CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51736|Reply: 116

Bunga/tumbuhan dikaitkan dgn mistik dan misteri

[Copy link]
Post time 8-9-2008 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Dunia Botani: Gandasuli ditakuti makhlus halus    Bersama Ismail Saidin
               

     Gandasuli

                  
Masyarakat desa zaman dulu gunakan ramuannya untuk menepung tawar, mandi bunga


POKOK gandasuli mungkin terlalu asing bagi generasi sekarang.Bagi masyarakat desa zaman dulu, gandasuli ditanam di sekitar rumahkerana baunya yang wangi. Bunga dan daunnya yang berbau wangi digunakansebagai ramuan mandi bunga atau daun.

Gandasuli adalah satu daripada tujuh jenis pokok yangdigunakan dalam upacara menepung tawar termasuk upacara menghalaugangguan makhluk halus.
        
    Pokok gandasuli berasal dari India ini diperkenalkanoleh orang Hindu ke Jawa seterusnya ke Malaysia. Pokoknya adalah herbaberumpun mempunyai rizom seakan-akan halia, berwarna kelabu asap. Daririzom ini tumbuh batang semu setinggi antara 30 hingga 90 sentimeter(sm). Daunnya yang berbentuk oblong-lanseolat lebar, kira-kira 30hingga 40 sm panjang, 8 hingga 10 sm lebar, tumbuh secara distik denganpetiolnya yang pendek di kiri kanan batang ini. Infloresennya spikaterminal, berbentuk elipsoid kira-kira 10 sm panjang, dengan brakteanyaberbentuk ovat, berwarna hijau dan tiap-tiap satu melindungi 2 hingga 3kuntum bunga yang berwarna putih dan berbau sangat wangi apabilakembang.

   
Spesies lain ialah gandasuli kuning (Hedychium flavescens)yang mempunyai bunga bertompok kuning, bau lebih wangi dengan diriannyalebih tegap berbanding gandasuli.

Pembiakan gandasuli adalah dengan cara belahan rumpunberserta dengan rizomnya. Rizom yang cukup tua boleh disemai danselepas bercambah dengan tunasnya yang cukup subur dipindahkan kebatas. Keratan rizom juga boleh ditanam terus ke batas.
        
Gandasuli mudah hidup, tetapi memerlukan tanah subur. Sebaiknyadisediakan batas mengandungi baja organik atau kompos secukupnya.Permulaan hidupnya memerlukan sedikit pelindung cahaya matahari.Selepas berbunga herba ini akan pupus dan sulinya yang baru akan tumbuhseterusnya berbunga. Sebaiknya, selepas beberapa kali berbunga danpupus, rizomnya hendaklah digali dan ditanam semula di batas yang lain.

                                
Pokok gandasuli boleh juga ditanam di dalam pasu dengan tanahcampuran tanah bakar lima bahagian, najis haiwan yang cukup reput tigabahagian dan dua bahagian pasir sungai. Ketika berbunga lebat, bawa iake dalam rumah. Seluruh rumah akan semerbak wangi.

Herba ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi kecualimengekalkan kesuburan tanah dengan memberi sukupan daun-daun reput.Adakalanya herba ini rebah dan harus diberi sokongan. Selepas berbungabatangnya perlu dibuang.

Pembajaan dengan baja sebatian kompleks seperti 12:12:17:2 +T.E. atau 15:15:15 hendaklah dilarut terlebih dulu di dalam air sebelumdisiram ke pangkal rumpunnya.

INFO
Gandasuli

Nama Botani: Hedychium coronarium

Famili: Zingiberaceae

Nama Lain: White Ginger atau Butterfly Lily

[ Last edited by  Syd at 8-9-2008 11:54 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2008 11:58 AM | Show all posts


Serai Wangi..

katanya dedulu...ada banyak batu/kristal dok ada kat rumpun serai nih..
ada gak terbaca pasal tu..orang dulu2 laa citer

mcm2 warna ada..

dan ada satu buku tu dok baca, tgh malam dok memancut mcm minyak dari perdu pokok serai tu..serai tu laaa wat guna urut orang bersalin etc

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2008 12:02 PM | Show all posts


bakawali

Pokok Bunga Bakawali kenali nama saintifik nya Epiphyllum Anguliger. Nama lain bagi Bunga Bakawali ini juga ialah Ric Rac Cactus, Moon Cactus dan Queen Of The Night.

Baunya memang semerbak wangi dan akan kembang pada waktu malam, dalam pukul 10.00pm ia kembang. Bau menjadi lebih wangi pada pukul 12.00am iaitu bila ia kembang penuh. Bunganya akan layu bila sudah pagi. Sekali sahaja ia kembang, kemudian ia akan layu.

Menurut kepercayaan orang-orang Cina bahawa Pokok Bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau suwey.

Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.

Ada juga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang menanamnya dan percaya sekiranya tuan punya pokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.

Walau apa pun, semuanya adalah kepercayaan semata-mata. Namun rezeki, malapetaka, jodoh dan ajal sudah pun ditentukan oleh Allah SWT. Jangan terlalu percaya kepada perkara yang karut kerana ia boleh merosakkan akidah. lebih baik manfaatkan saja khasiat yang ada pada pokok ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 12:16 PM | Show all posts

Reply #3 Syd's post

Bakawali ni ada tanam, cuma belum nak berbunga lagi.

Sekarang cuba semai dia. Manatau, pokok baru nak bunga pulak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2008 01:14 PM | Show all posts
Kunyit hitam






katanya digunakan dalam perubatan kena mengena ngan santau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2008 01:37 PM | Show all posts


yang bunga harum sundal malam nih plak..

dikaitkan ngan hantu perempuan kan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2008 02:34 PM | Show all posts

Reply #6 Syd's post

SUKAAAAA SGT DENGAN BUNGA NI....
cadang nak cari sepokok...
mmg wangi terutama waktu malam....

hantu perempuan tu langsuir ker atau maya karin???
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 02:59 PM | Show all posts

Reply #5 Syd's post

Teringin pulak nak tanam kunyit hitam ni...mana nak carik ekk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2008 03:31 PM | Show all posts

Reply #7 anggerikrimba's post

sepokok takde yang...

biasa dia jual sepasu atau sepolibeg...RM10 hengget
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2008 04:41 PM | Show all posts


pokok mata kucing

sampai ke sudah, mak tak kasik tanam pokok mata kucing

katanya berpenunggu...dia tak mo citer panjang pasal penunggu pokok tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2008 04:43 PM | Show all posts
cakap ngan mak, ramai orang tanam pokok ru kat umah
mak tak kasik gak

pun dia ckp pokok tu nanti ada hantu

tak tahu hantu apa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2008 04:45 PM | Show all posts
kalau pokok paku pakis, jaman dedulu mmg katanya
ada pontianak ke langsuir punye tempat tenggek

tapi skrg orang dok tanam kat laman kan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 04:47 PM | Show all posts

Tanduk Rusa

Ada cerita mengadakan pokok tanduk rusa juga jadi tempat pontianak bertenggek di atasnya.
Tak tahulah betul ke tidak. Ramai org kampung kata mcm tu. Sebab pada masa tu rumah saya jer
yang ada pokok tu. Selepas saya menagihkan sorang sedikit, senyap pulak. Tak ckp apa-apa pun.

Betul ke tanggapan tu...

http://img148.imageshack.us/img148/3215/29dimen6akf1.jpg

[ Last edited by  leykelate at 8-9-2008 04:53 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 04:48 PM | Show all posts

Reply #9 nazurah's post



RM10?....try carik laa....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 04:53 PM | Show all posts

Reply #12 Syd's post

kat kg org panggil paku langsuyar/langsuir...

sy ada 3 pokok kat rumah...
so far takde apepun...mungkin dulu2 ada yg pernah nampak langsuir dok bertenggek kat pokok ni agaknya...hmmm...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2008 04:53 PM | Show all posts


perasan tak?

limau nipis mmg pemes kalau nak berubat kampung?

dulu selalu sangat orang datang umah mintak buah limau. kasik jelah.

orang kena sampuk lah. kena rasuk lah.
kena pelesit laa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2008 05:13 PM | Show all posts
jap,

pokok ketapang tu.mmg ada misteri ke apa?

selalu sangat orang ckp bawah pokok ketapang

ke mmg pokok ketapang tu...mmg tempat lepak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 05:38 PM | Show all posts

Reply #16 Syd's post

ni macam limau sambal aka limau kasturi jek syd...

limau nipis besau lagi tak??
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 05:39 PM | Show all posts

Reply #17 Syd's post

pokok ketapang kan besauuuuu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 05:41 PM | Show all posts
manyaknyerr pantang pokok syd...

setahu sy pokok yg mama kata ada hantu tu la pokok langsuyar... umah nenek kat muar dulu ada tp mmg ada cik ponti singgah nenek terus buang...

then selalunya pokok2 yang berbau wangi dan besar mmg cik ponti dan kaum keluarganya suka singgah...eiii seram

sib bek bulan pose

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.084802 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list