CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4116|Reply: 25

sekadar berbincang...

[Copy link]
Post time 30-5-2008 02:18 PM | Show all posts |Read mode
minta maaf la kalau topik ni tak patut dibincangkan disini....tapi aku tak kira....hehehe

aku baru menghabiskan satu novel karya khalid hosseini a thousand splendid suns

secara ringkasnya....

novel ni mengisahkan 2 watak utama, mariam dan laila...dan mengambil tempat di afghanistan sepanjang tahun 80-an dan awal 2000

mariam ialah anak luar nikah dan dia tinggal bersama dengan ibunya, nana di sebuah kolba (mungkin sebuah rumah yang dibina dari lumpur)..bapanya, jalil ialah seorang yang kaya dan tinggal di bandar bersama 3 orang isterinya yang lain anak-anaknya....ibu mariam adalah orang gaji di rumah jalil....tapi jalil selalu datang menjenguk mariam...dan mariam sangat suka bila jalil datang....satu hari mariam telah berjalan kaki ke rumah jalil...tapi sampai di sana, jalil taknak menerima kedatangan mariam..mariam menunggu sampai tertidur di luar rumah jalil sampai la driver jalil menghantar mariam kembali ke rumahnya.....sampai di rumah mariam lihat ibunya menggantung diri....

jadi jalil telah menjemput mariam untuk tinggal bersama, tetapi akhirnya mariam dipaksa kahwin dengan seorang tukang kasut yang kematian isteri dan anak lelaki...mariam sangat sedih kerana jalil semacam tak mau menerima dia...di ikut rasheed, suaminya ke kabul....rasheed adalah seorang yang agak tua dan mariam pada ketika itu berumur 15 tahun...mereka hampir dikurniakan anak, (anak lelaki) tetapi malang menimpa kerana mariam keguguran....dan rasheed sangat kecewa dan semenjak kejadian itu, mariam diperlakukan secara ganas....hanya akibat keguguran...

laila pula adalah seorang perempuan kepada seorang cikgu dan surirumah....tetapi semasa penjajahan soviet bapanya terpaksa bekerja di kilang roti...bagaimana susah sekalipun bapa laila tetap menyuruh anaknya ke sekolah...laila ada dua orang abang yang pergi berjuang menentang soviet...ibu laila, fariba sangat sedih lalu menjadi seorang yang murung, dan selalu berkurung di dalam bilik....jadi laila mengambil alih kerja-kerja di rumah...laila suka seorang budak bernama tariq....selepas soviet meyerah diri, keadaan semakin teruk memaksa ramai orang berpindah termasuk tariq dan kawan2 laila yang lain....bapa laila memaksa mereka berpindah tetapi ibu laila keberatan...namun setelah dipujuk dan keadaan yang sangat tidak selamat, akhirnya ibu laila setuju....namun tragedi menimpa apabila bom telah jatuh ke atas rumah laila dan meragut nyawa ibu bapanya...

rasheed menyelamatkan laila...dan membawanya tinggal bersama....dan disebabkan keadaan yang memaksa...laila bernikah dengan rasheed....laila terpaksa berbuat demikian kerana dia telah mengandung akibat keterlanjuranya dengan tariq...rasheed sangat gembira bila tau laila mengandung....tetapi nasib laila sama dengan nasib mariam apabila anak yang lahir ialah anak perempuan bernama aziza....selepas aziza, laila melahirkan anak lelaki bernama zalmai....

ok....perbincangannya di sini kenapa jalil sanggup meninggalkan nana dan mariam di rumah lumpur tersebut....kenapa dia tak mau menerima mariam setelah ibunya meninggal....

...kenapa rasheed berkehendakkan sangat anak lelaki...apa istimewanya lelaki sampai rashhed sanggup berlaku kejam terhadap mariam (sebab telah keguguran) dan laila kerana anak yang lahir adalah perempuan....adakah perkara seperti itu masih lagi berlaku sekarang....

ni bukan batlle of the sexes...sekadar berbincang...



sila beri pendapat anda....

bersambung....

[ Last edited by  nevberg at 30-5-2008 02:20 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2008 02:26 PM | Show all posts
ini berkait dengan tribal/cultural prejudices yang memang sudah berkarat berkulat dalam masyarakat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 03:07 PM | Show all posts
rajinnya taip.berpino bijik mata membaca.tapi best.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2008 04:55 PM | Show all posts

Reply #2 Gemukkkkkkk's post

pada ko adakah ia berkaitan dengan taraf pendidikan jugak?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 09:15 AM | Show all posts
hai laila..

ada sedikit persamaan dengan zaman jahiliah dulu cuma anak perempuan tersebut tak dibunuh...di afghanistan mungkin mengamalkan lagi sistem ni..anak lelaki mungkn menjadi harapan untuk menyara keluarga bila besar tapi anak pompuan bila dah besar akan kawin dan mengikut suami..jadi mungkin pada pendapat diorang dah penat jaga dari kecik sampai besar lepas tu ikut suami..apa2 pun memang tak patut diorang buat camni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 10:28 AM | Show all posts
sedey btoi kehidupan gini....ade gak sket2 same cam zaman zahiliah dlu,kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2008 11:37 AM | Show all posts

Balas #4 nevberg\ catat

ia.  taraf pendidikan mainkan peranan.  biasanya, lebih tinggi pendidikan seseorang, lebih terbuka, aktif dan rajin belajar banyak perkara selain ilmu pendidikan saja.  ini akan cetuskan rasa ingin tahu, buat perbandingan dan kemudiannya capai kesedaran, tentang kepincangan dalam masyarakatnya.  harapnya, ini akan wujudkan tindakan untuk mengubah apa yang patut.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 11:39 AM | Show all posts
hmm, berharga sungguh anak lelaki ni

mcm family aku pon, mak aku tuh sayang sgt2 kt abg aku tuh

mungkin sbb he's the only son ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2008 11:46 AM | Show all posts
tak tentu jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 11:48 AM | Show all posts
dak ker jeles
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 12:20 PM | Show all posts

Reply #10 neeziee's post

mmg la aku jeles

dulu kalo ada abah, aku yg paling arwah abah syg
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2008 01:56 PM | Show all posts

Reply #11 dak_ker's post

adik ko sape sayang?owh..laki dia la ye tak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2008 10:26 AM | Show all posts

Reply #5 valkries's post

pada aku pun tak patut diaorang amalkan amalam macam ni....pada aku lelaki atau perempuan adalah amanah Allah...jadi tak kira anak laki atau perempuan tak patut ada pilih kasih dan diskriminasi. aku rasa anak perempuan pun boleh menyara keluarga kalau mereka tahu tanggungjawab mereka....

aku tak dapat bayangkan kalau amalam tu ada kat malaysia...sure semua adik beradik aku ayah aku tak hiraukan sebab kami semua perempuan...tapi syukur la tak begitu keadaannya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2008 10:41 AM | Show all posts
dalam cerita ni jugak memang nampak diskrimasi anak...aziza dipaksa ke rumah anak yatim sebab nak mengurangkan kos hidup tapi zalmai boleh tinggal dalma rumah...

even tv pun rashhed beli hanya untuk zalmai....maknanya zalmai boleh sesuka hati hendak tengok cerita apa...

sangat tragis kehidupan wanita di dalam rumah tersebut...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2008 11:05 AM | Show all posts

sambungan

ok ni sambungan lagi...

selepas beberapa tahun, tariq muncul kembali..laila yang menyangka tariq sudah mati merasa terkejut dengan kehadiran tariq...semasa ketiadaan rasheed laila menjemput rasheed ke rumah dan mereka berdua berbual di bawah manakala zalmai dan mariam di atas...

malamnya, zalmai bercerita kepada rasheed....dan malam itu rasheed sangat marah dan terjadilah satu tragedi...zalmai dikunci di dalam bilik di atas....manakala mariam dan laila di belasah dibawah...ketika laila hampir dicekik dan hampir mati, mariam keluar rumah dan mengambil penyodok lalu membunuh rasheed...kemudian mereka menyembunyikan mayatnya di dalam bangsal...dan malam itu juga mariam menyuruh laila menyelamatkan diri...manakala mariam tinggal dan sanggup menerima hukuman...dan hukuman yang diterima mariam ialah hukuman tembak...pada zaman itu yang berkuasa di afghanistan ialah taliban.

dan laila berpindah ke pakistan mengikut tariq bersama aziza dan zalmai...dan di sana mereka berkahwin dan hidup sebagai sebuah keluarga...

perbincangan:
adakah patut tindakan mariam tersebut...mungkin akibat ingin menyelamatkan nyawa orang lain dia terpaksa membunuh suaminya sendiri. yang ini aku nak mintak pandangan perempuan di sini.

kenapa rasheed sanggup bertindak demikian...mungkin laila pun bersalah dalam hal ini tetapi mungkin takut rasheed marah maka dia berjumpa tariq ketika rasheed kerana laila tahu sifat rasheed yang panas baran.

rasheed pula sebagai suami petutnya membimbing dan menjaga dan bukannya membelasah mereka atas sebab yang tak rasional.

terima kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 11:09 AM | Show all posts
kejap ye nak baca:







iklan:

Skipper Ricky Ponting shows them how it's done. Australia captain Ricky Ponting hits a shot during the Cricket World Cup final match between Australia and Sri Lanka at the Kensington Oval in Bridgetown, Barbados.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2008 11:21 AM | Show all posts
apa boleh buat.  membunuh tetap salah.  dan galang-ganti, nyawa dia.  itu undang-undang.  pasal sejarah hidup mariam, itu boleh dijadikan sebab untuk tuntut cerai dan hidup sendiri.  jika hidup dalam masyarakat lain la.  malangnya, masyarakat sana memang kuat amalan kaum dan budaya ayng disalah-tafsirkan sebagai undang-undang islam demi kepentingan sendiri.

sewajarnya laila berjumpa tariq di luar dan bertemankan mariam, untuk elakkan fitnah.  namun, sekali lagi, mereka terkongkong dengan norma kejam masyarakat diorang sendiri.  jumpa kat luar, salah.  jumpa kat rumah, salah.  biarpun ada pihak ketiga temankan diorang.

rasheed hanyalah seorang lelaki yang kolot dan masih terperangkap dalam masyarakat yang patriachal in nature.  tambahan pula, amalan kaum dan budaya yang terpesong amat kuat menular dalam masyarakat mereka.  tapi rasheed tidak boleh dikatakan tidak bersalah.  dia amat bersalah.  kerana jika dia hayati islam yang sebenarnya, semua ini tak akan terjadi.
elok la dia mati.  lagi cepat dia mengadap Tuhan dan sedar tang mana taraf 'kelakian' dia tu di sisi Tuhan.  (kalau ini cerita betul la ye)...  







promosi:

the trademark technique (look at the way the ball is gripped)
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 11:45 AM | Show all posts
oh kira happy ending gak ye citer ni...tapi apa maksud a thousand splendid sun dalam citer ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2008 01:18 PM | Show all posts

Reply #17 Gemukkkkkkk's post

memang diaorang terperangkap dalam undang-undang masa tu...sebenarnya laila dan mariam ada merancang untuk melarikan diri ke pakistan tapi disebabkan mereka takde mahram, jadi mereka ditangkap oleh taliban dan dihantar kembali ke rumah...di rumah mereka dibelasah oleh rasheed...sangat kejam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2008 01:28 PM | Show all posts

Reply #18 valkries's post

actually tajuk buku ni mengikut kata penulisnya diambil dari salah satu tajuk puisi oleh salah seorang pemuisi afghanistan..tapi kalau ikutkan sesuai la dengan cerita.

buku ni memang happy ending....pada aku selepas banyak kesusahan yang dialami tak salah kalau hasilnya bahagia sebab mereka ni semua mencari kebahagian walaupun melalui saat- saat yang susah....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.164905 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list