CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127832|Reply: 1132

[DRAMA MELAYU] DARI MATA ARISA [ISNIN - KHAMIS 11.30AM]

  [Copy link]
Post time 3-11-2008 01:31 PM | Show all posts |Read mode
NOVEL 'KAU SAYANGKU' DIADAPTASIKAN KE LAYAR PERAK

NOVEL 'Kau Sayangku', hasil nukilan Bikash Nur Idris sudah siap pembikinan drama bersirinya yang akan ditayangkan pada 3 November 2008 ini di stesen RTM 1, jam 9.00 malam.

Dengan barisan pelakon yang ternama dan hebat, drama bersiri ini yang diberi tajuk 'Dari Mata Arisa' mampu membuai perasaan anda. Bagi anda yang pernah membaca novel 'Kau Sayangku' tentu ingin melihat watak-watak yang dicipta oleh Bikash beraksi di hadapan kaca TV anda.

PADA majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Datuk Adilla Sheikh Omar, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, RTM, beliau berkata kerjasama daripada penerbit, Raja Alawiah, penulis skrip, Sujiah Salleh dan pengarah, Mior Hashim Manap telah berjaya mengisi slot untuk menarik penonton menyaksikan 'Dari Mata Arisa'.

Alaf 21 sendiri memberi kerjasama sepenuhnya dengan mengizinkan terbitan novel ini ke layar perak. Malah, drama ini bakal dicalonkan untuk Anugerah Seri Angkasa yang dijangka kembali menyemarakkan industri seni tahun depan.

Wartaweb yang turut menghadiri majlis tersebut sempat menemu bual Bikash tentang novel beliau yang diadaptasikan ini.

"Saya sendiri terasa teruja apabila novel saya ini ingin dijadikan drama oleh penulis skrip, Puan Sujiah, terbitan Bright Network Sdn. Bhd. Bila difikir-fikirkan, apa salahnya watak-watak yang saya cipta ini dihidupkan untuk disaksikan oleh ribuan penonton. Saya sendiri tidak sabar untuk menyaksikan perjalanan cerita ini. Saya juga ingin saksikan bagaimana rupanya watak dan perwatakan, latar masa, latar masyarakat dan latar tempat yang saya wujudkan dalam bentuk buku dipaparkan di kaca TV. Selama ini, saya yang mengarahkan cerita dalam novel. Kali ini pengarah Mior Hashim Manap sendiri yang mengarahkan cerita saya."

Antara bintang yang membintangi 'Dari Mata Arisa' ini adalah Ashraf Muslim, Linda Jasmin, Maizura Hamzah, Ayu Raudah, Syed Aiman, Sharuddin Tamby, Tony Yusof dan ramai lagi. Jika anda ingin tahu siapa yang memegang watak seperti Eddy Sham, Amal, Marina, Ayana/Arisa, Akif dan beberapa watak lain lagi, jangan lupa setkan minda anda pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan.
INFO

Tajuk : Dari Mata Arisa
Durasi : 60 minit x 40 episod
Tayangan : RTM 1
Pengarah : Mior Hashim Manap
Adaptasi : Novel terbitan Alaf 21, 'Kau Sayangku' oleh Bikash Nur Idris
Lakon TV : Sujiah Salleh
Lagu Tema : Dari Kerana Mata - R. Azmi
Terbitan : Bright Network Sdn. Bhd

sumber : http://www.alaf21.com.my/

[ Last edited by  Eddlisa_uyuk at 8-4-2009 00:34 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2008 02:07 PM | Show all posts

Reply #1 noiemo's post

linda jasmin??? cikgu tari af tu ker?? sejak biler plak jd plakon..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 06:52 PM | Show all posts
layar perak bkan wayang ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 09:49 AM | Show all posts

Reply #3 jac_diehard_fan's post

kan?? bongok sgt penulis berita neh
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 05:19 PM | Show all posts
tv1 nei cam susah nau nak tengok
dah baca novel dia memang best....
agak2 drama dia bakal best jugak ker
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2008 06:26 PM | Show all posts
best ke novelnya? carik x jumpa lagi kat kedai.
kita tgk smalam pun sebab abg meor cumil ku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2008 06:14 PM | Show all posts

Balas #6 yellowtulip\ catat

best...memang best..esp. bila dia berkenalan dengan akief tue (kalau tak silap nama dia la..)

first novel Bikash.... seronok jek baca...
hopefully drama dia okey la..
tapi rasanya cam tak ada can jek nak tengok

huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 11:57 AM | Show all posts

Reply #7 melati-putih's post

1st novel ker?? cemana leh x baca ek...??
tu la kan...tapi sbb 40 episod tu x tau la leh maintain tgk ke idok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2008 11:45 AM | Show all posts

~ Dari Mata Arisa- Isnin 9pm @RTM1~

~ DAir Mata Arisa- Isnin 9pm @RTM1~

drama melayu Air Mata Arisa... keudara setiap ISNIN p mlm di RTM1

*dah macam promote kat TV.,.*

aku bukak thread nih sbb aku rase takde lgk kan pasal drama nih...


Drama 40 episod yang telah pun ke udara setiap Isnin, pukul 9 malam di RTM1 sejak 3 November lalu bagaimanapun masih kelihatan klise kerana mengangkat elemen yang telah biasa ditonjolkan sebelum ini.


PELAKON...

** ayu rauhdhah
** syed aiman
** ahsraf muslim
** ijoy azahari
**nabila huda
** maizurah hamzah
** linda hashim
** tasha aziz
**sharudin thamby
**mahmood ali basha

SiNOPSIS...

**tak jmpe lgk..nak karang sendri ..mls...

tp drama nih diambil dr novel KAU SAYANGKU dr BIKASH NUR IDRIS


Menyelami Dari Mata Arisa yang diadaptasi daripada novel karya Bikash Nur Idris, Kau Sayangku, ia mempunyai mesej tersendiri dalam mengubah persepsi skeptikal segelintir masyarakat tentang wanita yang sering diperlekehkan.

[ Last edited by  skymania at 13-11-2008 12:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 11:47 AM | Show all posts
KAU SAYANGKU (Bikash Nur Idris)




Sinopsis:

KAU SAYANGKU mengisahkan seorang gadis yang pada zahirnya seorang yang periang, tapi di sebalik gelak ketawa, senda guraunya, tersimpan satu kisah yang agak pahit untuk ditelan. Adik kembarnya telah pergi bersama cinta yang tidak kesampaian dan keluarganya telah dibenci oleh ibu saudaranya sendiri.

Kehadiran Eddy Sham dan Akif Zamani telah mengocak jiwa remaja Arisa. Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menarik dan berkarisma. Mereka mempunyai impian yang sama iaitu ingin memberi dan menerima cinta. Tapi sayang... satu hati hanya berhak untuk satu jiwa. Lantaran, Eddy Sham terpaksa mengalah dan membiarkan Akif zamani meraikan kemenangan cintanya. Sayang sekali... di saat cinta sampai ke puncak, sesuatu yang tidak diingini terjadi. Redhakah Akif menerimanya? Berjayakah Arisa mempertahankan cinta sedangkan nasib cintanya di tangan orang lain?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 11:49 AM | Show all posts
artikel dr KOSMO 13/11/2008


KRITIKAN yang diterima bukan menjadikan dirinya seorang yang kalah. Dia sebaliknya bangkit menelan kritikan yang sering dilontarkan terhadapnya.
Dia seorang yang cantik, berbakat dan sanggup bekerja keras. Itu antara faktor yang berjaya melonjakkan dirinya muncul sebagai salah seorang pelakon drama yang dikenali ramai sekarang ini.
Mula muncul dengan drama berjudul Dilema Wanita pada tahun 2005, selangkah demi selangkah Ayu Raudhah Che Wan mula mengasah bakatnya melalui drama-drama tempatan sehingga membuatkan dia kini menjadi buruan penerbit mahupun pengarah.
Apatah lagi bila watak gadis lemah-lembut dan baik terlalu sinonim dengan dirinya di layar kaca, Ayu tampak kukuh dengan identiti tersendiri.




Sudah suratan dirinya apabila menceburi bidang yang juga diterokai kakaknya, Rozita Che Wan yang tidak dinafikan kejelitaannya, dan kelebihan Rozita ialah dia terlebih dahulu menempa populariti berbanding Ayu.
Namun, Ayu tidak menjadikan kritikan tersebut sebagai suatu elemen negatif yang mampu melemahkan semangatnya dalam dunia lakonan.
Sebaliknya, Ayu menjadikan kritikan itu sebagai suatu kekuatan buat membina dan mengembangkan lagi karier lakonannya.
Dan kerana kritikan itu jugalah timbul semangat dalam dirinya untuk menolak segala kritikan tersebut untuk menceburi dunia sama dengan Rozita.

MIOR HASHIM MANAP


Inilah medan yang boleh dijadikan peminat mereka untuk menilai sendiri perbezaan bakat lakonan yang ada pada dirinya dan Rozita.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna Ayu sengaja mahu menunjuk-nunjuk perbezaan sebenar antaranya dan Rozita.
Cuma, dia sebenarnya begitu teringin mendapatkan watak adik-beradik bersama Rozita. Dengan itu, Ayu dapat merasakan kerjanya pasti seronok bila sentiasa didampingi oleh kakak tersayang yang dipanggil dengan nama ringkas, Kak Ita.
Mengulas mengenai perkara itu, beritahu Ayu, "Memang orang sering membandingkan bakat saya dan Kak Ita. Itu tidak salah. Cuma saya bersyukur Kak Ita sering menjadi pembimbing dalam membina kerjaya saya.

DARI MATA ARISA sarat dengan kisah cinta, keluarga dan kasih sayang.


"Walau apa pun saya selalu berangan-angan yang suatu hari nanti kami dapat berlakon bersama sebagai adik dan kakak. Mesti seronok kalau impian itu jadi kenyataan. Maklumlah, bila dah adik-beradik berjumpa, perangai gila-gila mulalah keluar.
"Dan saya rasa, inilah masanya untuk kami lebih bermesra. Biasalah kalau dah masing-masing sibuk, susah kami nak berjumpa walaupun sekejap," katanya meluahkan keinginan tersendiri.
Berlakon dengan diri sendiri
Namun peluang untuk Ayu bergandingan dengan Rozita nampaknya belum menjelma. Biarpun begitu Ayu berpeluang berlakon dengan dirinya sendiri menerusi drama rantaian arahan Mior Hashim Manap dalam produksi terbaru terbitan Bright Network Sdn. Bhd., Dari Mata Arisa.
Tidak melihatnya sekadar suatu tawaran lakonan biasa, ia ternyata memberi sedikit cabaran kepadanya, apatah lagi apabila terpaksa menghayati dua watak yang berbeza.Satu pendedahan baru buatnya kerana inilah saat dan ketika buat Ayu bagi membuktikan bakat yang dimilikinya.
"Pada mulanya, agak sukar untuk saya membawakan dua watak yang berlainan kerana saya perlu menyesuaikan diri dengan penghayatan yang berbeza.

PELAKON-pelakon yang mendapat kepercayaan Raja Alawiyah dan Mior bagi menjayakan drama rantaian ini.


"Namun, dengan bantuan pelakon-pelakon lain serta pengarahnya, abang Mior, saya dapat membawakan watak ini seperti yang dikehendakinya.
"Elok juga belajar dari dia. Banyak ilmu boleh dapat. Ditambah pula dengan pengalamannya sepanjang berada di bidang ini, banyak yang diajar olehnya," ujarnya.
Persepsi skeptikal masyarakat
Menyelami Dari Mata Arisa yang diadaptasi daripada novel karya Bikash Nur Idris, Kau Sayangku, ia mempunyai mesej tersendiri dalam mengubah persepsi skeptikal segelintir masyarakat tentang wanita yang sering diperlekehkan.
Drama 40 episod yang telah pun ke udara setiap Isnin, pukul 9 malam di RTM1 sejak 3 November lalu bagaimanapun masih kelihatan klise kerana mengangkat elemen yang telah biasa ditonjolkan sebelum ini.
"Saya tahu drama-drama saya kebanyakannya cerita yang ditonjolkan lebih kurang sama sahaja iaitu mengangkat martabat wanita," akui penerbit Dari Mata Arisa, Raja Alawiyah Raja Lop Idris.

RAJA ALAWIYAH penerbit wanita prolifik yang berhati waja.


Namun dia mempunya hujah tersendiri kenapa dan mengapa sering menjadikan wanita sebagai medium bercerita dalam karya terbitannya.
"Cuba fikirkan, jika saya sebagai penerbit wanita tidak buat cerita macam ini, siapa yang akan buat? Menerusi drama ini saya lebih tonjolkan watak Arisa sebagai wanita sopan santun yang tahu membawa diri dan tidak mudah dikaburi dengan kekayaan lelaki yang cuba mengejar cintanya.
"Apa yang diperlukannya bukanlah harta, tetapi sebuah cinta sejati yang mampu memberi kebahagiaan kepadanya hingga akhir hayat," beritahu penerbit yang sememangnya cukup terkenal dalam melahirkan drama berunsur feminisme ini.
Apa yang menarik, karya ini mengembalikan semula Mior Hashim Manap sebagai pengarah drama selepas sekian lama mendiamkan diri.
Selain Ayu, Dari Mata Arisa mempertaruhkan nama-nama yang sudah dikenali seperti Ashraf Muslim yang melakonkan watak Eddy, Syed Aiman (Akif), Maizurah Hamzah (Maliah), Kenchana Devi (Shamala) dan Mahmud Ali Basha (Muhammad).
Mengulas soal tanggungjawab, menurut Mior dia terpaksa menyesuaikan diri dengan konsep dan gaya pengarahan terkini drama tempatan kerana hampir tiga tahun dia tidak mengarah.

AYU RAUDHAH kepingin berlakon bersama kakaknya, Rozita Che Wan.


"Saya merasakan ia lebih sofistikated. Sekarang ini, cara penyampaian drama perlu lebih cepat seperti mana kita menghasilkan klip video muzik. Itu satu cabaran yang perlu saya hadapi.
"Bagaimanapun, istilah puas hati tidak pernah ada dalam diri saya kerana saya tahu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Tapi untuk drama rantaian ini, saya sudah melakukan yang terbaik dan saya harap penonton puas hati dengan hasil kerja  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 12:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 12:09 PM | Show all posts

Reply #4 sickchild's post

td aku search takde pon tajuk nih...adoiiii

tak pe la momod yg baik hati..tolong la delete..tak pon merge kan ajew...

ampon lew sesangt...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 11:04 AM | Show all posts
gambar2 drama bersiri Dari Mata Arisa (60 minit x 40 episod)












  








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 11:25 AM | Show all posts
ler..linda hashim la..bukan linda jasmin...linda jasmin tu yang menari tu kannn..hehehheheh
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 08:56 PM | Show all posts
kalu ikot buku...kembar nih..yg mati tuh adik kan???
kakak die yg lemah lembut skit tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2008 09:59 AM | Show all posts
aku penah bace novel ni tp dh lupa jln cite camne..yg ingt heroin tu cipta nama pakwe dia yg kemudian ade org nama sama ngn nama ciptaan tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 10:09 AM | Show all posts

Reply #14 ~Aish~'s post

tgk snapshots cambest jerk

xde upload kat youtube kew
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 01:03 PM | Show all posts
tgk tajuknye, aku ingatkan, Dari Mata AIRASIA
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 08:05 AM | Show all posts
pas citer pu3 salju aku de t'tgk citer ni..ooo citer br yer...mggu dpn harus tgk full ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.073335 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list