View: 17297|Reply: 17
|
[Tempatan]
KK Mart buat laporan polis terhadap syarikat pengeluar ‘sandwich’
[Copy link]
|
|
KOSMO!
Oleh ZULKIFLI MANZOR
13 Januari 2025, 4:41 pm
KK Supermart buat laporan polis terhadap syarikat pengeluar 'sandwich'.
PETALING JAYA – KK Supermart & Superstore Sdn Bhd. (KK Supermart) membuat laporan polis terhadap syarikat pengeluar produk ‘sandwich ham & cheese’, Shake And Bake Café Sdn. Bhd. (Shake And Bake Café).
KK Supermart dalam satu kenyataan berkata, pihaknya turut mengarahkan peguam untuk menghantar Surat Tuntutan (LOD) bertarikh 10 Januari kepada Shake And Bake Café.
“Untuk makluman produk ‘sandwich’ ini dikilangkan dan diusahakan oleh Shake And Bake Café. Produk ini dipasarkan kepada pelanggan melalui beberapa platform perniagaan antaranya di rangkaian KK Concept Store.
“Pihak Shake And Bake Café mengemukakan sijil halal bagi ‘chicken ham’ (kepingan ayam) dan kepingan keju. Tulisan dipamerkan pada bungkusan ‘sandwich’ dan perkataan ini adalah daripada Shake And Bake Café,” katanya hari ini.
Menurut KK Supermart, hanya 16 KK Concept Store mempunyai kemasukan produk itu dan pihaknya telah membekukan urusan perniagaan bersama Shake And Bake Café serta-merta.
Katanya, ia termasuk menghentikan segala pemprosesan produk itu daripada kemasukan ke mana-mana outlet KK Concept Store sepanjang tempoh siasatan kes.
“Kami difahamkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup melakukan serbuan ke atas kilang Shake And Bake Café di Sunway Damansara, Petaling Jaya.
“Demi menjaga kepercayaan dan keselamatan pelanggan, kerjasama penuh akan diberikan bagi memastikan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang mencemarkan keyakinan dan kesejahteraan pelanggan kami,” katanya.
KK Supermart berkata, syarikat itu memandang serius perkara tersebut dan mengambil langkah bagi mengelakkan kejadian sama berulang. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sedangkan kat oversi pon musti sebut "chicken" bersama2 "ham" tang label. Kalo ham je semate hanye isi vavi saje la.. |
|
|
|
|
|
|
|
KK Mart ni main kutip aje supplier.. |
|
|
|
|
|
|
|
Laju KK Mart lepas tangan. Agak2 dapat ikut pergi oversea lagi tak? |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
KK bos akan diraikan makan2 sembang di Istana nanti
dan akan turut ikut PMx jalan2 cari makan di luar negara mcm dulu2. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tak boikot ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Bos KK mungkin akan dijemput makan asam pedas dgn payung kuning jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Alah melayu pun rmi mkn restoran x de logo halal kat klcc n mn2 mall. Selera melayu da aneh2 skrg terutama perempuan melayu bertudung. Nk mkn mcm2.
Mcm laki makan roti canai kosong kat restoran mamak pun da kira 5 star dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat oversi tu di mana? serius nak tau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bunnyj3lly at 14-1-2025 12:17 AM
Hahaha. Kann.. ham ni memang exclusive utk babi. Datang market majoriti muslim, tiba-tiba wujud chicken ham. Pelik kenapa sebelum ni tiada yg bersuara pasal perkataan ham ni.
Konsep dia sama macam bak kut teh. Kenapa boleh ada halal bak kut teh sedangkan original dish guna babi. Yes, I paham Bak = daging. Can also means other type of meat. Tapi dalam dunia kulinari cina, bak kut teh memang guna babi je. Kulinari cina muslim nk buat bak kut teh guna ayam, tiada masalah, tukar jela nama jd chic kut teh. Apehal nak guna nama sama dgn makanan haram?
Kalau guna soju halal maroh pulokkk.. |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 13-1-2025 07:49 PM
Sedangkan kat oversi pon musti sebut "chicken" bersama2 "ham" tang label. Kalo ham je semate hanye ...
Siput khinzir.
kutu khinzir.
lama dlu pernah keja kt hotel...kita memang ada buat 'ham & cheese sandwich'....tp 'ham' memang pakai kepingan ayam la....benda ni..sekadar amik 'nama' jer sebenarnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
kambing hitam sedang dikesa....kambing hitam sedang dikesan |
|
|
|
|
|
|
|
KK mart mendonia lagi????
Sandwich ham mendonia???????? |
|
|
|
|
|
|
|
yep... aku jeling dalam tu jugak muka pelik... dia kalih mata....
alah.... masuk je "cafe" famous tu pun, selamba melayu sekeluarga minum arak open... member nonmuslim pulak terkejut mesej tanya aku....
jadi kita kena maklumkan pada kawan2 non muslim, melayu dan muslim tu perkara berbeza, agar dorang pun tak keliru... melayu tak semestinya muslim...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|