CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1788|Reply: 1

mykey 2010

[Copy link]
Post time 26-10-2008 08:57 PM | Show all posts |Read mode
MyKey pada 2010?


Baru-baru ini, Ford Motor Co. mengumumkan rancangan syarikat dari Amerika Syarikat (AS) dan pengeluar automotif keempat terbesar dunia itu untuk mengeluar kereta penumpang yang dikawal menerusi cip komputer pada kunci kereta pada tahun 2010.

Ford Motor Co. dikatakan berhasrat untuk mengeluarkan kereta yang boleh dikawal kelajuannya sehingga 80 batu sejam atau sekitar 128 kilometer sejam menerusi pemasangan cip komputer pada kunci kereta.

Selain mengawal tahap kelajuan maksima kenderaan, cip tersebut juga akan memberi arahan kepada sistem audio kereta untuk mengeluarkan bunyi yang membingit apabila tali pinggang keledar tidak dipasang.

Cip yang dipanggil MyKey itu juga boleh mengeluarkan bunyi yang bingit selama enam saat pada setiap minit apabila tali pinggang keledar dipasang.

Dengan adanya cip tersebut, ibu bapa juga boleh memilih untuk memberi arahan agar bunyi yang sama ‘dihidangkan’ sekiranya remaja memandu kereta melebihi 70, 88 atau 100 kilometer sejam mengikut citarasa ibu bapa.

MyKey akan dipasang ke atas beberapa model kereta penumpang dan juga trak berjenama Ford, Lincoln dan Mercury keluaran firma automotif berkenaan pada tahun 2010.

Pada masa ini, syarikat itu menggunakan cip komputer bagi menghalang kegiatan mencuri kenderaan dengan kereta atau trak tidak akan menghidupkan enjinnya jika gagal mengesan elemen-elemen dalam cip berkenaan.

Keputusan Ford Motor Co. mengeluarkan kereta sedemikian adalah bersandarkan kajian pasaran semasa yang menunjukkan kebanyakan ibubapa menunjukkan minat yang tinggi terhadap kereta yang menawarkan tahap keselamatan yang tinggi kepada anak-anak remaja.

Ford Motor Co. yang berusia 105 tahun berada di tempat keempat selepas Toyota, General Motors dan Volkswagen diasaskan oleh Henry Ford turut memiliki satu pertiga kepentingan dalam Mazda di Jepun serta menguasai sebahagian kecil saham dalam bekas anak syarikat Aston Martin di England.

Antara model Toyota yang terdapat di negara ini ialah Camry, Altis, Fortuner, Vios, Yaris, Innova, Wish, Avanza, Rush dan Rav4.

Mungkin sudah tiba masanya bagi para pengeluar kenderaan berjenama tempatan seperti Proton, Perodua dan Naza untuk mencipta produk yang inovatif, bukan setakat mahu menjual kereta tetapi menjual kenderaan yang lebih selamat terutama kepada pemandu muda.

Sebenarnya bukan sahaja golongan remaja yang memerlukan kereta-kereta seperti ini malah para pemandu dewasa yang mempunyai pengalaman puluhan tahun memandu juga sering didapati memandu secara laju melebihi 120 kilometer sejam.

Kelajuan melebihi had laju yang ditetapkan ini selalunya menyebabkan jalan raya terutama di lebuh raya dan jalan persekutuan sesak dengan ratusan kenderaan ketika berlaku sesuatu kemalangan kecil dan besar.

Lebih menyedihkan lagi tentunya kehilangan nyawa dan harta benda apabila berlakunya kemalangan yang tidak pernah gagal untuk memasuki carta Ops Sikap sejak bertahun lamanya




hah!! pada mak pak yg risau  keselamatan anak2 depa...  mykey ni memang baguih sangat ler ni....  aku bajet  ramai mak pak yg suker mykey ni....  baguih untuk keselamatan  ni!!   :victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2008 06:31 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

baguslah teknologi membantu manusia....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.045948 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list