CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12846|Reply: 13

Ambil Wudu'k Di Dalam Kolah

[Copy link]
Post time 11-2-2008 06:57 PM | Show all posts |Read mode
saya kurang paham tentang mengambil wuduk menggunakan air yang ada didalam kolah.. saya paham akan boleh mengambil wuduk menggunakan air kolah tersebut (celopkan anggota wuduk kecuali kaki) sekiranya melebihi 2 kolah.. PERSOALANNYA..

i) APAKAH HUKUM ORANG LAIN YG MENGGUNAKAN AIR KOLAH TERSEBUT SELEPAS KITA MENGGUNAKANNYA (YAKNI AIR MUSTAKMAL) ?

ii) SEKIRANYA KOLAH TERSEBUT ITU KECIL BAGAIMANA BOLEH DITAFSIRKAN IANYA MENJADI 2 KOLAH?

iii) dan BOLEHKAN LAGI KITA MENGGUNAKAN AIR KOLAH YANG HAMPIR SEPARUH DI ANTARA KOLAH TERSEBUT (lantai & permukaannya)?

diharapkan ada forumer disini dapat membantu permasaalahan ini..

terima kasih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2008 11:01 PM | Show all posts
kolah tu sebenarnya ada ukuran yang tertentu.  bukan maksud satu kolah macam kat rumah punya kolah.  saya tak ingat sukatan dalam meter padu kot ada org boleh bagi jawapan.

hukum air 2 kolah ini adalah menurut pendapat mazhab shafie.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 11:33 PM | Show all posts

Reply #2 ibnur's post

Jumlah Sukatan 2 Kolah
Terdapat pendapat yang berbeza di kalangan ulama mengenai jumlah air Qullataan ataupun dua kolah ini.

Dr. Wahbah az-Zuhaili dalam Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuhu menyatakan jumlah ini sebagai 270 liter. Jadi bila air dalam jumlahnya kurang dari 270 liter digunakan untuk berwuduk, mandi atau bercampur dengan air yang sudah digunakan untuk berwuduk`, maka air itu dianggap sudah mustakmal. Walaupun air itu suci, air itu tidak lagi boleh digunakan untuk menyucikan. Majlis Agama Islam Singapura juga mentakrifkan dua kolah sebagai 270 liter [1]

Ada pendapat menyatakan jumlah Qullataan ini adalah sebanyak 216 liter. (Hafiz Firdaus Abdullah) [2]

Mengikut Dr Abdul Salam Muhammad Shukri, dari Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ukuran dua kolah adalah isi padu air kira-kira 9
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 12:01 AM | Show all posts

Reply #3 zac_7's post

aku rasa ukuran selamat ialah kolah yang bahagian dalamnya 2 kaki tinggi, 2 kaki lebar dan 2 kaki panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 12:37 AM | Show all posts
Originally posted by aniess at 11-2-2008 06:57 PM
saya kurang paham tentang mengambil wuduk menggunakan air yang ada didalam kolah.. saya paham akan boleh mengambil wuduk menggunakan air kolah tersebut (celopkan anggota wuduk kecuali kaki) sekir ...


yap... mcm ibnur kata panjang setiap sisi ialah dua kaki.....dlm cm pula ialah....60 kali 60 kali 60........
tapi susah nak cari kolah yg betul2 60cm panjang , lebar dan tinggi....sebab bentuk ada mcm2....

so kalau nak kira kolah rumah sendiri , make sure darab panjang x lebar x tinggi  dan dapat isipadu dia nilai lebih dari 216000 cm3....atau 270000cm3....
kalau kurang, maka kuranglah dari dua kolah....

ukuran dia ada mcm2 versi....ada kata 216 liter(216000cm3), ada kata270 liter(270000cm3)....jadi kalau nak selamat make sure lebih dari 300 liter laaa......
senang....takyah was2 nanti....

sebab bila dah guna nanti, air sure dah kurang, jadi baik bg lebih banyak....300 ke 400 ke....




sy cuba jawap soalan tuan rumah....ikut apa yg sy tau....kalau ada salah harap dibetulkan....


1) kalau dah cukup dua kolah, air mustakmal masuk pun takpa....boleh wuduk lg....
air dua kolah hanya dikira tak suci apabila berubah warna, bau, atau rasa....

selagi tak berubah letak la apa saja....tetap suci....tp tak payahlah  buat benda bukan2...



2)ukuran bukan dibuat ikut saiz kolah kita, tp ikutbukuran berikut------->216 liter atau 270 liter atau bagi lebih lagi bagus300liter ke, 400 ke.....

3)apabila air kurang sehingga di bawah isipadu yg disebut di atas, maka kelebihan air dua kolah hilang....so memang kena make sure kolah sentiasa penuh.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 01:00 AM | Show all posts
kekadang kolah kat masjid tu kita tengok ada algea hijau2,geli nak guna masa kumur2..adakah jawatankuasa masjid tak perasan ke...agama islam kan mementingkan kebersihan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2008 08:46 AM | Show all posts
Originally posted by cucusaddam at 12-2-2008 01:00 AM
kekadang kolah kat masjid tu kita tengok ada algea hijau2,geli nak guna masa kumur2..adakah jawatankuasa masjid tak perasan ke...agama islam kan mementingkan kebersihan


Masa zaman sekolah dulu saya dan kawan2 selalu tolong basuh kolah masjid tiap malam jumaat. Kami pun bela ikan kat dalam kolah tu. So ahli kariah masjid rajin2 lah bersihkan masjid, jangan nak tunggu jabatan agama ke, noja masjid ke.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 09:26 AM | Show all posts
masa aku blaja dulu , ustaz cakap kolah 2' x 2' x 2' kalau tak silap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2008 10:20 AM | Show all posts
Originally posted by cucusaddam at 12-2-2008 01:00 AM
kekadang kolah kat masjid tu kita tengok ada algea hijau2,geli nak guna masa kumur2..adakah jawatankuasa masjid tak perasan ke...agama islam kan mementingkan kebersihan

algae tu tak suci ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 11:39 AM | Show all posts

Reply #9 ianho's post

Algae tu tumbuhan jer ....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 11:42 AM | Show all posts

Reply #8 burujtimur's post

hmmmm...2' ek....mcm kcik je ek...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 10:46 PM | Show all posts

Reply #11 cik_kumbang's post

hmmm...  betul laa...  macam kecik jer.  2' lebih kurang 60cm.  60x60x60=216,000 ...  okay pulak, kalau ukuran minima.  kalau 65x65x65=274,625.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 12:41 PM | Show all posts

Balas #11 cik_kumbang\ catat

kalau ikut ukuran sebenar 22 inci setengah x 22 inci setengah x 22 inci setengah



2 kaki = 24 inci..

kalau ikut ukuran sebenar lagi kecil isipadu airnya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 03:48 PM | Show all posts
ade jemaah yg buang kumur sampai masuk balik dalam kolah sampai berkeruh kolah ... kalau sampai dah beralga dan berlumut, tu tanda sampain masanya nak bergotong royong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.061872 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list