CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 27114|Reply: 31

[Tempatan] Update:Harga Dan Kualiti Makanan Bazar Ramadan:Shawarma 'angin',Roti John Rentung,Sup perut liat seperti tayar basikal..antara keluhan pembeli di Bazar

[Copy link]
Post time 1-3-2025 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 3-3-2025 01:00 PM

Baru-baru ini, seorang wanita telah memuat naik satu video memperlihatkan juadah shawarma yang dibelinya dari Bazar Ramadan di Pulau Pinang.




Dengan harga RM10, dia sangat kecewa dengan kuantiti kandungan isi ayam di dalam roti shawarma itu yang terlalu sedikit, sayur pun ala kadar dan juga sos yang langsung tidak kelihatan padanya.

Jangkaan awalnya dengan harga sebegitu dapat penawaran rasa yang premium langsung meleset selepas persembahan shawarma itu yang mana kelihatan sangat kering apatah lagi isi kandungan yang tidak sepadan dengan harga yang dikenakan.

Wanita itu berkongsi dia sedia membelinya kerana telah diperlihatkan contoh shawarma dengan kuantiti yang lumayan tetapi didapati jauh beza sekali dengan bungkusan yang dibelinya apabila mahu dimakan ketika berbuka puasa

Video berdurasi 13 saat itu langsung menjadi perhatian dan kini dihujani komentar dari netizen.

Selain mengecam tindakan penjaja shawarma yang tidak berlaku jujur itu, masing-masing berkongsi pengalaman sendiri yang mana sangat kecewa dengan pembelian juadah di Bazar Ramadan pada kali ini.

Seorang netizen berkongsi yang dirinya telah membeli takoyaki dengan isi sotong berharga RM6 tetapi langsung tidak menemui isinya apabila dikunyah. Hanya terasa tepung semata-mata sewaktu dimakan.

Ada juga yang berkongsi telah membeli roti john yang rentung dan sebahagian lain mendakwa hanya terisi sayur yang banyak tetapi isi daging terlalu sedikit.

Seorang netizen lagi turut menceritakan bagaimana sup perut yang dibelinya terasa seperti kunyah tayar basikal dek kerana terlalu liat barangkali.

Selain makanan, seorang netizen berkongsi yang kakaknya telah terbeli air soya yang sudah basi langsung terpaksa dibuang begitu sahaja selepas itu.

Ramai berpendapat juadah yang dijual asal boleh ini boleh jadi sebab penjaja mahu ambil keuntungan mudah atau menjadi ‘bidan terjun’ sebagai penjaja di bulan Ramadan.

Selain itu, mereka turut menyimpulkan rata-rata juadah yang dijual tidak sepadan dengan harga jualan yang tinggi itu.

KUALA LUMPUR – Sehari menjelang 1 Ramadan, peniaga bazar Ramadan di seluruh negara giat membuat persiapan akhir, termasuk pemasangan kanopi dan susun atur gerai.



Di KUALA LUMPUR, tinjauan Bernama di Bazar Kampung Baru mendapati kontraktor sedang mendirikan kanopi untuk peniaga yang mendapat permit berniaga dari 2 hingga 30 Mac.

Penjual minuman, Muhammad Syafaat, 31, berkata, pengambilalihan pengurusan bazar oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan kelegaan kepada peniaga apabila kadar sewa tapak dikurangkan daripada RM750 kepada RM500 sekali gus meringankan kos operasi.

Sementara itu, peniaga tetap, Nisa, 39, berkata, walaupun harga bahan mentah meningkat, beliau mengekalkan harga jualan untuk menarik pelanggan dan penyusunan semula tapak juga membantu mengurangkan kesesakan selain mewujudkan suasana lebih selesa.

Di PERAK, bazar utama seperti di Stadium Perak, Medan Gopeng dan Bulatan Sultan Azlan Shah (BSAS), Meru Raya, sudah siap sedia menerima pengunjung.

Peniaga kebab, Wahi Ekram Mat Kasa, 39, berkata, beliau menambah menu baharu seperti shawarma dan tortilla, dengan sedikit kenaikan harga antara 50 sen hingga RM1 akibat peningkatan kos bahan mentah.

Sementara itu, lebih 900 lot bazar disediakan di PERLIS, termasuk di Dataran Persiaran Wawasan (300 lot), Arau (220 lot), Kangar (119 lot) dan Taman Kemajuan (71 lot).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK) Affendi Rajini Kanth berkata, kadar sewa dikekalkan rendah untuk meringankan beban peniaga.

Di KELANTAN pula peniaga di Bazar Ramadan Melor mula mempromosi produk mereka dengan menggunakan kain rentang.

Peniaga buah-buahan, Abdul Muhaimin Sulaiman, 29, berkata, tahun ini beliau menyewa empat tapak di bazar itu, selain memiliki kedai buah di Kampung Buloh Poh dan menyewa tapak tambahan di Bazar Ramadan Peringat, Kota Baharu.

Peniaga colek, Mohd Nazir Che Mahmud, 64, berkata, jualan colek paling laris pada awal dan akhir Ramadan apabila ramai perantau pulang ke kampung.

Di NEGERI SEMBILAN, lebih 140 tapak perniagaan disediakan di Dataran Senawang 3, Seremban, dengan bazar beroperasi dari 7 malam hingga 12 tengah malam sepanjang Ramadan. Penganjur, Persatuan Cakna Rasa Sayang, menempatkan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia bagi kawalan keselamatan.

Peniaga ayam goreng, Fatin Syazwahanis Kamaruzaman, 26, menawarkan menu seperti chicken tenders dan curly fries pada harga antara RM8 hingga RM14 di gerai Mr Tenders.

Bagi Abdul Razif Sulaiman, 40, yang menjual 'roti John' di Angsana Bahau, Jempol, masih mengekalkan harga RM7 dan bersyukur kadar sewa bazar tahun ini diturunkan daripada RM350 kepada RM300. – Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2025 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tazabar nak pi tapi iols tak sihat arini
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 02:33 PM | Show all posts
nasi kerabu wan atiq sure panjang org beratur
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok japg macam mana perginya
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 03:18 PM | Show all posts
Siapa nak pergi silakan dah malas nak masak kan. Tapi balik nanti kalau bising komplen sesak, mahal, tak sedap meh sini kita pakat lempang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss mls nak p Bazar Ramadan..iolss nak tapau lauk tuk sahur kat kedai depan kelas martial art anak iolss je nanti...berbuka anak2 nak berbuka di masjid..tp sehari dua ni berbuka di luar dl...suami iolss dpt jemputan berbuka kat luar...mls nak p Bazar..ssh nak dpt yg sedap...berimpit2 dan mahaii...yg bt sakit ati x sedap tp mahaii..baik bl kat kedai yg dah biasa beli...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2025 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik makan kurma dan pisang je.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 05:45 PM | Show all posts
hujan di kuala lumpur skrg ini... smoga semuanya dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2025 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujan-hujan pun tetaplah 33°C
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 2-3-2025 05:49 PM
Hujan-hujan pun tetaplah 33°C

Kan...bahang amat ari ni .eh tp sis kaki pose ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Hri ini gie bazar
Jumpa bella dan syed saddiq
Comel rupanya bella
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 2-3-2025 02:33 PM
nasi kerabu wan atiq sure panjang org beratur

Sama laaa kat rumah mak aku nasi kerabu cik yaya ramai gila manusia as usual …

Bazar rumah mak aku ni org sama setiap tahun jadinya … rasa mmg menten  je laaa

Cuma tu laa

Masyarakat kita majmuk sgt sampai aku rasa semak
Gi supermarket nak beli barang basah … tapi penuh laaa segala yg bukan muslim pon menyemak time  org berbuka nak beli  

Kat bazar pon sama … aku macam nak menangis bazar penuh org … nak membeli pon susah ..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 2-3-2025 06:02 PM
Hri ini gie bazar
Jumpa bella dan syed saddiq
Comel rupanya bella

Bazar mana tu …
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bazar petronas F1 sepang tu,tak rugi pun kalau yg duduk jauh2 tu tak datang.mehh sangat.

Iols ingat ala2 xclusive gitu,ala2 bazar khemah putih tersusun rapi gitu.sekali sampai mcm pasar malam biasa,khemah biru port dickson tu je
Tak banyak pilihan makanan,kuih muih pun xde banyak jual.first n last la iols dtg
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 2-3-2025 06:34 PM
Bazar mana tu …

Cer teka
Kebetulan JJCM kt sini
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Harini tak pegi pun bazar, esok baru nak gi, iols selalu berbuka cincai Dan ala kadar je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2025 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 2-3-2025 06:01 PM
Kan...bahang amat ari ni .eh tp sis kaki pose ke?

Akak tak uzur syar'ie hari nim, jadi akak puasa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 2-3-2025 07:24 PM
Cer teka
Kebetulan JJCM kt sini

Muor ke yong
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi aku beli nasi kerabu n nasi ayam kunyit.

Nak cari itik golek. Xde lak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 10:52 PM | Show all posts
mmg sesak la td nak jln pun susah berhimpit2

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.367949 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list