View: 2515|Reply: 1
|
bridgestone: turanza AR10
[Copy link]
|
|
Turanza AR10 lebih mencengkam
Oleh Mohd Razlan Salleh
SENYAP, selesa dan selamat. Itulah gambaran penulis selepas menguji tayar terbaru keluaran Bridgestone, Turanza AR10, di Bangkok, baru-baru ini.
Pengeluar tayar nombor satu di Jepun itu menepati ciri pemanduan dan muka bumi serta keadaan suhu di Asia Tenggara.
Pada ujian itu, Bridgestone menyediakan empat jentera Honda Civic, dua daripadanya dilengkapi dengan Turanza AR10 manakala dua jentera lagi dengan tayar sebelumnya, Turanza ER60.
Ia bagi melihat perbezaan tayar terbaru itu.
Hasilnya, Turanza AR10 lebih mudah dikawal ketika melalui selekoh tajam dengan keadaan jalan basah pada kelajuan tinggi.
Ujian pada permukaan tidak rata juga menunjukkan tayar terbaru itu lebih senyap dan menyerap setiap lekukan jalan dengan baik sehingga kurang dirasai pemandu.
Penggunaan agen Particle Z yang menggantikan silikon meningkatkan tahap geseran tayar dengan jalan walaupun ketika keadaan basah.
Ini mewujudkan pemanduan lebih stabil di mana permukaan tayar menjadi lebih lebar setiap kali mengambil selekoh atau mengharungi jalan basah.
Selain itu, penggunaan agen AQ Compound II menjadikan tayar lebih mencengkam walaupun dalam keadaan bunga tayar semakin menipis.
Corak bunga juga memainkan peranan apabila hasil kejuruteraan Bridgestone menjadikan ia lebih senyap berbanding Turanza ER60.
Penggunaan Turanza AR10 pada permukaan jalan kering amat mengagumkan apabila kenderaan lebih mudah dikawal ketika mengelak halangan kon.
Didatangkan dengan saiz 175/70 R13 hingga ke 215/55 R16, Turanza AR10 direka untuk kenderaan sedan seperti Honda Civic, Toyota Altis, Vios, Proton Waja, Hyundai Accent, Kia Spectra dan sekelas dengannya
aku masih guna goodyear... tak tau lak kalu turanza ar10 ni lebih baguih |
|
|
|
|
|
|
| |
|