View: 3633|Reply: 5
|
Tong Ngv pon Dirembat nya.......
[Copy link]
|
|
Teksi NGV jadi sasaran pencuri
Oleh JULIA ISMAIL
[email protected]
PEMANDU teksi, Masdi Mat Arif menunjukkan komponen NGV yang semakin digemari pencuri.
KUALA LUMPUR - Pemandu teksi yang menggunakan kenderaan dipacu gas asli (NGV) berhadapan dengan risiko yang lebih besar untuk teksi mereka dilarikan.
Ini kerana, komponen NGV yang digunakan hampir sebahagian besar teksi di ibu negara sudah menjadi 'tarikan' pencuri.
Ia diakui sendiri oleh Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan dan Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah dengan menegaskan kejadian itu kini semakin serius.
Tegas beliau, kebiasaannya kes- kes kehilangan teksi akan ditemui semula, tetapi kebanyakan komponen penting NGV hilang.
"Kebanyakan kes membabitkan model Proton Iswara dengan kereta ditemui semula tanpa kit dan tangki NGV," katanya.
KHAI SOO menunjukkan lengan dan jarinya yang cedera akibat ditoreh dengan pisau semalam.
Penggunaan NGV pada teksi begitu popular kerana dengan hanya RM8, tangki berkapasiti 60 liter boleh dipenuhkan dan teksi itu boleh bergerak sejauh 170 kilometer.
Harga dan kos pemasangan pula boleh mencecah antara RM2,500 hingga RM6,000 bergantung kepada model dan jenis kenderaan.
Antara mangsa terbaru kes seumpama itu ialah Tan Khai Soo, 58, dari Desa Jaya, Kepong yang berkata, teksinya dilarikan pada 30 Mac lalu di Jalan Tanduk, Bangsar.
Menceritakan kembali kejadian malang tersebut katanya, ketika kejadian dia mengambil dua penumpang berumur dalam lingkungan umur 30 an di Jalan Kuching pada pukul 6 pagi.
"Setelah tiba di Jalan Tanduk, penumpang tersebut memberitahu dia mahu merompak saya," katanya dengan menambah, tangannya ditoreh dengan pisau sehingga menerima lebih 30 jahitan.
Jelasnya, selepas itu dia ditolak keluar sebelum teksinya dilarikan dan gagal ditemui hingga semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehhe..........tekanan idop dari pemerintahyan mesra rakyet........ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 gasing's post
solex tak cukup.
patut ada cas electric kat setiap kereta.
kereta yg ditinggalkan oleh owner, bukan setakat locked semua pintu
tapi cas electric jugak automatic on.
kalau ada objek yg mengusik komponen / bahagian tertentu kereta
harus terkena la renjatan electric. |
|
|
|
|
|
|
|
wah... tinggi kau punya imaginsi dan idea ye meow |
|
|
|
|
|
|
|
geram tul aku dgn pencuri nih...:@
tp bila dah kena tangkap dan belasah..leh lak buat muka seposen...
masa nak curik tu tak ingat...kasi tembak je la org mcm nih:@ :@
hiduppun menyusahkan masyarakat...
agaknya nak tunggu hukum hudud kot baru depa nak bertaubat...
org lain pun sama gak..keje mcm nak mampus..nak hidup dlm keadaan living cost yg makin mencanak nih..
gov lak sibuk nak naikkan rega minyak..pas tu paham2 lar kalau rega minyak dah naik..
takkan brg2 lain tak jeles....nak tak nak mesti nak naik juga..
org kampung juga yg kena penangannya..padahal depa nih lar yg prcaya bulat2 kata2 calon pilihanraya dulu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|