CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3436|Reply: 14

Bangunan usang cacatkan keindahan bandar raya Ipoh

[Copy link]
Post time 6-5-2008 08:52 AM | Show all posts |Read mode
IPOH 5 Mei - Meskipun Ipoh sudah diiktiraf sebagai bandar raya kerana mencapai tahap kemajuan setaraf dengan bandar-bandar lain di Malaysia tetapi masih terdapat banyak bangunan usang yang mencacatkan keindahan bandar yang suatu ketika dahulu terkenal sebagai pusat perlombongan bijih timah.

Berbeza dengan tempat lain di negara ini, Ipoh cukup unik kerana masih mengekalkan banyak bangunan lama yang didirikan oleh penjajah British.

Antara bangunan bersejarah yang menjadi mercu tanda di Ipoh ialah Stesen Keretapi Ipoh terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab kerana memiliki struktur binaan yang menakjubkan dengan gabungan senibina Moor dari negara Turki dan senibina moden.

Dalam pada bangga memiliki bangunan bersejarah ini, ramai warga Ipoh sebenarnya kecewa dengan pihak berkuasa tempatan kerana membiarkan banyak bangunan lama terutama deretan rumah kedai di tengah-tengah bandar raya menjadi usang hingga mencacatkan pemandangan.

Selain bangunan kedai, ada juga bangunan bekas pejabat pentabdiran kerajaan yang ditinggalkan kosong hingga menjadi sarang tempat remaja membuat maksiat dan penagih dadah berkumpul melepaskan gian.

Salah satu bangunan bersejarah yang ditinggalkan usang ialah bangunan terletak bertentangan dengan Stesen Keretapi Ipoh iaitu bekas Pejabat Pos Besar Ipoh yang kemudiannya dijadikan pejabat pentabdiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Pusat Penerangan Pelancongan Perak.

Seorang penduduk yang ditemui, Fatimah Ismail, 50, berkata, adalah merugikan bangunan unik dan masih kukuh itu dibiarkan kosong hingga mencacatkan pemandangan di samping dijadikan sarang maksiat oleh remaja serta penagih dadah.

''Bangunan ini patut dibaik pulih dan dipelihara kerana ia pernah menyumbangkan bakti kepada rakyat Perak semasa dijadikan pejabat pos, pejabat pentabdiran MBI dan Pusat Penerangan Pelancongan Perak.

''Saya sedih kerana bangunan ini sekarang dibiarkan usang hingga dijadikan tempat remaja melakukan maksiat dan menagih dadah. Apa salahnya jika ia dibaik pulih untuk dijadikan bangunan pejabat atau hotel," katanya.

Foong Kun Siew, 60, berkata, bangunan bekas pejabat MBI ini mempunyai seni bina yang cantik dan unik yang mana tidak boleh lagi ditemui pada zaman ini.

Justeru, beliau mencadangkan kepada pemilik bangunan tersebut supaya mencantikkan semula bangunan terbabit dan menjadikannya sebagai galeri pameran lukisan kerana ia berpotensi menarik pelancong.

Seorang bekas kakitangan Pos Malaysia yang kini berniaga di Medan Selera Dato Sagor terletak bersebelahan dengan bangunan itu, Shamsudin Jalani, 55, pula mencadangkan Pejabat Pos Besar Ipoh mengambil semula bangunan itu untuk dijadikan pusat menguruskan perkhidmatan Pos Laju.

''Saya difahamkan Pejabat Pos Besar Ipoh terpaksa menyewa sebuah bangunan di Tasek, Chemor untuk dijadikan pusat mengurus perkhidmatan Pos Laju sedangkan mereka boleh menggunakan bekas pejabat lama di bangunan ini untuk tujuan tersebut.

''Bangunan ini amat sesuai kerana ia terletak berdepan dengan bangunan Pejabat Pos Besar Ipoh dan mempunyai kawasan yang luas," katanya.

Seorang peniaga, Sabariah Mat Alipiah, 46, berkata, perniagaan kedai makan mereka di Medan Dato Sagor terjejas sebaik sahaja pejabat-pejabat di bangunan tersebut dikosongkan beberapa tahun lalu.

''Pendapatan kami merosot 50 peratus sejak bangunan ini tidak digunakan. Jadi, saya merayu pihak berkenaan supaya menyewa atau menjual bangunan ini kepada mana-mana pihak yang berminat untuk dijadikan pejabat bagi menghidupkan semula perniagaan kami," katanya

~~~~~
udah tibe masenye MBI mikiorkan camane nak perindahkan bangunan2 lama tuh...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2008 09:23 AM | Show all posts
dainese
Forum Legend
UID 44791
Digest Posts 1
Credits 3422
Posts 2591
Reading Access 8
Registered 17-10-2005
Location BANGUNAN LAME<-------Dah lama jd 'Penunggu' yob?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2008 09:35 AM | Show all posts
hahaha...hantu wehhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 10:52 AM | Show all posts
kena buat bangunan berhias ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2008 10:58 AM | Show all posts
tak payah berhias...bagi cat balik pun dah kire ok dah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 11:46 AM | Show all posts
mungkin mereka x nak cat sebab klu cat nampak baru..xnampak lame
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2008 07:07 PM | Show all posts
dah lama benor tak gi ipoh. so skrg nih opis mbi pindah mana? ingatkan depan stesen keteapi lagik
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 07:56 AM | Show all posts
Originally posted by kapakterbang at 6-5-2008 07:07 PM
dah lama benor tak gi ipoh. so skrg nih opis mbi pindah mana? ingatkan depan stesen keteapi lagik


MBI kat bangunan dia lor

tak sempat tau pon yg mbi ada tempat lain

mbi baru dekat2 ngan ipoh parade

tak baper jauh dari greentownnyer area

   




Ya ALLAH,tenangkan hatiku...terangkan hatiku...bantulah rajinkan hambamu yg baloq liat ni.....amin

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2008 07:57 AM | Show all posts
BTW, baru la ni r isunyer nak diutarakan pon

kalo isu bangunan buwok tgh bandar tuh, dari tecit lagik dah mmg lagu tu

ingatkan mmg nak bior stay buwok jer   







Ya ALLAH,tenangkan hatiku...terangkan hatiku...bantulah rajinkan hambamu yg baloq liat ni.....amin



Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 11:12 AM | Show all posts

Reply #9 auntie_girl's post

kenapa teruk beno ejaan ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 01:56 PM | Show all posts
...dulu...slalu park kete tepi bangunan agam ni...samada nk pi mkn kst dato' sagor @ jumaat kat masjid negeri. bnyak kali gak kena saman parking kupon ngan MBI....heheh. bila mlm mnjelma,samada jd port mat pet @ 'blakang taruk' ....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 07:09 PM | Show all posts

Reply #5 dainese's post

kalo dipuliharakan bangunan tu
buleh juga jadi tempat lawatan
bangunan2 tu buleh dijadikan tempat pameran jualan kraf dsb
perniagaan boleh dimunculkan
buleh ko cadangkan kat mb kita tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 07:43 PM | Show all posts
Originally posted by neeziee at 8-5-2008 11:12 AM
kenapa teruk beno ejaan ko ni


tewok kew   



Ya ALLAH,tenangkan hatiku...terangkan hatiku...bantulah rajinkan hambamu yg baloq liat ni.....amin

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2008 05:43 PM | Show all posts
Originally posted by kuda-liar at 10-5-2008 01:56 PM
...dulu...slalu park kete tepi bangunan agam ni...samada nk pi mkn kst dato' sagor @ jumaat kat masjid negeri. bnyak kali gak kena saman parking kupon ngan MBI....heheh. bila mlm mnjelma,samada j ...



blakang taruk...macam biase je baii???
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 12:32 PM | Show all posts

Reply #14 dainese's post

...issshhh selisih malaikat 44. tp tu ler yob,cacat pemandangan mlm2 kat fountain depan station KTM ipoh ni,dgn manusia gay/anak ikan....jantan cari jantan(di balik rimbun pokok bunga...deme bercengkerama):@ . harapnya,skrg ni tak lg begitu(dengar kata....dah upgrade station lama tu).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.056689 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list