View: 6608|Reply: 0
|
[Tempatan]
Kes tampar : Bukan semua kakitangan Puspakom tiada integriti
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Insiden seorang lelaki mengasari petugas Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) kerana gagal pemeriksaan berkala membuktikan agensi tersebut melaksanakan tugas dengan penuh integriti.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahmood Razak Bahman berkata, beliau bangga dengan tindakan kakitangannya menggagalkan kenderaan tersebut yang gagal mematuhi piawaian ditetapkan.
“Saya terkejut dan kasihan dengan kakitangan kita (Puspakom), namun bangga sebab dia tidak memukul atau marah pelanggan.
“Ini juga membuktikan bukan semua kakitangan di forum ini tidak berintegriti. Ada yang menjalankan tugas dengan berwibawa dan berintegriti,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi video dimuat naik di Facebook bagi mengulas insiden tular membabitkan pelanggan lelaki dan petugas Puspakom baru-baru ini.
Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang lelaki menampar petugas Puspakom selepas kenderaan perdagangannya gagal dalam ujian brek ketika pemeriksaan berkala.
Mahmood berkata, insiden mengasari kakitangan itu tidak sepatutnya berlaku sekiranya pengguna sentiasa menjaga kenderaan dengan membuat pembaikan berkala.
Tambahnya, rang ramai perlu sedar bahawa tindakan Puspakom adalah demi keselamatan pengguna lain.
“Apa yang dilakukan itu mengikut piawaian ditetapkan. Jadi dia tak boleh marah. Dia tidak menjaga kenderaan jadi tidak lulus. Dia pergi baiki dan akan lulus, itu sahaja. Tak ada jadi kes polis,” tambahnya.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|