CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4687|Reply: 30

nak bertengkar boley, ni ha cara bertengkar yg selamat!!

[Copy link]
Post time 19-3-2008 03:33 AM | Show all posts |Read mode
Bertengkar yang selamat

Dalam percintaan, perbalahan boleh tercetus disebabkan pasangan terlalu mengikut perasaan, ego dan emosional sehingga ke tahap boleh melukakan hati kekasihnya.

PERTELINGKAHAN sentiasa wujud pada setiap masa dan di mana jua. Sama ada di alam percintaan mahupun perkahwinan, pasti pasangan akan berhadapan dengan pertengkaran. Walaupun ada di antara kamu malu untuk mengakuinya, namun itulah hakikatnya.

Wujudnya pertengkaran disebabkan pasangan terlalu mengikut kehendak perasaan, ego ataupun timbul rasa ketidakpuasan hati daripada pasangannya, baik perihal peribadi mahupun pekerjaan.

Ia tidak akan terhenti sekiranya kedua-dua pasangan masih tetap dengan pendirian masing-masing.

Sesetengah pasangan beranggapan, pergaduhan mungkin boleh diibaratkan sebagai seutas tali penguat kasih sayang. Ia membuatkan pasangan mengenali hati budi di samping dapat mempelajari erti sebuah kematangan.

Bukan bererti pertengkaran itu tidak baik, tetapi ia adalah lumrah dan resipi dalam kehidupan bagi pasangan yang sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga. Seeloknya, setiap pasangan perlulah menepis setiap percaturan yang dibangkitkan itu demi membina keharmonian dalam sebuah perhubungan.

Intim minggu ini berkongsi tip bagaimana mewujudkan sebuah pertengkaran yang lebih selamat agar hubungan yang dibina selama ini diakhiri dengan ucapan, 'aku maafkan dirimu'.

Elak bercakap panjang

Dalam menjalinkan perhubungan yang matang, kamu mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kamu mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kamu mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

Tiada dendam dalam percintaan

Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini.

Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kamu benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan.

Jangan mencari kelemahan pasangan

Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya kamu menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh.

Jangan melibatkan hal lain

Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kamu berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah.

Jangan bertindak secara fizikal

"Kamu memang bodoh", "tak guna", "menyesal bercinta dengan kamu", atau "perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu". Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.

Dalam bercinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas.

Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, "tak sangka kamu sanggup buat macam ini" atau "hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu".

Usah menjauhkan diri

Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua.



aku kalu nak bertengkar  aku bantai bertengkar aje.. selamat tak selamat...  LMFAO...   ghopa nya ada gak bertengkar tapi selamat...  biasanya kalu dah bertengkar tu.. dalam few days tu mmg tak selamat aje.. tapi bila dah cool sumer......selamat ler balik... melainkan mmg jenis yg bertengkar sbb memang dah give up dgn partner yg jenis bodoh tak leh diajar, pandai tak leh tumpang tu...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2008 06:01 AM | Show all posts
mcm mn kalau pasangan kita tu start maki2 kita lak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 07:36 AM | Show all posts
jangan bertindak secara fizikal? tapi guna maki hamun?

IMHO aku lagi suka kalau bertengkar secara fizikal dgn aku

sebab dah immune terbiasa dengan menda2 camtu

sakit fizikal lagi senang nak ubat dari sakit hati sebab makan hati dengan kata2 dia yang PANASZZZ
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 07:57 AM | Show all posts
aku sll jek gado dgn aman
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 08:15 AM | Show all posts
bf rin xpenah pun marah@pukul
rin je yg slalu bertindak secare fizikal
klu rin marah sah2 la die kene tepuk/tamoar/cubit ngan rin
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by missdiyana at 19-3-2008 06:01
mcm mn kalau pasangan kita tu start maki2 kita lak?




huhhh.....

klu masih sygkan dia....klu dia maki..ko diam jerlah...then bila dia dah cool cuba ckp benda yg ko x suka.....

klu ko rasa x tahan dah dimaki....ko bla jerk....buang masa lor......hidup bukan untuk dimaki...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2008 09:27 AM | Show all posts
Originally posted by ischae at 19-3-2008 07:36
jangan bertindak secara fizikal? tapi guna maki hamun?

IMHO aku lagi suka kalau bertengkar secara fizikal dgn aku

sebab dah immune terbiasa dengan menda2 camtu

sakit fizikal lagi senan ...



gaduh fizikal ni bukan gaduh yg pukul2 tu ke???.... ....

cayalah ischae....mmg imune tul ko ni........
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 09:27 AM | Show all posts
Originally posted by rinie87 at 19-3-2008 08:15
bf rin xpenah pun marah@pukul
rin je yg slalu bertindak secare fizikal
klu rin marah sah2 la die kene tepuk/tamoar/cubit ngan rin



baiknyer boypren rin....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2008 09:41 AM | Show all posts
x larat nk gado/..... makan gado2 jugak yg best....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 10:02 AM | Show all posts
Malas aku nak bertengkar.. Orang ajak aku gaduh, aku belah aje dari tempat kejadian..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 11:08 AM | Show all posts
memang mase gaduh tu geramnyerrr..
tp gaduh2 ni makin kite mengenali pasangan kite...

kalo pendam je.. simpan dalam lagi haru..
perempuan slalu nk selesai masalah dengan berhadapan dgn konflik
laki slalu tak suke nk bincg mengenai masalah..
tp kalo tak bincg, takde komunikasi 2 hala cmne nk settle?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 11:11 AM | Show all posts

Reply #10 juwaini's post

itu gaduh fizikal dik juw....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 11:12 AM | Show all posts
m in d middle of gado2 manja dgn 1 of my fren...
yg aku tk tau ape sebab dia nak marah, dia nak jeles, dia nak kecik ati..
call tak mo angkat. tp, sms dia nk reply. tp, pjg berjela..

aduih la kwn aku yg sorg nih, hang nih knapa? meh habaq mai meh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 02:26 PM | Show all posts
prob aku .. selagi tak puas hati selagi tuh lah aku bercakap...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 05:28 PM | Show all posts
sy hari2 bertengkar, at least dlm seminggu ade la dlm 2 hari je hari yg tenang..
tp gado kejap je..tp bile jumpe takde lak gado..aman je..bile tak jumpe bleh lak gado hari2..letih nye..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 05:38 PM | Show all posts
aku dah 4 thn asyik gaduh je...
kalau tak gaduh nak buat apa lagi?
jln2? ckp2? dah bosan laaaa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2008 06:50 PM | Show all posts
Originally posted by missdiyana at 19-3-2008 06:01
mcm mn kalau pasangan kita tu start maki2 kita lak?


sesetengah orang mmg macam ni... tapi kalau dah sejuk dari kemarahannya... dia akan menyesal dalam hati...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 06:51 PM | Show all posts
Originally posted by larafairie at 19-3-2008 17:28
sy hari2 bertengkar, at least dlm seminggu ade la dlm 2 hari je hari yg tenang..
tp gado kejap je..tp bile jumpe takde lak gado..aman je..bile tak jumpe bleh lak gado hari2..letih nye..


ini pun satu masalah biasa... asyik nak gaduh je..
cam aku aa.. aku gaduh kat tepon je.. kat depan
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 09:13 PM | Show all posts
Originally posted by deskcom at 19-3-2008 06:50 PM


sesetengah orang mmg macam ni... tapi kalau dah sejuk dari kemarahannya... dia akan menyesal dalam hati...


yaka dia nyesal eh? tp pastu ulang lagik..lagi berani adala.. kot aku buat salah takpa.. ni bila aku tanya apa salah aku..dia suh aku pikir snirik.. confuse2:re:
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2008 09:56 PM | Show all posts
aku lak xnah gado lagi sebab baru smalam declare...
nak jugak rasa gadoh2 ngn dia.   tgk sapa lagi ganas
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.068209 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list