View: 8361|Reply: 91
|
RENUNGKAN - Kalau Bercinta dengan SUAMI ORANG
[Copy link]
|
|
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua... khususnya wanita. Saya dapati sekarang ramai anak gadis terjerumus mencintai suami orang. Didalam cari.com.my sendiri, saya tengok ada yang terjerumus mencintai suami orang. Semoga dengan artikel, topik ini dapat memberi panduan dan ilmu dalam berfikir.
1. DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
1001 Tip dari www.istimewa2u.blogspot.com
Peluang memenangi Pakej Percutian Ke SWITZERLAND dari DiGi. 4 Pemenang setiap Minggu dan setiap pemenang boleh mengundang 11 orang untuk ke Switzerland. Rebut peluang sekarang, Untuk Maklumat lanjut KLIK DISINI
[ Last edited by MUZRI at 2-6-2008 06:03 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 MUZRI's post
betol tue... memang tepat sekali... kepada sesiapa yang terasa harap berubah! |
|
|
|
|
|
|
|
mmg la betul smue 2..... |
|
|
|
|
|
|
|
tuh la kan ramai lagi anak teruna.. saya pun teruna lagi ni.. duk cari suami org buat apa.. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
kita manusia sering melihat negativiti tp bila dihidangkan realiti disebalik negativiti semua terkunci ..... last2 NO KOMEN.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by muhd009 at 27-5-2008 09:55 AM
erm..btoi2..hm..
heheh.. mohd bujang la ke.. muhd ada ni.. banyak pilihan lg |
|
|
|
|
|
|
|
lazimnya masyarakat menuding jari pada wanita yg involved dgn laki org ...
tp xde yg akan mskodeng kesilapan ISTERI ORG yg DIKATAKAN DIRAMPAS kasih syg dek pompuan lain...
aku terkadang tertanya...
apakah kerna mrk bertitle isteri maka mrk KEBAL dr dituding kesalahan
maka WANITA PERAMPAS menanggung beban kesilapan ISTERI YG KUHNUN MITHALI?
(cian kat dia org) |
|
|
|
|
|
|
|
btoi tu...xda stu pon slh...so beware sume... |
|
|
|
|
|
|
|
meletakkan hukuman tanpa timbang tara adalah satu dosa besar |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by panda_comel at 27-5-2008 09:00 AM
Takde maknanya... ko masih teruna sbb tu berani buat statement ni...
Tunggu la sampai umur ko dh cecah 40 nanti... ntah2 blum capai 40 pun dgn mengusha anak dara org!!
Btw lelaki2 bu ...
Awek check ada pelbagai penyakit.. harungi bersama. nak melahirkan anak boleh, tapi risiko 95% terlalu tinggi. tidak kira comel atau tidak, atau perempuan yang ada masalah tau tidak.. sebagai seorang lelaki kita yang membimbing mereka, memberi semangat dan saling memberi kekuatan dalam membina hubungan. atas penilaian masing2, setiap orang ada keinginan ada minat yang berlainan. Jodoh pertemuan mmg Allah dah tetapkan, kita hanya boleh merancang, menilai, memilih |
|
|
|
|
|
|
|
up sikittt |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 panda_comel's post
kalau camtu, aku simpulkan mentaliti dan kekuatan dalaman seorang lelaki bila dah berkahwin bukan saja rendah malah lemah, boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 hardeyboyz's post
aku bercakap berdasarkan apa yang encik panda cakap dalam thread ni dan thread lepas
dia cakap kat atas, kalau dah kawen, macam benda biasa nak usha anak dara orang, macam benda biasa ada hati nak kawin lagi, so tak ke lemah dan mentaliti rendah kalau camtu? tak boleh kawal nasfu = lemah. asyik ingat nak usha anak dara orang = mentaliti rendah. Ni dah umo 40 bawak bawak la tobat, kumpul duit gi haji, bagi anak semua berjaya masuk universiti terbaik sedunia, bukan sibuk usha budak yang sebaya anak
but then again, i wouldnt be surprised if you agree on him |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|