penting , yang penting ialah cerita yang watak tu lakonkan
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 09:56 PM | Show all posts
Trima kasih ya...

sy ada tengok halaqah tajuk ni ari jumaat lepas........tp tak sempat ikut dari awal......TQ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.862745 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list