Edited by maklukpenggoda at 26-11-2024 06:32 AM
Update:
“Lebih banyak bukti yang akan didedahkan kelak dan keadilan akan terbongkar. Insya-Allah.
“Saya mendoakan yang terbaik buat dirinya, konsert dia dan konsert lainnya terjual. Harap dia menjadi penyanyi berjaya suatu hari nanti di mana dia tidak perlu menumpang populariti serta bakat orang lain,” katanya.
Sementara itu, Aisha memberitahu dia memaafkan pihak penganjur di atas apa yang berlaku susulan tindakan membatalkan konsertanya yang sepatutnya diadakan pada 16 November lalu.
“Saya akan (maafkan) sebab jauh di dasar hati, dia berhati mulia cumanya keluarga dan rakan-rakan (yang pernah dianaiya dia) akan memaafkan dia?
“Hanya padang mahsyar yang boleh menjawab. Nauzubillahiminzalik, terima kasih Allah atas nikmat dan cabaran ini,” tulisnya.
-Rotikaya
KUALA LUMPUR: Penyanyi Aisha Retno menyifatkan pembatalan Konsert Malam Sutera Aisha Retno di Zepp Kuala Lumpur yang diumumkan oleh penganjur Kharisma Music International benar-benar mengejutkannya, semalam.
Menerusi penjelasan video dimuat naik dalam Instagram, Aisha berkata, dia hanya mengetahui status pembatalan konsert menerusi media sosial pihak penganjur.
Aisha berkata, dia ada menghubungi penganjur bagi mendapatkan pengetahuan terkini berkaitan konsert, namun tiada sebarang maklum balas sejak beberapa bulan lalu.
"Saya tak mengetahui apa-apa status mengenai konsert. Saya ada hubungi penganjur, tetapi mereka hanya senyap.
"Pembatalan konsert serta merta oleh penganjur atas beberapa sebab benar-benar mengejutkan saya dan pihak pengurusan.
"Tapi, Allah mengatakan sebaliknya dan mungkin belum rezeki lagi. Saya terima dengan hati terbuka.
"Cuma, ada yang sahih dan tidak apabila dapat tahu mengenai alasan diberikan penganjur menerusi pengumuman berkenaan.
"Itu yang membuatkan saya terpanggil untuk buat video dan beritahu sedikit kronologi dan kebenaran yang berlaku," katanya.
Berkongsi lanjut, Aisha berkata, dia sendiri mulanya ragu-ragu untuk menerima tawaran penganjur kerana menyedari pengalaman masih terlalu hijau dalam industri muzik.
Namun, katanya, selepas diyakini penganjur, dia bersetuju dan teruja untuk memberikan terbaik pada konsert solo pertama yang sepatutnya berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, Sabtu depan.
"Saya ada beritahu penganjur masih hijau dalam industri. Banyak lagi saya kena belajar dan kumpul aset dari segi lagu dan sebagainya.
"Tapi, saya terima cabaran selepas diyakini dan merasakan tak salah mencuba. Bagaimanapun, saya rasa penting untuk saya dedahkan bila perkara seperti ini terjadi.
"Ini kerana konsert ini membawa kesan cukup besar di mana saya terpaksa menolak dan menarik diri daripada beberapa acara dan festival kerana sebahagian syarat perjanjian.
"Saya sebenarnya tidak merancang untuk mengadakan konsert solo kerana baru melaksanakan beberapa acara besar seperti Anugerah Juara Lagu dan The Hardest Singing Show, jadi saya mahu berehat dan buat showcase kecil-kecilan.
"Sepatutnya tugas perancangan kewangan dan pemasaran adalah tanggungjawab penganjur, tapi mereka lemparkan tugas ini kepada saya. Jadi, bila keluar kenyataan penganjur seolah-olah nak salahkan saya," katanya yang menyifatkan tindakan penganjur sebagai penindasan mengarut.
BH
|