CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4889|Reply: 20

adab-adab kita dengan seluruh manusia.

[Copy link]
Post time 7-2-2008 01:06 AM | Show all posts |Read mode
terdapat tiga bahagian utama tentang adab2 pergaulan kita sesama manusia. ia menyentuh mengenai cara pergaulan, cara memilih sahabat dan cara kita dan adab bersahabat....

1. orang yang tidak dikenali
2. sahabat karib
3. orang yang kita kenali.(bukan sahabat karib)



1. adab adab dengan orang yang tidak dikenali
a: jangan engkau menyertai mereka didalam percakapan yang kosong.
b: jangan engkau mendengar perkataan mereka yang jahat-jahat
c: jangan engau menghiraukan perkataan mereka pada menjahatkanmu
d: hendaklah engkau menghindarkan diri daripada banyak berjumpa dengan mereka atau banyak berhjat kepada mereka.
e: hendaklah engkau memberikan teguran dan nasihat terhadap pekerjaan mereka yang mungkar dengan cara lemah lembut kalau mereka bersedia menerima perkataanmu.


2. adab-adab dengan sahabat (kawan karib)
i: cara memilih sahabat
ii: cara menunaikan hak-hak persahabatan

i: cara memilih sahabat...
rasulullah s.a.w bersabda..." seseorang itu mengikut agama(cara hidup) sahabatnya. oleh kerana itu  hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat"

    maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau jadikan ia sebagai pembantu didalam menuntut ilmu dan didalam     urusan agamamu dan duniamu maka hendaklah engkau tuntut daripadanya (engau pastikan pada dirinya ) 5 syarat...
a: orang yang berakal
b: orang yang baik akhlaknya
c: orang yang soleh
d: jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia
e: orang yang benar.

ok sampai sini saja selepas ini saya akan sambung yang selebihnya nanti insyallah. saya akan huraikan dengan lebih details lagi. semoga kita berjaya menemui sahabat dunia akhirat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2008 08:41 PM | Show all posts
a: orang yang berakal
maka tiada kebaikan dengan bersahabat dengan orang yang bodoh,kerana akibatnya akan membawa kepada permusuhan dan menyakitkan hati.
dalam hal ini Saidina Ali bin Abi Talib R.A pernah berkata.
1. Dan Jangan engkau bersahabat dengan orang yang bodoh, Jahui akan dia.
2. Berapa banyak orang yang jahil yang telah membinasakan orang alim ketika ia bersahabat dengannya.
  3. Seseorang itu akan dinilai mengikut tingkatan sahabat yang ia berjalan dengannya.


b: Orang Yang baik akhlaknya
  dalam Wasiat saidina 'Alqamah kepada anaknya
  "Wahai anakku! Apabila engkau bersahabat dengan seseorang maka bualah persahabatan dengan orang yang;
1. Apabila engkau berkhidmat kepadanya maka ia memelihara akan dikau.
2. Apabila engkau bersahabat dengannya maka bertambah nilai dirimu.
3. Apabila engkau ditimpa kesusahan ia akan turut sama menangung kesusahan     mu.
4. Apabila engakau menolong akan dia nescaya ia akan membalas kebaikan mu.
5. Apabila ia melihat akan kebaikan mu nesaya mengambil kira ia akan dia
6. apabila engau mengusahakan akan sesuatu perkara nescaya menolong ia akan dikau
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 11:30 PM | Show all posts
tidak boleh bersahabat dengan orang yang bodoh kah ATAU
orang-orang yang bodoh sombong yang tidak mahu belajar dan tidak mahu mendengar?

bagaimana dengan golongan "mental retardation"
bagaimana dengan golongan "mental disable" (schizo,bipolar,etc)

Jika rasulullah S.A.W mengelakkan diri  dari mereka-mereka yang bodoh lagi jahiliah dan membiarkan saja mereka tenggelam dalam dunia mereka nescaya
cahaya Islam tidak akan bersinar!

dan jika rasulullah S.A.W hanya bersahabat dengan orang-orang yang tinggi ilmunya tetapi tiidak mempraktikkkan ilmunya lagi bersikap sombong  dengan
ilmu yang ada pada mereka, nescaya Islam pasti tidak akan bersinar lama!

Oleh itu janganlah kita umat Islam bersikap sombong hanya kerana kita merasakan kita lebih pandai dari orang lain dan menjauhi seseorang hanya kerana mereka tidak setaraf ilmunya dengan kita! Bergaullah dan bersahabatlah dengan sesiapa saja , ajarkanlah kepada mereka apa-apa yang tidak diketahuinya asalkan mereka sudi mendengar dan belajar.

Mudah-mudahan mereka akan menjadi insan-insan yang lebih baik dari kita dari segala segi baik tindakan, peribadi atau ketakwaan kepada ALLAH S.W.T.
Amin.

Bersikap Adillah dalam setiap perkara!

salamualaikum


"maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau jadikan ia sebagai pembantu ....."
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 12:25 PM | Show all posts
Masa belajar dulu saya pernah berkawan dgn org2 bodoh (org2 yg kurang ilmu agama), menyebabkan saya juga tenggelam dalam kebodohan dan akibatnya saya ditimpa beberapa masalah dan kesusahan. Pada saya menjauhi org2 bodoh lebih baik dan selamat. Layakkah kita ini membimbing org? Biarlah mereka dibimbing guru2 yg layak seperti ulama2 kalau mereka benar2 ingin berubah.Kalau kita kawan dgn mereka, sedikit sebanyak mereka akan menyiibukkan kita dgn hal yg sia2.

[ Last edited by  Bruxelle at 12-2-2008 12:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 05:07 PM | Show all posts
salam

iye tak ye jugak
kan itu  sifat manusia- terikut-ikut
saya pun kekadang sama je cam depa tuuuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2008 10:02 PM | Show all posts

Reply #4 Bruxelle's post

betul tu....cerita kita mcm sama lah....
aku ingat boleh betul kan dorang.........
alih2 aku yang terikut dorang....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2008 08:33 AM | Show all posts
Assalammualaikum,

hazel... ada sambungan lagi x?
info ni saya copy buat pedoman anak-cucu-cicit-piut nanti...

sumber dari mane ek?  kasi tau le, nama buku tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2008 10:47 AM | Show all posts

Reply #7 Marr's post

waalaikmsalam...

ada sambunganya tapi tak de masa la na taip....
details sangat....insyallah kalau sempat nnti saya buat....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2008 10:53 AM | Show all posts

Reply #2 HazelNut's post

benar sekali,selalunya orang nak tau sikap kita,mereka melihat siapa rakan kita,kalau baik kawan kita,maka baiklah kita..jika jahat kawan kita..maka kita juga boleh jadi termasuk dikalangan mereka..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2008 04:16 PM | Show all posts
Dengan nama allah yang pemurah lagi maha  pengasih

sambungan.....

C. Orang yang soleh...
janganlah engkau bersahabat dengan orang fasik yang selalu mengerjakan dosa yang besar, kerana orang yang takut allah itu tidak mengekali dalam dosa besar dan orang yang tak takut allah tidak dapat dipercayai sepernuhnya.bahkan pendiriannya yang tidak tetap, selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan.
cuba kamu lihat! orang ramai menganggap mudah dosa maksiat ghibah(mengumpat) kerana mereka sudah biasa melakukan maksiat tersebut, tetapi jikalau engkau mereka melihat seorang alim memakai cincin emas atau kain sutera nescaya mereka amat mengikari nya...lada hal dosa ghibah itu jauh lebih besar daripada dosa memakai cincin emas atau pakaian sutera....

D. jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia...
bersahabat dgnnya adalah seperti racun yang dapat membunuh kerana tabiat seseorang itu cepat sekali meniru dan mengikuti tabiat orang lain dan perangai yang baik cepat sekali berubah menjadi jahat, sekiranya kita tidak menyedari nya. maka sekedudukan dgn orang yang tamak dunia akan menambah tamakmu terhadap dunia..sebaliknya sekedudukan dgn orang yg zuhud akan menambah zuhudmu pada dunia.

E. Orang Yang Benar...
maka jangan engkau bersahabat dengan orang yang pendusta. barangkali ia akan menipu engkau.

Maka inilah lima syarat yang perlu kita pilih dalam memilih sahabat..Barangkali  susah kita mendapatkan orang yang memiliki kesemua sifat-sifat ini walaupun pada orang yang duduk mengaji di surau-surau atau duduk beribadat di dalam masjid....
oleh itu tiada jalan bagimu kecuali engaku memilih sau diantara dua jalan:
Pertama: Beruzlah, iaitu mengasingkan diri daripada orang ramai, kerana disitulah letanya keselamatan mu...

Kedua: Bergaul dengan orang ramai mengikut kedudukan mereka masing-masing yg berdasarkan tiga pembahagian:
1. saudaramu untuk akhiratmu, maka janganlah engau perhatikan padanya kecuali hanya hal-hal agama.
2. Saudaramu untuk dunia mu, maka janganlah engkau perhatikan padanya kecuali hanya akhlak yang baik.
3. Saudaramu untuk kejinakkan hatimu, maka jangan engkau perhatikan padanya kecuali hanya keselamatanmu dari          kejahatannya,fitnahnya dan keburukkannya.

Didalam perumpamaan ini manusia itu terbahagi kepada tiga:
1-orang yang seumpama makanan asas yang tidak boleh tidak daripadanya.
2-Orang yang seumpama ubat yang dipelukan pada masa-masa tertentu sahaja bukan setiap masa.
3- orang yang seumpama penyakit yang perlu dihindari daripadanya.


Selepas ini tajuk kedua: Cara menunaikan hak-hak persahabatan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 12:26 AM | Show all posts

Reply #4 Bruxelle's post

salamualaikum,
saudara bruxelle dan saudara saudari Islamku.

tujuan saya bukan untuk menentang sama sekali pandangan anda atau penulis (adab-adab tersebut) jauh sekali meng "hijack" thread ini. Namun saya pasti ada kesilapan yang perlu diperbetulkan bahawa bukan semua orang bodoh/jahil/lemah akal perlu dijauhi dan bukan semua orang alim dan orang yang berilmu boleh diikuti, dicontohi atau perlu didekati.

Saya cuba membuka pandangan saudara saudari sekalian,
Orang yang bijaksana adalah orang yang memimpin sesuatu persahabatan bukan menjadi pengikut atau menurut saja kata/hati  para sahabatnya. Jika anda takut terpengaruh dengan para sahabat yang bodoh atau jahil, ini bermakna anda sendiri bukanlah seorang yang bijaksana seperti yang anda rasakan. Mungkin dulu anda juga bodoh dan jahil sebab itu anda terpengaruh. Sekarang anda sudah bijaksana kerana anda sudah belajar pengertian melalui Islam. Tetapi kini anda menolak untuk memberi ilmu, mengajar, membimbing mereka ke arah kebaikan kerana mereka ini adalah orang yang bodoh dan jahill. Tidak mungkin ALLAH akan mengubah takdir mereka selagi mereka tidak mengambil insiatif sendiri. Inikah pandangan saudara sekalian?

Bagaimana kalau mereka sendiri mempunyai masalah sehingga tidak mampu hendak memahami tentang kebodohan dan kejahilan mereka. Disilah setidak-tidaknya jika anda tidak mahu bersahabat rapat sekalipun anda meluangkan masa untuk bergaul dan memahami keadaan mereka dan membimbing sekadarnya.

Jika anda bertindak menjauhi sama sekali, ini bukanlah yang dikehendaki oleh ISLAM (Al-Quran). Saya tidak mahu berdebat tentang ini dengan sesiapapun. Siapalah saya. Saya hanyalah hamba ALLAH yang lemah dan tidak mengerti..

Tentang Ulama/Imam..
Siapa sebenarnya ulama/Imam?
Ulama dan Imam adalah orang-orang yang berilmu dan dengan ilmunya, sedia mengajarkan atau membimbing sesiapa saja. Mereka adalah orang-orang yang memimpin masyarakat ke arah kebaikan, kebenaran, keadilan dalam Islam, dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.Ulama dan Imam hendaklah dicontohi bukan saja melalui kata-katanya tetapi juga melalui setiap tindakan yang diambil olehnya selagi ia menurut kehendak Islam iaitu (Al-Quran). Ulama dan Imam adalah pemimpin yang sedia mendengar dan berbincang dengann sesiapa saja. Ulama dan Imam bukan sekadar gelaran yang diperolehi dari ilmu yang dipelajari dalam masa tertentu.

Ini bukan soal layak atau tidak? Ini soal kewajipan kita menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam (muslim). Harap dapat baca, perhati dan memahami Al-Quran. Sepatutnya kita menanyakan persoalan seperti ini:

Layakkah kita menjadi seorang muslim? Sudah layakkah kita atau tidak menjadi seorang Islam (muslimin/muslimah) yang berpegang teguh kepada ajaran Islam (Al-Quran) dan sunnah nabi Muhammad serta memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita?. (setiap manusia).

Saya rasa ada yang perlu lebih diberi perhatian iaitu apabila kita bergaul dengan orang-orang yang berilmu dan berkedudukan. inilah yang perlu kita mendalami dan membuat penilaian lanjut serta berhati-hati sebelum mengambil langkah mengikuti telunjuk dan kata-kata mereka. inilah yang lebih sukar dilakukan oleh manusia terutama apabila sudah timbul rasa hormat dan takjub disebabkan tingginya ilmu dan kedudukan mereka di mata masyarakat. Di harap anda semua tidak menjadi pengikut yang membuta-tuli dan terikut-ikut dengan kehendak orang lain. Insya ALLAH kemampuan dan kebijaksanaan anda akan lebih terserlah dari sekadar menjauhi setiap mereka yang bodoh dan jahil. Insya ALLAH ketakwaan dan keimanan (faith) anda juga akan lebih bertambah dan dihargai oleh ALLAH S.W.T. Ameen...

Kepada saudari miftahuljamilah,
Sesiapa saja yang membuat penilaian tentang diri anda hanya berdasarkan kepada tingkah laku sahabat-sahabat/rakan-rakan/kawan-kawan anda semata-mata maka mereka tidaklah membuat suatu penilaian yang tepat dan jujur tetapi hanyalah berdasarkan kepada sangkaan semata-mata. Siapa tahu kemungkinan salah seorang rakan anda menjadi pencuri / pengkhianat secara tiba-tiba!. Atau mungkin mereka hanya berpura-pura baik didepan anda. Siapa yang tahu? Hanya ALLAH rabbul ALamein saja yang tahu. Kemungkinan mereka yang membuat penilaian dan sangkaan terhadap rakan-rakan anda,  juga bukanlah orang-orang yang boleh dijadikan sahabat islam yang setia walaupun mereka berilmu dan pandai. Beriilmu dan pandai tidak semestinya bijaksana!.  Semoga ALLAH melindungi kita semua dari niat orang-orang yang sedimikian ataupun menjadi orang-orang yang suka membuat sangkaan / prasangka dan mempercayai kepada pembohong dan berita-berita palsu (fitnah).

Maaf kerana terpaksa berbicara panjang lebar.

Waalaikumsalam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 11:40 AM | Show all posts

Reply #11 kalalah008's post

[quote]Kepada saudari miftahuljamilah,
Sesiapa saja yang membuat penilaian tentang diri anda hanya berdasarkan kepada tingkah laku sahabat-sahabat/rakan-rakan/kawan-kawan anda semata-mata maka mereka tidaklah membuat suatu penilaian yang tepat dan jujur tetapi hanyalah berdasarkan kepada sangkaan semata-mata. Siapa tahu kemungkinan salah seorang rakan anda menjadi pencuri / pengkhianat secara tiba-tiba!.[quote]
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ye..minta maaf la..pandangan saya terlalu umum..boleh jadi dalam perhubungan itu berlaku sesuatu diluar jangkaan kita..saya juga tak bermaksud menghina sesiapa tapi memang begitulah lumrah hidup kita,bila kita berkawan dengan org yg suka bergossip,bercouple,terbiasa dengan gaya hidup bebas,maka kita juga mungkin terjerumus ke kancah maksiat..namun ada juga yang berkawan dgn golongan ini mampu mengubah peribadi rakannya ke arah kebaikan..sebab untungnya kawan yg jahil itu berkawan dengan orang yang mengajak kebaikan juga (org yg baik).

terima kasih kerana memperbetulkan saya yang dhaif ini..moga2 usaha kita ini dirahmatiNya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 06:59 PM | Show all posts

Reply #11 kalalah008's post

salam, maaf kalau silap
kita digalakkan berkawan dengan orang yang bijak dan alim
tidak digalakan berkawan dengan yang bodoh dan jahat
kerana kita sendiri tidak kuat amalan dan kawalan atas diri sendiri
kerana kita masih lemah untuk membantu dan menasihati orang lain
bukan kerana sombong dan tujuan menghina
tapi kalau kita mampu mengawal diri dan kuat amalan
tentu saja tidak ada halangan untuk berkawan dengan sesiapa sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 03:43 AM | Show all posts
Originally posted by ianho at 16-2-2008 06:59 PM
salam, maaf kalau silap
kita digalakkan berkawan dengan orang yang bijak dan alim
tidak digalakan berkawan dengan yang bodoh dan jahat
kerana kita sendiri tidak kuat amalan dan kawalan atas di ...


waalaikum salam,

benar,
kita digalakkan berkawan dengan orang yang bijak dan alim selagi ia mampu memimpin kita kearah kebenaran (Al-Quran)..

benar,
tidak digalakan berkawan dengan orang yang jahat. Orang yang jahat tidak semestinya bodoh. Ramai orang-orang yang jahat adalah orang yang pandai-pandai belaka.

tidak benar,
tidak digalakan berkawan dengan yang bodoh.
Ini kerana ramai orang yang bodoh terdiri dari orang-orang yang miskin yang tidak berpelajaran. Rasulullah S.A.W sendiri seorang yang tidak tahu membaca dan menulis. Rasulullah memilih hidup serba sederhana dan ramai para sahabatnya adalah miskin harta dunia tetapi kaya budi pekerti. Rasulullah tidak memilih siapa yang akan menjadi sahabatnya. Bahkan orang-orang munafik pun dilayan dengan baik.

Jika kita mahu mengikuti cara hidup Islam yang dibawa Rasulullah S.A.W,  ikutilah dalam setiap perkara. Bukannya dengan mengikuti sebahagiannya (yang mudah) dan meninggalkan sebahagian yang lain (yang berat). Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik!

saudara ianho,
Anda merasakan tidak kuat amalan kerana anda tidak mahu mengamalkan seperti yang dianjurkan oleh Al-Quran dan sunnah. Insya ALLAH jika anda mengamalkan seperti yang dikehendaki, maka iman dan ketaqwaan anda akan bertambah denngan sendirinya. Mungkin anda terkeliru dengan apa yang saya maksudkan sebagai amalan?  Adakah saya bermaksudkan amalan ibadah seharian iaitu solah, puasa,zakat,haji,doa-doa, zikir dan sebagainya? Apakah yang saudara maksudkan dengan kuat amalan? Adakah saudara bermaksudkan amalan ibadah seharian iaitu solah, puasa,zakat,haji,doa-doa, zikir dan sebagainya?

Harap saudara dapat huraikan sendiri melalui pemahaman Al-Quran. Saya tidak mahu "quote" ayat-ayat Al-Quran disini.

'kerana kita masih lemah untuk membantu dan menasihati orang lain"
Ini bukan soal lemah atau tidak. Ini soal menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim, jika benar-benar kita mahu menjadi seorang mukmin. Bukankah tanggungjawab seorang muslim untuk membantu mereka yang menghadapi masalah dan menasihati mereka yang tersasar dari Islam. Untuk apa Al-Quran itu jika hanya untuk dibaca. Saya ingin bertanya, untuk apa Islam dan Al-Quran itu diturunkan?

Maaflah,
bagi saya tindakan menjauhi orang yang bodoh yang kebanyakannya miskin tanpa sebab-sebab lain yang munasabah adalah merupakan suatu penghinaan kepada ajaran Islam (Al-Quran).

Mungkin saudara/saudari sekalian patut menerangkan "kepada siapa" dan "sebab apa" saidina Ali r.a  berkata demikian. Harap dapat dibuat kajian lanjut seperti mana anda membuat kajian tentang ayat-ayat Al-Quran dan sebab-sebab penurunannya. Mungkin ada pengertian khusus kerana saya juga amat menghormati para sahabat Rasulullah.

Saidina Ali bin Abi Talib R.A pernah berkata.
1. Dan Jangan engkau bersahabat dengan orang yang bodoh, Jahui akan dia.
2. Berapa banyak orang yang jahil yang telah membinasakan orang alim ketika ia bersahabat dengannya.
  3. Seseorang itu akan dinilai mengikut tingkatan sahabat yang ia berjalan dengannya.

Saya tidak mahu saudara-saudari membuat tindakan mudah dengan mempercayai setiap hadis dan riwayat walaupun kononnya ia hadis atau riwayat yang bersandarkan kepada para-sahabat-sahabat yang benar/boleh dipercayai atau orang-orang yang alim dan berilmu.

Sekali lagi saya syorkan disini tinggalkanlah seseorang (sahabat) itu, bilamana mereka mengajak anda melakukan perkara yang mungkar, tidak kiralah dia bodoh atau bijak, berilmu atau tidak, kaya atau miskin, alim atau jahil. Janganlah membuat penilaian bahawa setiap yang bodoh akan mengajak anda kepada kemungkaran dan kesusahan dan setiap yang berilmu akan membawa kebaikan dan kesejahteraan. Bergaullah semasa mereka tidak melakukan perkara-perkara yang mungkar. Lapurkan segera tindakan yang mungkar sekiranya mereka tidak mahu mendengar nasihat, bukannya dengan hanya mendiamkan dan menjauhkan diri. Inilah yang dituntut Islam. (Saya yakin anda semua lebih bijaksana daripada saya dalam soal ini tetapi mungkin kerana sebab-sebab menjaga maruah, periuk nasi dan keselamatan keluarga, maka tindakan menjauhi adalah tindakan yang paling mudah dan tidak berat.)

***Manusia lebih takut dan malu apabila dinilai oleh manusia lain tetapi tidak takut dan malu apabila dinilai oleh ALLAH S.W.T nanti.***

Sekiranya anda tersasar dalam amal makruf nahi mungkar. Sesungguhnya Nabi ALLAH, Yunus juga pernah tersasar. Niat anda yang mulia lebih berharga dari kesilapan yang anda lakukan. Sesungguhnya ALLAH maha pengampun lagi maha penyayang.

Islam sebuah agama yang inklusif bukannya eksklusif. Oleh itu marilah kita saudara-saudariku menghayati Islam dengan pemahaman yang mudah dan jitu.

saya juga mohon maaf jika terkasar bahasa dan jika ada kesilapan harap ditunjukkan.

salamualaikum
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 05:58 AM | Show all posts
Originally posted by kalalah008 at 17-2-2008 03:43 AM


Mungkin saudara/saudari sekalian patut menerangkan "kepada siapa" dan"sebab apa" saidina Ali r.a  berkata demikian. Harap dapat dibuatkajian lanjut seperti mana anda membuat kajian tentang ayat-ayatAl-Quran dan sebab-sebab penurunannya. Mungkin ada pengertian khususkerana saya juga amat menghormati para sahabat Rasulullah. ...


tentang kajian ini tidak perlu dipertikaikan lagi ketulenan nya.... keterangan ini diambil dari kajian al imam hujjatul islam al ghazali r.a...chek bukan sebarangan orang yang buat benda ni.... ilmu nya sangat luas,pengalamannya dan keahlianya di dalam bidang tasawuf dan pembetukan rohani sudah menjadi ciri-ciri keunggulan beliau...siapa yang layak di dalam post ini untuk membuat kajian ini???? mungkin ada sebab beliau menyuruh kita menghindari sahabat yang bodoh kerana mungkin akibatnya akan membawa kepada permusuhan dan menyakitkan hati. Kerana baginya musuh yang berakal itu lebih baik dari sahabat yang bodoh. minta maaf, saya hanya nak perbetulkan fakta ini. sebab bagi saya tiada orang didalam post ini yang boleh buat posting yang sebaik ini....dan tiada siapa yang layak membuat kajian yang terperinci seperti ini?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 06:03 AM | Show all posts
minta maaf bukanlah tujuan saya untuk menghina sesiapa di sini.
anggaplah ini sebagai perkongsian ilmu yang sama-sama mendapat manfaatnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2008 06:36 PM | Show all posts
salam

manusia akan melalui tingkat demi tingkat kejadian

manusia tidak diberati melainkan semampu dirinya sendiri

jadi fahamilah
tak salah duduk dlm api
kalau ianya tidak membahayakan
kepada mereka yang benar-benar percaya
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 08:33 AM | Show all posts

Reply #14 kalalah008's post

salam
kusedar diri ini lemah -  tidak ada daya upaya melainkan apa yang diberikanNya
tidak mampu menongkah arus
namun tidak akur kepada aliran songsang
masih belum memahami perintah dan kewajiban
w/pun terus cuba menanggapi sekadar terdaya
hanya padaMu aku memohon dan meminta
penyerahan total masih terhalang
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 02:57 PM | Show all posts

Reply #18 ianho's post

sedari kelemahan diri dan berusaha mengatasinya
kan lebih baik
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2008 12:21 PM | Show all posts
adab-adab kita dengan seluruh manusia.

terdapat tiga bahagianutama tentang adab2 pergaulan kita sesama manusia. ia menyentuhmengenai cara pergaulan, cara memilih sahabat dan cara kita dan adabbersahabat....

1. orang yang tidak dikenali
2. sahabat karib
3. orang yang kita kenali.(bukan sahabat karib)



1. adab adab dengan orang yang tidak dikenali
a: jangan engkau menyertai mereka didalam percakapan yang kosong.
b: jangan engkau mendengar perkataan mereka yang jahat-jahat
c: jangan engau menghiraukan perkataan mereka pada menjahatkanmu
d: hendaklah engkau menghindarkan diri daripada banyak berjumpa dengan mereka atau banyak berhjat kepada mereka.
e: hendaklah engkau memberikan teguran dan nasihat terhadap pekerjaanmereka yang mungkar dengan cara lemah lembut kalau mereka bersediamenerima perkataanmu.




2. adab-adab dengan sahabat (kawan karib)
i: cara memilih sahabat
ii: cara menunaikan hak-hak persahabatan

i: cara memilih sahabat...
rasulullah s.a.w bersabda..."seseorang itu mengikut agama(cara hidup) sahabatnya. oleh keranaitu  hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yangpatut dijadikan sahabat"

    maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau jadikan iasebagai pembantu didalam menuntut ilmu dan didalam     urusan agamamudan duniamu maka hendaklah engkau tuntut daripadanya (engau pastikanpada dirinya ) 5 syarat...
a: orang yang berakal
b: orang yang baik akhlaknya
c: orang yang soleh
d: jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia
e: orang yang benar.


a: orang yang berakal
maka tiada kebaikan dengan bersahabat denganorang yang bodoh,kerana akibatnya akan membawa kepada permusuhan danmenyakitkan hati.
dalam hal ini Saidina Ali bin Abi Talib R.A pernah berkata.
1. Dan Jangan engkau bersahabat dengan orang yang bodoh, Jahui akan dia.
2. Berapa banyak orang yang jahil yang telah membinasakan orang alim ketika ia bersahabat dengannya.
  3. Seseorang itu akan dinilai mengikut tingkatan sahabat yang ia berjalan dengannya.


b: Orang Yang baik akhlaknya
  dalam Wasiat saidina 'Alqamah kepada anaknya
  "Wahai anakku! Apabila engkau bersahabat dengan seseorang maka bualah persahabatan dengan orang yang;
1. Apabila engkau berkhidmat kepadanya maka ia memelihara akan dikau.
2. Apabila engkau bersahabat dengannya maka bertambah nilai dirimu.
3. Apabila engkau ditimpa kesusahan ia akan turut sama menangung kesusahan     mu.
4. Apabila engakau menolong akan dia nescaya ia akan membalas kebaikan mu.
5. Apabila ia melihat akan kebaikan mu nesaya mengambil kira ia akan dia
6. apabila engau mengusahakan akan sesuatu perkara nescaya menolong ia akan dikau


C. Orang yang soleh...
janganlah engkau bersahabat denganorang fasik yang selalu mengerjakan dosa yang besar, kerana orang yangtakut allah itu tidak mengekali dalam dosa besar dan orang yang taktakut allah tidak dapat dipercayai sepernuhnya.bahkan pendiriannya yangtidak tetap, selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan.
cuba kamu lihat! orang ramai menganggap mudah dosa maksiatghibah(mengumpat) kerana mereka sudah biasa melakukan maksiat tersebut,tetapi jikalau engkau mereka melihat seorang alim memakai cincin emasatau kain sutera nescaya mereka amat mengikari nya...lada hal dosaghibah itu jauh lebih besar daripada dosa memakai cincin emas ataupakaian sutera....

D. jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia...
bersahabat dgnnya adalah seperti racun yang dapat membunuh keranatabiat seseorang itu cepat sekali meniru dan mengikuti tabiat oranglain dan perangai yang baik cepat sekali berubah menjadi jahat,sekiranya kita tidak menyedari nya. maka sekedudukan dgn orang yangtamak dunia akan menambah tamakmu terhadap dunia..sebaliknyasekedudukan dgn orang yg zuhud akan menambah zuhudmu pada dunia.

E. Orang Yang Benar...
maka jangan engkau bersahabat dengan orang yang pendusta. barangkali ia akan menipu engkau.

Maka inilah lima syarat yang perlu kita pilih dalam memilihsahabat..Barangkali  susah kita mendapatkan orang yang memiliki kesemuasifat-sifat ini walaupun pada orang yang duduk mengaji di surau-surauatau duduk beribadat di dalam masjid....
oleh itu tiada jalan bagimu kecuali engaku memilih sau diantara dua jalan:

Pertama: Beruzlah, iaitu mengasingkan diri daripada orang ramai, kerana disitulah letanya keselamatan mu...
Kedua: Bergaul dengan orang ramai mengikut kedudukan mereka masing-masing yg berdasarkan tiga pembahagian:

1. saudaramu untuk akhiratmu, maka janganlah engau perhatikan padanya kecuali hanya hal-hal agama.
2. Saudaramu untuk dunia mu, maka janganlah engkau perhatikan padanya kecuali hanya akhlak yang baik.
3. Saudaramu untuk kejinakkan hatimu, maka jangan engkau perhatikanpadanya kecuali hanya keselamatanmu dari         kejahatannya,fitnahnya dan keburukkannya.

Didalam perumpamaan ini manusia itu terbahagi kepada tiga:
1-orang yang seumpama makanan asas yang tidak boleh tidak daripadanya.
2-Orang yang seumpama ubat yang dipelukan pada masa-masa tertentu sahaja bukan setiap masa.
3- orang yang seumpama penyakit yang perlu dihindari daripadanya.

saya nak compilekan agar semuanya didalam satu pages

[ Last edited by  donbotak at 19-2-2008 12:27 PM ]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.067300 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list