View: 1761|Reply: 2
|
adab-adab pergi ke masjid!!!
[Copy link]
|
|
Apabila engkau telah selesai daripada bersuci maka sembahyanglah di rumahmu dua raakaat sunat subuh jikalau fajar telah terbit seperti apa yang telah dibuat oleh rasululllah s.a.w kemudian pergilah ke masjid dan jangan sekali-kali engkau meninggalkan sembahyang berjemaah apakan lagi sembahyang subuh kerana sembahyang berjemaah itu melebihi daripada sembahyang sendirian 27 darjat. jikalau engkau mempermudahkan perkara seperti ini maka apalah faedahnya engkau bersusah payah mencari ilmu kerana tujuan mencari ilmu itu hanyalah untuk diamalkan.
Apabila engkau berjalan ke masjid maka berjalanlah dalam keadaan yang tenang dan tenteram dan janganlah terburu-buru dan maka hendaklah engkau sambil membaca:
Ertinya: Ya allah! Aku memohon kepadamu dengan berkat hamba-hambamu yang selalu meminta kepadamu dan dengan berkat hamba-hambamu yang selalu mengharapkan kurniamu dan dengan berkat perjalananku ini, sesungguhnya aku tidak pernah pergi(ke Masjid) kerana bongkak atau sombong dan bukan kerana riak atau sum'ah tetapi aku pergi adalah semata-mata hendak menjauhi kemurkaanmu. Maka aku memohon kepadamu supaya engkau lepaskan aku daripada siksaan api neraka dan engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku. Sesunggunya tidak ada yang mengampuni segala dosa kecuali hanya engkau.
menuju jalan hidayah- imam ghazali. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by donbotak at 18-2-2008 02:39 AM
Apabila engkau telah selesai daripada bersuci maka sembahyanglah di rumahmu dua raakaat sunat subuh jikalau fajar telah terbit seperti apa yang telah dibuat oleh rasululllah s.a.w kemudian pergi ...
Adab-adab ni tak boleh teori saja bang. Ia kena praktikkan.
Sila bagi nama pada karkun untuk keluar tabligh sekurang-kurangnya 40 hari. Itu kira kursus lah tu...tapi keluar duit belanja sendiri noo. Baru boleh dapat diamalkan ta'lim dan ta'lum.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 Gravedigger's post
mmg la ia akan jadi teori kalau tak dipraktikkan....
siapa yang dah tahu nak buat-buatlah....
siapa yang tak nak buat xyah lah. bukan haram pn....
tapi kalau buat dapat pahala..
dan tiada kaitannya ngan tabligh pun.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|