CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2472|Reply: 6

Kemelut Thai vs Kemboja

[Copy link]
Post time 24-10-2008 05:14 PM | Show all posts |Read mode
Tentera Thai, Kemboja bermesyuarat


Komander Kemboja wilayah 4, Mejar Jeneral Kemboja, Chea Morn (kiri) berjabat tangan dengan Lt. Jeneral Wiboonsak Neeparn dari Thailand (kanan) untuk berunding di Siem Reap, semalam.
- AFP

--------------------------------------------------------------------------------



SIEM REAP 23 Okt. - Pegawai tentera Thailand dan Kemboja mengadakan mesyuarat, di sini hari ini dalam usaha untuk meredakan ketegangan antara kedua- dua pihak berpunca daripada pertikaian sempadan, yang kemudian mencetuskan pertempuran maut pada minggu lalu.

Mesyuarat antara pegawai peringkat pertengahan di bandar pelancongan di barat laut Kemboja itu merupakan persiapan untuk mengadakan rundingan antara komander tentera kanan dari kedua-dua negara esok.

Rundingan tersebut bertujuan untuk mencegah berulangnya pertempuran di kawasan yang menjadi rebutan antara kedua-dua pihak dekat kuil purba Preah Vihear.

Tiga askar Kemboja dan seorang askar Thai terbunuh dalam pertempuran di kawasan berkenaan pada 15 Oktober lalu akibat pertikaian tersebut.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan rakan sejawatnya dari Thailand, Somchai Wongsawat juga dijadual mengadakan rundingan di Beijing esok di luar jadual utama sidang kemuncak Asia-Eropah (Asem).

Pegawai tentera Kemboja dan Thai bersetuju untuk mengadakan rondaan bersama sehari selepas pertempuran tersebut.

Bagaimanapun komander Kemboja telah menarik balik persetujuan itu dengan alasan rondaan sedemikian tidak mungkin dijalankan di kawasan yang mencetuskan pertikaian.

Ketegangan antara kedua-dua negara berjiran itu meningkat pada Julai lalu apabila Preah Vihear diberi status Tapak Warisan Dunia, sekali gus memarakkan semula ketegangan berpanjangan berhubung pemilikan kawasan di sekitar kuil itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2008 05:16 PM | Show all posts
laaaa xde sapa bukak thread pasal isu ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 05:45 PM | Show all posts

Reply #2 yipun78's post

bukan ada request ke sebelum nie?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 06:18 PM | Show all posts
Akhirnya ada org bukak.....heheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 07:42 PM | Show all posts
agak2 nya dua2 negara ni akan berperang tak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 11:47 PM | Show all posts
xtau la. tp tgk cm nk jer..
aritu kluar paper thai da gerakkn artileri die ke kwsn brgolak tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2008 10:13 AM | Show all posts
dlam tv3 dulu ada tunjuk orang thai ngan kemboja lawan pakai buluh, lawak pulak aku tengok, thai pun satu, kan ke icj dah buat keputusan terima sajalah, klu berlaku perang aku rasa thai menang kot, pm kemboja pun tahu ni sebab tu mint abudget tentera dinaikkan . takut kemboja teamup ngan myammra lak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.084493 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list