CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3190|Reply: 5

Suzuki Bandit 1250

[Copy link]
Post time 31-5-2008 09:21 AM | Show all posts |Read mode
Suzuki Bandit 1250 - Antara terlaris
Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR


Ekstra kuasa Bandit dimantapkan menerusi sistem suntikan elektronik yang dikenali sebagai Suzuki Dual Throttle Valve.


BANDIT dibangunkan dengan pelbagai variasi enjin
untuk golongan pengguna yang pelbagai.

MOTOSIKAL yang diasaskan daripada idea untuk tunggangan sempurna dengan gabungan kuasa dan praktikaliti. Suzuki Bandit masih merupakan rangkaian motosikal jalanan buatan Jepun yang kompetitif pasarannya sehingga ke hari ini.

Faktor yang menjadikan jentera ini begitu laris ialah matlamatnya dibina untuk pasaran yang pelbagai, daripada penunggang amatur yang baru hendak berjinak-jinak dengan motosikal berkuasa tinggi, hingga ke penunggang pakar yang boleh juga menjadikan Bandit sebagai komuter harian dengan menyimpan koleksi GSX-R atau Hayabusa sebagai jentera pada hujung minggu.

Seperti juga ikonik pada namanya, Bandit berjaya mencuri tumpuan industri motosikal dengan sebuah motosikal yang berkonsepkan mesra penunggang.

Model ini telah direka daripada enjin sekecil 400cc hingga ke 1200cc dengan pelbagai variasi. Model tahun 2008 ini telah diperbaharui dengan drastik menggantikan model yang terkenal dengan kerangka tiub yang digunakan sebelum ini.

Bandit baru ini juga didatangkan dengan opsyen sistem ABS di mana jurutera Suzuki juga sedar, kadangkala rangkaian motosikal ini juga dimiliki oleh mereka yang gemarkan kelajuan.

Jumlah keseluruhan sesaran yang dihasilkan nadi penggerak Bandit 1250 ini ialah 1255cc. Ia dicapai menerusi gandingan kebuk pembakaran 79mm X 64mm. Kepala silindernya pula menampilkan injap ekzos bersaiz 31mm dan injap pengambil 27mm.
Sudut-sudut injap ini diletakkan mengiring pada kedudukan 16 darjah, lantas menghasilkan kombinasi enjin yang mantap, ditambah dengan pengimbal balas yang rutinnya berjaya mengurangkan tahap gegaran pada motosikal jenis ini.

Ekstra kuasa Bandit dimantapkan menerusi sistem suntikan elektronik yang dikenali sebagai Suzuki Dual Throttle Valve yang melibatkan badan pendikit berkembar 36mm untuk prestasi optimum dan pengaliran kuasa yang lancar.
Bukan itu sahaja, enjin baru ini dibina lebih kompak dengan rantai aci di tengah, shaft transmisi yang diperkuatkan, ruang yang minimum di antara pasangan silinder dan pengimbangbalas kedua untuk meminimumkan tahap getaran pada apa juga tahap putaran enjin.

Motosikal ini juga antara yang terawal dalam industri yang menepati piawaian tahap pencemaran Euro 3. Ia diperoleh menerusi penggunaan sistem pengurusan enjin yang lebih sensitif, sistem Suzuki PAIR, sensor oksigen dan Pengawal Tahap Melahu Elektronik (ISC) yang paling terkini.

Dari segi pengendaliannya pula, Suzuki masih percaya dengan kombinasi faktor praktikal dan ekonomikal. Menghasilkan sebuah motosikal mampu milik bermakna, kadangkala teknologi konvensional terpaksa digunakan.

Walaupun terdapat ura-ura untuk menghasilkan kerangka yang lebih ringan dengan material baru, akhirnya jenis tiub juga yang menjadi pilihan. Antara faktornya ialah tema dan identiti Bandit yang sukar untuk diubah (sama seperti Ducati siri Monster). Namun, tiub-tiub ini telah diperkuatkan di bahagian yang menampung graviti.

Bagi mendapatkan kejituan pengendalian dan keselamatan untuk era moden, Suzuki telah memasang sistem ABS pada brek motosikal ini.

ABS ini dipasang kemas pada cakera berkembar hadapan 310mm. Sementara cakera belakangnya bersaiz 240mm. Sistem suspensinya pula menggabungkan fork 43mm hadapan dengan pelaras pra bebanan untuk suspensi belakang. Ia memudahkan pelarasan untuk tunggangan dengan atau tanpa pembonceng.

Bandit model 1250S pula kelihatan lebih moden apabila dipasangkan fairing separuh badan yang menutup bahagian lampu utama hadapan. Penghadang angin hadapan walaupun kelihatan agak tirus, ia sebenarnya banyak membantu aspek aerodinamik motosikal ini yang terbukti dalam siri ujian yang dijalankan.

Sehingga hari ini, Bandit kekal sebagai antara motosikal kegemaran penunggang seluruh dunia dengan pakej prestasi, stail dan nilai yang tiada bandingan.




lawa moto ni.. 1255cc pada aku sederhana ler tu... tapi aku tgk model dia mmg best lak..!!

[ Last edited by  amazed at 31-5-2008 06:47 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2008 09:50 AM | Show all posts
..................kewl!..................
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2008 10:22 AM | Show all posts
naked gak?
huhuh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2008 01:00 PM | Show all posts
tapi kalo naked mcm lampu bulat baru besh aje..tapi 1250 tuh...adoi..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2008 02:03 PM | Show all posts

Reply #4 t0m's post

tukar ngan FZ150i la..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2008 03:50 PM | Show all posts

monster

huhu..aku rase ducati monster tetap manjadi pojaan hatiku...kuikui
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.056493 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list