View: 26529|Reply: 107
|
[NFO] Apa yg korang faham ttg Adat Perpatih
[Copy link]
|
|
Semalam aku ada ikuti istiadat pemashyuran kat RTM. Susah tul nk faham wpun byk kali diterangkan oleh (aku x ingat nama dia) yg aku ingat dia dianggap sbg tiang adat. . Aku pun org nogori..tp aku rasa adat pepatih ni mcm myulitkan jer..aku ada tpikir kesian pd mayat yg dipertuan besar x boleh dikebumikan selagi penggantinya x diumumkan..x sedih ker korang...aku x tahulah ini isu sensitif ker..
Agaknya boleh x adat pepatih ni di ubah sikit....
[ Last edited by aamoi at 7-1-2009 06:28 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
NK BUEK CAM NOOO....HUHUHU..BIAR MATI ANAK JGN MATI ADAT..SITU JER DH MENUNJUKN SEGALA2 NYER..HUHUHU.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
alan pun kesian jugak dgn tok nyang alan tu....
itulah cucu cicit dia kebetulan keluar negara..payah pulak nak balik...tu yg jadi lambat tu...jenazah dikebumikan dgn segera adalah lebih afdal...alan pon org negori gak tapi nak explain tu tak pandai..faham sendiri ajelah |
|
|
|
|
|
|
|
salah pulak..bukan cucu-cicit..
anak2 dia ...pewaris takhta... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 sump81\ catat
tp dlm kes ni..biar mati bapak...jgn mati adat.... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke setiap perlantikan agong or raja musti ditabalkan di depan mayat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 alanbudikusuma's post
semua balik kg
celebrate xmas
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 khoirulfatihin's post
Prinsip-prinsip Adat Perpatih
Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.
1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.
2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.
3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.
4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.
5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pembahagian harta
Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja). |
|
|
|
|
|
|
|
Adat Perpatih
Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.
Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka terutamanya Masjid Tanah. Majoriti mereka adalah keturunan Melayu Minangkabau. |
|
|
|
|
|
|
|
ooo...gitu ye syd...
aku xbrapa tau pasal adat perpatih neh,yg aku tau adat neh lebih kepada pompuan je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 Syd\ catat
mmg betul nilah slalunya wat org salah faham...ada yg kata klu kawin dgn perempuan dr n9 ...klu cerai harta semua bg kat isteri....betul2 mgarut...aku tahu sbnarnya bkn camtu....harta sepencarian ttp ikut islam....
[ Last edited by khoirulfatihin at 30-12-2008 05:35 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cewekbopot at 30-12-2008 04:59 PM
ooo...gitu ye syd...
aku xbrapa tau pasal adat perpatih neh,yg aku tau adat neh lebih kepada pompuan je..
sebenarnya x jgk semua harta turun pd pompuan..
itu kalau harta pesaka.. Maknanya tanah adat mmg pd pompuan tp kalau tanah kobun x dapek kek pompuan do tu pd anak lelaki..
Kalau kayo org tu byk tanah pesako & tanah kobun he dpt la di bahagikan sama rata |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam Sebab lambat ditabalkan YDB yang barulah ,lambat dikebumikan Jenazah.
Kalau cepat dilantik,Contohnya hari ahad dah dilantik peganti,maka hari ahadlah di kebumikan . |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by khoirulfatihin at 30-12-2008 05:34 PM
mmg betul nilah slalunya wat org salah faham...ada yg kata klu kawin dgn perempuan dr n9 ...klu cerai harta semua bg kat isteri....betul2 mgarut...aku tahu sbnarnya bkn camtu....harta sepencarian ...
ikut citer yang aku paham, bukan bagi kat isteri..sbenarnya memang isteri yang punya..sebab bila dah kawen suami kat tiggal umah isteri.. |
|
|
|
|
|
|
|
adat perpaatih mengubah kaum wanita jadi queen control,..
..suami jadi macam melukut tepi gantang,... |
|
|
|
|
|
|
|
iOriginally posted by <i>manaya</i> at 1-1-2009 09:07 PM <a href="http://forum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=28060935&ptid=393540" target="_blank"><img src="http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif" border="0" alt="" /></a><br />
adat perpaatih mengubah kaum wanita jadi queen control,..<br />
<br />
..suami jadi macam melukut tepi gantang,...
penamey stetmen eh nih
osah eh laaa
[ Last edited by aleni at 1-1-2009 09:25 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #18 manaya\ catat
musti ekau tak ghoti2 yo pasa adat perpatih ni... takpo... tu biasooo
kono paham dulu structure kehidupan pengamal adat perpatih ni...
jgn menonong yo kuar stetmen...
mano ado laki melukut topi gantang... kalau zaman dolu2.. laki (org menyomondo ni) lah yg join skali suku bini eh utk poie poghang... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|