CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2047|Reply: 1

Hyundai Coupe FX

[Copy link]
Post time 26-8-2008 07:06 PM | Show all posts |Read mode
Hyundai Coupe FX beri kepuasan
Oleh Mohd Razlan Salleh



MEMANDU uji kenderaan versi Coupe memang sentiasa dinanti-nantikan dan ia tercapai selepas mendapat panggilan daripada Hyundai Sime-Darby Motors yang menawarkan model terbarunya, Hyundai Coupe FX untuk dipandu uji.

MEMANDU uji kenderaan versi Coupe memang sentiasa dinanti-nantikan dan ia tercapai selepas mendapat panggilan daripada Hyundai Sime-Darby Motors yang menawarkan model terbarunya, Hyundai Coupe FX untuk dipandu uji.

Pertama kali melihat fizikalnya yang seakan kereta sport buatan Eropah, penulis yakin kenderaan ini mampu memberi kepuasan kepada pemiliknya.

Daripada sudut luaran, jelas Hyundai Coupe memberi wajah baru yang beralun lembut berbanding model sebelumnya yang agak berkotak.

Padanan lampu hadapan yang memanjang dilengkapi projektor manakala lampu kristal jernih pada bahagian belakang termasuk ekzos berkembar memberi gaya tersendiri kepada model Hyundai terbaru ini.

Sekilas pandang, tidak mustahil orang ramai akan menyangka ia sebuah Porsche atau Aston Martin yang bernilai ratusan ribu ringgit.

Memasuki ruang dalamnya, terserlah kemasan jurutera Hyundai yang memerah idea mencari padanan sesuai untuk versi Coupe mereka.

Penulis tidak pernah memandu uji jentera Coupe sebelum ini dan bagi model Hyundai ini, ia agak selesa dengan kerusi separuh kulit dan ruang tempat duduk belakang yang hanya boleh diduduki kanak-kanak berusia tiga tahun.

Bagaimanapun, memang tidak dinafikan versi Coupe dicipta untuk dua penumpang dan sekiranya kerusi belakang boleh memuatkan kanak-kanak, ia adalah satu bonus kepada pemiliknya.

Ruang penyaman udara yang bulat dan keadaan kerusi pemandu yang rendah hingga seperti terasa sedikit melunjur, kurang memenatkan.

Paparan meter juga tersusun kemas dengan berlatar belakangkan warna biru memberi pandangan yang selesa.

Paling menarik, barisan tiga meter tambahan pada ruang tengah papan pemuka agak unik kerana memaparkan meter tork, penggunaan bahan api dan voltan yang jarang dipasang pada mana-mana model Coupe.

Ruang panel pintu dan konsol tengah berwarna gelap menambahkan ciri sporty Hyundai Coupe terbaru ini. Ia boleh dikatakan sekemas jentera buatan Jepun.

Sebagai pelengkap kepada sebuah jentera sport, bumbung suria sebagai ciri standard menambahkan lagi keseronokan memandu jentera Korea ini.

Hyundai Coupe FX dijana enjin siri Beta aluminium 1,975cc DOHC empat silinder 16 injap dengan CVVT yang menghamburkan 143 kuasa kuda pada 6,000 rpm serta tork setinggi 186 Nm pada 4,500 rpm.

Ia dipadankan transmisi empat kelajuan automatik Shiftronix dengan mod manual yang memberi pilihan kepada pemandu untuk mencuba kuasanya secara manual.

Kuasa yang dibekalkan cukup untuk penulis menyusur laju di sepanjang lebuh raya menuju ke Shah Alam selain sistem suspensi yang boleh dipuji.

Ia cukup untuk mengelakkan kereta daripada bergoyang apabila mengambil selekoh pada kelajuan tinggi tetapi tidak juga terasa keras ketika melalui jalan tidak rata.

Ditawarkan dengan harga serendah RM129,917.50 (tanpa insurans), ia bakal menjadi sebuah Coupe mampu milik yang menawarkan segala ciri jentera sport termasuk pakej keseronokan tidak ternilai.



>Spesifikasi

Hyundai Coupe FX

Enjin: 1,975cc DOHC 16-valve CVVT

Kuasa maksimum: 141hp @ 6,000rpm

Tork maksimum: 186Nm @ 4,500rpm

Transmisi: 4-kelajuan auto

Ciri keselamatan: Dua beg udara, ABS, ESP

Harga: RM129,917.50 (tanpa insurans)

Tayar yang dicadangkan:

ContiSport Contact 2

Saiz standard 205/55R16 91W TL FR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2008 08:10 PM | Show all posts
mcm fiat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.036675 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list