View: 14030|Reply: 78
|
Karamah perang Gaza 22 hari..renungkan lah
[Copy link]
|
|
Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut.
Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :
- Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
- Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.
- Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.
- Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.
- Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian puti dan melemparkan pasir ke matanya.
- Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
- Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.
- Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.
Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. “ (Fussilat:52).
Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com
~mitak maap kalu da post..tlg delete yer mod |
|
|
|
|
|
|
|
Ikut laporan 7 orang yahudi jer yg mampus....
semoga cerita di atas bukan sesuatu yg cuba memperbodohkan umat islam... |
|
|
|
|
|
|
|
saya tak nampak pun islam menang...yg saya nampak negara islam masih tidak bersatu,..di mesir selain dari menutup sempadan ke palestine, kerajaannya mengharamkan apa2 acara utk palestine, kutip derma ke, solat hajat ke..etc
di malaysia orang2 islam masih lagi mengunjungi premis2 milik yahudi, membeli barang2 yahudi...
kata ust peperangan ini adalah dugaan utk melihat sejauh mana umat islam bersatu menentang musuh islam... |
|
|
|
|
|
|
|
Benda tu tak mustahil terjadi...tapi tang mukadimah tu...aku rasa kurang tepat ler.....
Dan pasal cerita #3 tu...kalau dia letak kamus Oxford saiz poket pun InsyaAllah serpihan tu tak tembus..... |
|
|
|
|
|
|
|
mana misterinye?
betol ke news di atas tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
haritu aku nampak perarakan bebaskan Palestin yang dijalankan oleh abang2 dan kakak2 secara berkereta..
abang2 bermuka bersih dan kakak2 bertudung labuh...
bila berhenti kat stesen Petronas yang ada McDonalds..
kakak-kakak bertudung labuh pergi beli lunch kat McD...
sedihnyaaaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by missayeen at 4-3-2009 12:49
haritu aku nampak perarakan bebaskan Palestin yang dijalankan oleh abang2 dan kakak2 secara berkereta..
abang2 bermuka bersih dan kakak2 bertudung labuh...
bila berhenti kat stesen Petronas ...
kalu nk buat fitnah karut marut mmg senang beb....tulis sesuker hati ajer... |
|
|
|
|
|
|
|
pasai artikel croc paste tuh, mungkin sesetengah point tu mcm tak betul, sesetengah mcm betul dan bleh dipercayai....tp tidaklah mustahil perkara2 tu terjadi sbb zaman2 Nabi dulu pun pernah diriwayatkan....
so, kita amek yg elok sbg teladan, yg buruk sbg peringatan... |
|
|
|
|
|
|
|
ada telinga dengar..ada mata tengok..ada otak pikir..
sama ada ni btol ke tak..tu tak jd isu..
tak suruh pon caya..cume nk bkongsi jer..jgn la wat keras kepala sgt ye..
ntah2 kalu tak tersebar video pengebom bali(3 ekor burung)..dorg2 ni msti tak percaya kn..
ape2pon..Allah da tmptkn kita di tmpt masing2..yg paling best bila dorg bergelar syuhada..yg kita ni ntah2 mati di jalan raya..nauzubillah..
waAllahualam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuma camne depa tahu cerita #5 dengan #6? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul , subhanallah
kalau dongeng ... maybe part of Hikayat 1001 malam |
|
|
|
|
|
|
| |
|