View: 3639|Reply: 28
|
Pil(Drug) VS Air Jampi(Air Doa)
[Copy link]
|
|
antara kaedah perubatan kedua-dua di atas mempunyai ciri-ciri tersendiri...
samada rawatan moden dan tradisional... masing2 ada positif dan negatifnya...
contoh perupamaan mudah...
biasa-biasanya... orang demam kita rawatnnya makan pil penadol...
klo kene sihir nak bagik makan penadol jugak ke????
meh kita bincang sama-sama...
adakah air jampi/air doa ditolak 100% dalam Islam...??? jika ditolak
bagaimana pula nak merawat kes kene sihir???? bukankah sihir itu wujud dalam dunia ini???? |
|
|
|
|
|
|
|
amik air kosong, baca al-fatihah..bismillah, selawat, minum.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jika anda menghidap ketumbuhan dalam perut yang disahkan oleh doktor pakar, anda bertemu bomoh, dia akan beritahu anda hantu sedang menggigitnya. Sehingga saya rasa mungkin hantu-hantu juga banyak yang tertekan dan kecewa kerana mereka asyik difitnah oleh bomoh sekalipun dalam perkara-perkara yang mereka tidak lakukan.
dipetik kata2 mupti peghelih... nak tanye pada pak mupti / anak murid pak muptih...
adakah penyakit ketumbuhan dalam perut disahkan oleh doktor pakar semuanya ada penawarnya dan boleh sembuh sempenuhnya... berapa ramai para doktor dalam dunia ni dari dulu sampai sekarang gagal merawat penyakit ketumbuhan dalam perut ini menyebabkan kematian????
adakah hanya doktor2 sahaja boleh dipercayai untuk merawat penyakit 100%...
bomoh yang khurafat tuh memang ramai... tapi tak kurang pulak bomoh/tabib boleh kita pakai...
hakikatnya penyakit itu bukan doktor atau bomoh yang sembohkan... tapi Tuhan yang sembohkan...
kalau Tuhan tak izinkan penyakit itu semboh... beban sakit itu akan terus ditanggung oleh individu berpenyakit...
siapa kata doktor atau bomoh sembuhkan bagi sesuatu penyakit tanpa dikaitkan dengan Tuhan maka jatuh KAFIR...
oleh itu fikir-fikirkan....
[ Last edited by anak_pejuang at 5-2-2008 10:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anak_pejuang at 5-2-2008 10:46 PM
[quote]Jika anda menghidap ketumbuhan dalam perut yang disahkan oleh doktorpakar, anda bertemu bomoh, dia akan beritahu anda hantu sedangmenggigitnya. Sehingga saya rasa mungkin hantu-hantu juga banyak yangtertekan dan kecewa kerana mereka asyik difitnah oleh bomoh sekalipundalam perkara-perkara yang mereka tidak lakukan.
dipetik kata2 mupti peghelih... nak tanye pada pak mupti / anak murid pak muptih...
adakah penyakit ketumbuhan dalam perut disahkan oleh doktor pakar semuanya ada penawarnya dan boleh semb ... [/quote]
Anda tidak layak menerima sebarang jawapan keran kecurangan memetik pendapat orang lain dengan tujuan jahat untuk menghina dan mencela.... sila turunkan keseluruhan apa yang dikatakan oleh Sahibus Sahamah Mufti Negeri Perlis tersebut..
Anda tidak mempunya cukup kelayakan untuk membincangkan apa yang dikatakan oleh tuan Mufti tersebut.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anak_pejuang at 5-2-2008 10:46 PM
dipetik kata2 mupti peghelih... nak tanye pada pak mupti / anak murid pak muptih...
adakah penyakit ketumbuhan dalam perut disahkan oleh doktor pakar semuanya ada penawarnya dan boleh semb ...
Penawar ... ? Pada pendapat u .. adakah pembedahan itu satu penawar ? Jika tidak .. mengapa tidak ?
Teringat pulak saya tentang kawan saya ... doktor menyuruhnya menjalankan pembedahan untuk merawat penyakitnya ..
dia seperti tidak berpuas-hati dan berkata "saya percaya semua penyakit ade penawarnya, takkanlah tak boleh rawat tanpa pembedahan"
Saya hairan .. mengapa pula pembedahan tidak layak dianggap sebagai penawar ? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa-apa yang kau percaya , kau buat jelah , tak payah tanya orang lain , buang masa je |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap penyakit tu ada penawarnya, cuma masaalahnya hingga kini ada penyakit yg belom di jumpai penawarnya spt AIDS, denggue...Dan mengubat penyakit mesti mengikut penyebabnya. Kalau disebabkan gangguan jin, iblis...terpaksa guna ayat2 Quran.
(a) Surah AI-Isra' ayat 82 - bermaksud:
'Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya.'
(b) Hadis Rasulullah s.a.w. dari Jabir R.A.:
'Katanya sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: 'Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah'.
Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad.
(c) Hadis Rasulullah s.a.w. lagi daripada Usamah bin Syarik katanya;
'Seorang Arab Badawi bertanya Rasuluilah s.a.w. (apabila beliau dihinggapi penyakit),
wahai Rasulullah s.a.w. adakah perlu kami berubat, kata Rasulullah, 'Ya', ; Wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat; maka sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan ada penawarnya'
Hadis Riwayat At-Tirmizi (H. Hassan, Sahih) |
|
|
|
|
|
|
|
ntah...
apa2 la ko nih...... mmg Allah dah kata setiap penyakit ada penawarnya...masalahnya jumpa ngan idak jek......kalo kita tak jumpa atas kelemahan kita la........ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kupia at 5-2-2008 11:17 PM
Anda tidak mempunya cukup kelayakan untuk membincangkan apa yang dikatakan oleh tuan Mufti tersebut....
nah baca ini...
kata-kata ini dituju balik ke muka Asri dan para pentaksubnya....
[quote]Originally posted by Syd at 4-2-2008 03:04 PM
Diselewengkan
Saya amat anti apabila mendengar sesetengah penceramah menyebut bahawa dalam agama ini semua yang diterangkan oleh tok-tok guru mesti diterima sahaja, jangan banyak pertikai atau soal. Bahkan mereka mengangkat slogan 揵arang siapa banyak bertanya itu maka lemahlah imannya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anak_pejuang at 6-2-2008 04:41 PM
nah baca ini...
kata-kata ini dituju balik ke muka Asri dan para pentaksubnya....
Itu bab "Ulul Albab" tak ada kena mengena dengan topic yang kamu buka ni. Yang diminta kenyataan penuh kepada yang petikan ini...
Jika anda menghidap ketumbuhan dalam perut yang disahkan oleh doktorpakar, anda bertemu bomoh, dia akan beritahu anda hantu sedangmenggigitnya. Sehingga saya rasa mungkin hantu-hantu juga banyak yangtertekan dan kecewa kerana mereka asyik difitnah oleh bomoh sekalipundalam perkara-perkara yang mereka tidak lakukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kupia at 6-2-2008 11:18 PM
Itu bab "Ulul Albab" tak ada kena mengena dengan topic yang kamu buka ni. Yang diminta kenyataan penuh kepada yang petikan ini...
tapi ia ada kaitan dengan apa yang mu reply.... |
|
|
|
|
|
|
|
setiap penyakit ada ubatnya.....kecuali MATI......kita boleh berusaha dgn berbagai2 cara utk mendapatkan penawar......samada kaedah moden atau tradisional.....tttp aper2 pon dlm segala hal mesti maintak dulu dengan Allah........then baru cari penawar |
|
|
|
|
|
|
|
penyakit jasmaniah ubatnya cara jasmanilah... kemungkinan semboh lebih tinggi, menurut rawatan yg telah diketahui efektif.
penyakit rohani dan mental cara rawatan pun tentu beza.
kena sihir ada cara2nya.
apa yg dipersoal oleh mufti ialah penyakit jasmani yg sudah ada rawatan yg reliable dan berkesan tetapi kita dok cari cara rawatan yg tidak boleh dibuktikan kekesanannya... jumpa bomoh misalnya... yg umumnya mempunyai diagnosis2 dan cara2 yg kita semua faham.
tuhan dah tunjuk cara mengubat yg berkesan bagi satu2 penyakit melalui ilmu, gunalah itu dulu.... kalau tak kesan cari alternatif. Ini cara paling rasional.
jika selama ini ada antara kita yg junjung akal dalam hal2 berkait akidah, maka dalam hal ini mufti mahu kita guna akal juga... rasionaliti kita... so salahkah dia?
tak perlulah twist kenyataan dia sampai2 nak kata dia kafir....
itu dah kira satu penyakit tu.... kena cari ubat ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by petola at 7-2-2008 09:10 AM
tak perlulah twist kenyataan dia sampai2 nak kata dia kafir....
itu dah kira satu penyakit tu.... kena cari ubat ....
yup.. In setuju... kena cari ubat gak penyakit tu.. tp xde kt spital ubat tu... kena istighfar byk2.. |
|
|
|
|
|
|
|
perkara fizikal cuba selesaikan cara fizikal.
pendekatan ini telah memberi kesan besar dalam tamadun Islam dulu dan barat kini.
jika fakta tang jangka hayat penduduk negara2 dunia dijadi ukuran, banding negara maju ngan negara2 Islam misalnya, rasanya kita tak boleh nak nafikan bahawa being physical on things physical adalah pendekatan terbaik.
rationality goes a long way..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by petola at 7-2-2008 09:10 AM
jika selama ini ada antara kita yg junjung akal dalam hal2 berkait akidah, maka dalam hal ini mufti mahu kita guna akal juga... rasionaliti kita... so salahkah dia?
mupti bercakap hanya pada satu aspek sahaja... lebih menumpukan perkara zahir semata-mata... dan kata-katanya dalam skop yang sempit dan tidak global tak menunjukkan dia seorang berilmiah...
[ Last edited by anak_pejuang at 7-2-2008 02:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anak_pejuang at 7-2-2008 02:49 PM
mupti bercakap hanya pada satu aspek sahaja... lebih menumpukan perkara zahir semata-mata... dan kata-katanya dalam skop yang sempit dan tidak global tak menunjukkan dia seorang berilmiah...
salah ke kalau cakap ambil satu2 aspek jer.... kalau nak cakap panjang kenalah tulis buku panjang2.
tak praktikal la kalau kita cakap satu hal tetapi kita nak cakap secara global, semua aspek kita nak sebut dan bincang... mampuih ler cenggitu.
saya rasa pemikiran mufti tu senang dibaca... dan bukannya asing pun dalam dunia pemikiran.... dulu dan sekarang.
menda yg boleh dicapai dgn indera dan akal, kita gunalah indera dan akal untuk selidik dan selesai.
yg pilih guna cara ghaib sebelum akal diguna tu pehal.... tada akal ka? |
|
|
|
|
|
|
|
ada seorg ahli falsafah US kontemporari yg tulis kata bidang falsafah selama hayatnya telah banyak buat salah.
katanya silap falsafah, suatu usaha penggunaan akal dan pemikiran secara demonstratif dan spekulatif, penggunaan akal murni, ialah ia ada masuk dalam hal2 atau wilayah yg empiris... yg boleh dicapai dgn dan melalui indera, ie sains fizik dan sosiol.
akhirnya banyak telahan2 falsafah dimalukan oleh sains sebab telah dibuktikan salah secara saintifik.
agama kristian dulu pun mengalami hal yg serupa... kepercayaan2 agama rupanya dibuktikan sebaliknya oleh sains.
jadi rasanya elok sgt kalau kita jauhi perkara seperti itu drp berlaku kpd pemikiran dan agama kita... mana yg boleh dibuktikan secara empiris kita gunakanlah kaedah itu. Kajilah dan kajilah.... Yg ghaib atau spiritual guna kaedah lain yg selayaknya.
kita bangga dengan ilmuan2 islam silam dan hasil2 temuan mereka tetapi berapa ramai yg faham tang pemikiran mereka? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by petola at 7-2-2008 08:24 PM
salah ke kalau cakap ambil satu2 aspek jer.... kalau nak cakap panjang kenalah tulis buku panjang2.
tak praktikal la kalau kita cakap satu hal tetapi kita nak cakap secara global, semua a ...
rasanya apa yang disampaikan oleh muptih tu hanya suku aspek blum sampai syarat layak satu aspek.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|