View: 13712|Reply: 111
|
!! betulkah pilihan kita itu !!
[Copy link]
|
|
Benarkah jodoh bagaikan menanti jambatan untuk ke seberang? Kalaupanjang jambatannya, jauhlah perjalanannya namun andainya jambatan itupendek, barangkali cepat jodohnya.
Ada orang cepat bertemu jodoh sebab jambatannya singkat.
Usia25 tahun rasanya belum terlalu lewat untuk bertemu jodoh. Mereka yangberusia 35 tahun pula tidak perlu gundah jika belum bertemu jodohkerana sepanjang usia berkenaan digunakan untuk membina kecemerlangan.
Bahkan ada yang sudah mencecah 40-an, tetapi jodoh belum juga tiba.
Namun,tidak berputus asa menjadi asas terbaik buat wanita. Jika terlalumemikirkan soal jodoh sehingga mengganggu perasaan, ia bukanlah sesuatuyang baik.
Bagi wanita yang berpandangan jauh, boleh sajamenyatakan pada diri bahawa ia semua ketentuan takdir dalam soalrezeki, jodoh mahupun ajal.
Katakan kepada diri bahawa jodoh anda mungkin belum sampai lagi.
Nyatakan perasaan dan keinginan anda itu dalam doa lewat sembahyang. Allah Maha mendengar.
Selain itu, beberapa perkara perlu difikirkan untuk renungan wanita yang belum bertemu jodoh.
Ingatlah wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.
Biarlambat jodoh asalkan mendapat lelaki sejati dan biar seorang diridaripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman suatu hari nanti.
Persoalannya,apakah anda sudah bersedia memikul tanggungjawab bergelar isteri atauibu? Sudahkah bersedia menjalani pelbagai rintangan hidup berumahtangga? |
|
|
|
|
|
|
|
Berikut adalah falsafah dan firasat mengenai jodoh serta hidup berpasangan buat renungan mereka yang enak dibuai perasaan:
- Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat itu dan ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang diingini, ia juga datang bersama masalah.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada, tetapi deritanya datang bersama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Perkahwinan juga demikian.
Ia baik sebab dibenarkan agama dan sunnah Nabi sebagai saluran betul untuk melepaskan syahwat di samping membina sahsiah, tetapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
- Ramai orang menempah neraka sebaik saja melangkahkan kaki ke alam berumah tangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang banyak juga terpaksa dipikul? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
- Berapa ramai yang menyesali perkahwinan masing-masing pada hal dulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih, malah ada yang sanggup berkorban apa saja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri, tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.
- Jika rasa belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dulu sebab hakikatnya, ramai yang tidak bersedia untuk melangkah, tetapi sudah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
- Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan daripada ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsianya.
- Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorongnya supaya jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. |
|
|
|
|
|
|
|
hah.................pompuan2.......
sila jawap...........
yes or no.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 goooch's post
semua la cik abg goooch |
|
|
|
|
|
|
|
yezzzzzzzzzzzzzz |
|
|
|
|
|
|
|
opsssss...tak pasti |
|
|
|
|
|
|
|
esei A+ neyh...hehee!mlm ni alang bce...yehaaa...! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 sosimple's post
Ada satu jambatan ke banyak jambatan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 sosimple's post
hari yg indah datang bersama matahari yang terang...pagi menjadi cerah dan bersinar bagaikan permata...
tp matahari menjadi terik bila hari beransur meninggalkan pagi....panasnya membakar kita...
akhirnya matahari beransur pergi bersama petang dan malam pun tiba...dan hari menjadi gelap
walaupun paginya indah...tengaharinya panas dan malam menjadi gelap...kita tetap merasakan hari itu hari yang indah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 raudah's post
was2 ekkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 goooch's post
tau x per.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by goooch at 9-1-2009 07:31 PM
Huh??? Tipu lah nie
Jodoh ni macam rama-rama, ada yg kejar bertahun-tahun pun tak dapat.
Ada orang duduk diam-diam tetiba rama-rama hinggap kat hidung.
klu hinggap smpi bila2lah hrpnya...jgn jd station rama2 hilangkan penat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 sosimple's post
xth mcm mn nak ckp..........rsnya klu nak tggu sedia....smpi bila2 kita rs xsedia....kena hdp......br real |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 x disangke, tetibe je datang.. kalo time mencari 2 xde plak..senang kate, kalo ade.. adelah.. mcm pasrah plak ayat |
|
|
|
|
|
|
|
tak tau nape selalu tersalah pilih..
tak fhm mengapa ati syg pada org yang tak syg kita
tak mengerti mengapa cinta tak hadir di saat memerlukan
tak rela cinta dtg dan pergi bagai mimpi
tak memahami mengapa saat indah 2 selalu nye seketika
dah lame cinta tak mengetuk pin2 hatiku
wlpn telah kucuba tpi apakan daya
cinta tak juga hadir dalam hatiku ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|