View: 7951|Reply: 28
|
tembikai JUMBO hitam densuke lelong ~RM20K
[Copy link]
|
|
Tembikai Densuke dilelong RM19,877
TOKYO 6 Jun - Sebiji tembikai hitam berjaya dilelong pada harga 650,000 yen (RM19,877) hari ini, menjadikannya tembikai Densuke paling mahal pernah dijual di negara ini atau mungkin di dunia.
Tembikai seberat lapan kilogram itu hanya boleh hidup subur dan didapati di Pulau Hokkaido, utara Jepun.
Menurut agensi berita Kyodo, tembikai tersebut dibeli oleh seorang pengedar produk marin yang menegaskan tindakannya itu sebagai sokongan terhadap industri pertanian tempatan.
Tembikai lazimnya dianggap sebagai hidangan mewah di Jepun dan selalunya dijadikan sebagai hadiah atau buah tangan istimewa ketika mengunjungi keluarga atau sahabat baik.
Pada bulan lalu, dua biji tembikai jenis Yubari berjaya dilelong pada harga 2.5 juta yen (RM76,571 ribu) dan turut mengejutkan penduduk Jepun.
Jurucakap syarikat Kerjasama Pertanian Tohma di Hokkaido, Kazuyoshi Ohira berkata, pihaknya menganggarkan sekitar 9,000 tembikai Densuke akan berada di pasaran pada tahun ini.
Cuaca panas di luar musim yang berlaku pada April dan Mei lalu telah meningkatkan kandungan gula dan kualiti tembikai Densuke kali ini.
Lazimnya tembikai jenis itu boleh dibeli pada harga antara 20,000 yen dan 30,000 yen (antara RM612 dan RM922) sebiji.
- AP
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
first time aku tau ada lak temikai itam... yg aku tau kunen dan merah.. mungkin kaler luar aje itam kot.. tapi nampak cam ijo pekat... ke isi itam? apa pun.. kalu tuan punye temikai ni ada 50 temikai camni... millionaire ler ... kayoo pokcik...
6 de junio de 2008, 10h14 A black jumbo watermelon produced in Japan's northern island of Hokkaido is on sale for 630,000 yen (US$ 5,945) at Tokyo's Isetan department store Friday, June 6, 2008 shortly after being flown into Tokyo, some 500 miles south of Hokkaido, following its bidding earlier in the day. The 24-pounder (11 kilograms) premium Densuke is the biggest among the first of 65 sold as part of the season's initial harvest and another Densuke that weighs 17-pound (8-kilogram) has fetched a record 650,000 yen ($6,100), making it the most expensive watermelon ever sold in the country - and possibly the world. (AP Photo/Tomoko A. Hosaka)
[ Last edited by amazed at 7-6-2008 09:38 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Mahal nak mampoos... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 demonagirl6's post
aku nak tahu gak isi dia camner... kalu dia belah tunjukkan kan besh!! |
|
|
|
|
|
|
|
Nih aku jumpa kat internet...
Ni namanya Black Everglade Hybrid
it has no seeds..
it has a black smooth rind
and it looks like a bowling bowl
http://www.parkseed.com/webapp/wcs/stores/servlet/StoreCatalogDisplay?storeId=10101&catalogId=10101&langId=-1&mainPage=prod2working&ItemId=5494&cid=pblog0001
Ni pulak black diamond watermelon
Source :
http://www.seedfest.co.uk/seeds/watermelons/watermelons.html
[ Last edited by demonagirl6 at 7-6-2008 01:24 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
baru lepas masuk berita td |
|
|
|
|
|
|
|
mang aih... pas nie nak kene tanam nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
sape ade benih tembikai ni
mehla PM aku
ley aku jual pasni |
|
|
|
|
|
|
|
mesti rasa tembikai golap ni lagi sedap dari tembikai biasa jer....;) |
|
|
|
|
|
|
|
Tembikai jumbo RM19,876
Buah 8 kilogram paling mahal di Jepun hasil keluaran Hokkaido
TOKYO: Sebiji tembikai hitam bersaiz jumbo yang dilelong di utara Jepun mencatat rekod jualan 650,000 yen (RM19,876) semalam, menjadikannya tembikai termahal pernah dijual di negara ini dan mungkin di dunia.
Tembikai premium 'Densuke' seberat lapan kilogram itu hanya ditanam di pulau utara Hokkaido, dibeli oleh pengedar produk marin yang berkata beliau mahu menyokong pertanian tempatan, menurut agensi Kyodo News.
Di negara di mana tembikai dianggap sesuatu yang mewah dan biasanya diberi sebagai hadiah, harga mahal buah itu diikuti lelongan luar biasa bulan lalu di mana dua biji cantaloupe 'Yubari' dijual pada harga rekod 2.5 juta yen (RM76,577).
Namun bagi tembikai itu, kejayaan lelongan semalam mengejutkan veteran pasaran buah mahal itu.
"Ia adalah harga tertinggi tercatat dalam rekod tembikai Densuke, dan mungkin juga tertinggi bagi mana-mana buah tembikai pernah dijual dalam sejarah Jepun," kata Kazuyoshi Ohira, jurucakap bagi Koperasi Pertanian Tohma di Hokkaido.
Tembikai itu adalah yang pertama daripada 65 biji yang dijual sebagai sebahagian tuaian awal musim dan satu daripada 9,000 buah yang dijangka dituai sepanjang tahun. Cuaca panas pada April dan Mei membantu meningkatkan kandungan gula dan kualiti keseluruhan tembikai itu tahun ini, kata Ohira.
Tembikai Densuke lain tidaklah semahal harga itu dengan kebanyakannya dijual di pusat beli-belah dan pasar raya dengan harga 20,000 yen hingga 30,000 yen (RM613 hingga RM922), kata Ohira.
Apa yang menjadikan harga sebiji tembikai berharga AS$200 (RM651), malah mencapai AS$6,000 (RM19,552)?
Kulit luar berwarna hitam yang luar biasa, kata Ohira. Di dalamnya, buah tembikai itu rangup dan keras selain rasa yang tiada taranya.
"Ia sememangnya tembikai tetapi bukan sama. Ia mempunyai tahap kemanisan yang berbeza," katanya. � AP |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 demonagirl6's post
tu black everglad hybrid tu sama ke ngan densuke tu.. kaler mmg hitam.. nama lain pulok.. |
|
|
|
|
|
|
|
mahalnya.. org kaya raya je boleh beli |
|
|
|
|
|
|
|
huish...mahalnya..camner la rupa dan tahap kemanisan tembikai nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
mahal gile...
tp nmpk sedap...
hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amazed at 7-6-2008 09:31 PM
tu black everglad hybrid tu sama ke ngan densuke tu.. kaler mmg hitam.. nama lain pulok..
hybrid tuh campo...
maybe dlm densuke nyer ada bijik kat dlm kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Hey I found it!
Cam tuh la rupa isi dlm dia..
|
|
|
|
|
|
|
|
oooooo...nice....makan tengah2 hari time panas sedap nie...sambil berbaring atas pangkin di bawah payungan pokok rambutan... |
|
|
|
|
|
|
|
bli2 mahal kalo utk makan, x brbaloi. buat hiasan brape lama leh tahan? |
|
|
|
|
|
|
|
huiksh...mahal giler tu...bole beli keta 2nd tu..
mana2 yang pegnan tu jgn baca yer...kang mengidam payah gak tu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|