|
aku nk tanya sket la pasal news ni....aku ni pengguna kelisa batch pertama..kira kelisa keluar..aku la org gedik p beli... kt dlm artikel ni dia kata percuma utk kira-kira 476,000 kenderaan yang dikeluarkan sebelum 1995 akan terbabit dalam usaha berkenaan, iaitu Perodua Kelisa (28,000), Perodua Kancil (141,000), Perodua Kenari (33,000) dan Proton Iswara/Saga/Gen 2 (150,000), Naza (30,000) dan jenis lain (20,000).
tp kelisa batch pertama keluar 2001 x salah aku....bukannya sebelum 1995..abes aku ni layak ke tak arr....
Tali pinggang belakang percuma tahun depan
PENGUATKUASAAN pemakaian tali pinggang belakang akan dilaksanakan awal tahun depan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Kira-kira 479,000 kereta yang didaftarkan sebelum 1995 dijangka mendapat pemasangan percuma tali pinggang keledar tempat duduk belakang bermula awal tahun depan sehingga pertengahan 2010, di bawah program penajaan yang dimulakan oleh kerajaan.
Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat berkata, setiap pemasangan membabitkan kos purata sehingga RM80 dan kos purata untuk satu set tiga tali pinggang keledar tempat duduk belakang ialah RM100, bagaimanapun kos keseluruhan akan ditanggung oleh pengeluar atau menerusi tajaan oleh warga korporat.
Pemilik kereta hanya perlu membawa kereta mereka ke bengkel terpilih yang dilantik oleh pengeluar untuk memasangnya.
Tee Keat berkata, kira-kira 476,000 kenderaan yang dikeluarkan sebelum 1995 akan terbabit dalam usaha berkenaan, iaitu Perodua Kelisa (28,000), Perodua Kancil (141,000), Perodua Kenari (33,000) dan Proton Iswara/Saga/Gen 2 (150,000), Naza (30,000) dan jenis lain (20,000).
"Berapakah tajaan yang kami peroleh sehingga kini untuk program itu? Kami akan beritahu apabila kami umumkan rakan kerja kami dan apabila kami memeterai MoU berasingan dengan mereka," katanya di sini.
Tee Keat berkata, pemilik kereta boleh memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang secara percuma dengan pengeluar asal di bengkel terpilih dan pengeluar terbabit dijangka mengumumkan pelan tindakan mereka tidak lama lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon konpius........ gentu 1995 mana ujud lagik,
tp takper....... tunggu jer pengumuman dri pengeluar sendirik |
|
|
|
|
|
|
|
berita tu mmg mengkonpius kan org la...
dh call perodua..derang pun tatau lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku punye kancil tahun 2000 pon manade seat belt belakang....apsal tak dapat pree ek? |
|
|
|
|
|
|
|
tak logik....Gen.2 pun ada yg takde seatbelt ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 QAX's post
yg heran kancil kawan aku tahun 1996 ke 1998, ada plak seat belt..kt belakang. |
|
|
|
|
|
|
|
kancil 2000 free la ek? hurmm.. bila nak open utk buat nih?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mas916 at 18-6-2008 10:26 AM
yg heran kancil kawan aku tahun 1996 ke 1998, ada plak seat belt..kt belakang.
rasanya bergantung pada model kot...660, 850, EX, EZ,... |
|
|
|
|
|
|
|
Nie lagi satu cadangan bangang dari pak menteri........
Reporter pun turut sama bangangnyer.......... taip tak pakai otak....
Mana ada barang pree kat Mesia ni..... suma kene bayor la....
Stok duit tu maner nak cari untuk bayar kos2 kat bengkel tu? Last2 amik duit rakyat jugak... Pree ka?
Agak2 korang dalam amaun yang diperuntukkan untuk seatbelt 'pree' tu... brapa percent jer sampai kat bengkel........yang lebih2 tu...poket sini jugak isi........
Lepaih nie, anak aku yang umuq 2 tahun pun kene pakai seatbelt jugak la..... |
|
|
|
|
|
|
|
akunyer Iswara tahun 2000...mmg dah ada rear seat belt tu....tp aku masukkan bawah seat...nampa gayanya..kene bukak balik .. |
|
|
|
|
|
|
|
uiskk
b4 1995??? gilo ko? :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 viper_2803's post
mungkin jugak la...dia nyer kancil EZ. |
|
|
|
|
|
|
|
Wajib pakai tali pinggang belakang 2009
PUTRAJAYA 17 Jun - Pemandu kenderaan tidak akan disaman jika penumpang keempat dan seterusnya tidak memakai tali pinggang keledar tempat duduk belakang apabila peraturan pemakaiannya dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009.
Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat berkata, ini kerana setiap kenderaan hanya menyediakan tiga tali pinggang keledar di bahagian belakang seperti diwajibkan oleh kerajaan.
"Kita tetap prihatin dengan kes sebegini kerana bagi keluarga besar yang mempunyai anak ramai, mungkin kenderaan itu sahajalah yang mampu dimiliki, kita memahaminya. |
|
|
|
|
|
|
|
227,000 pemilik Proton dapat tali pinggang percuma
KERATAN Kosmo! semalam.
PUTRAJAYA - Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) akan menyediakan pemasangan tali pinggang keledar belakang percuma kepada 227,000 pemilik kereta keluaran mereka iaitu bagi model Saga, Iswara dan Gen2 yang masih belum dilengkapi dengan alat keselamatan itu.
Menurut Pengarah Urusan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, pemasangan percuma itu akan dilakukan terhadap 144,000 unit bagi model Saga, Iswara manakala termasuk 83,000 bagi model Gen2.
Beliau berkata, persetujuan Proton untuk memasang tali pinggang keledar belakang secara percuma itu ialah sebagai tanda komitmen syarikat itu terhadap keselamatan jalan raya.
"Semua kereta tersebut perlu dihantar ke pusat-pusat servis Proton yang berjumlah 384 buah di seluruh negara untuk tujuan pemasangan tali pinggang keledar itu.
"Pemilik kenderaan terbabit perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi membolehkan pemasangan itu dilakukan dengan lancar," katanya pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Proton Berhad bagi program berasaskan komuniti untuk keselamatan automotif di sini semalam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|