View: 4165|Reply: 15
|
Ahli Paranormal Berbohong ? -
[Copy link]
|
|
Ahli paranormal berbohong?
Mereka sering melakukan pelbagai ritual pelik, mereka-reka cerita yang menakutkan dan kemudian mengenakan bayaran yang melampau.
TABUR beras kunyit - adakah suatu syarat yang berfungsi atau sekadar gimik?
SEORANG gadis yang mengadu sering sakit kepala diminta duduk dan memejamkan mata. Setelah disuruh bertenang dan mengosongkan fikiran, dia dibimbing secara lisan untuk cuba tidur dalam kiraan tiga berserta petikan jari. Gadis itu kemudiannya terlena.
"Dia sebenarnya masih dapat mendengar arahan saya dan boleh mengatasi sendiri masalahnya," terang pakar terapi minda Aura Syifa' dari Bandung, Indonesia, Rachmat Setiawan.
Selepas memberi arahan khusus tentang sesuatu, gadis tersebut dilihat merapatkan kedua tangannya seperti hendak menangkap sesuatu di belakang kepalanya. Kemudian dia membuat pergerakan tangan seperti mencampakkan sesuatu ke hadapannya.
Dahinya tidak lagi berkerut selepas itu. Dia lebih tenteram dan kemudian dikejutkan semula dalam kiraan tiga dan petikan jari.
Ini adalah apa yang diberitahu gadis itu kepada Jurnal: "Saya terlihat ada seekor burung besar yang mencengkam kepala dan tengkuk saya. Saya telah membuangnya ke laut. Selepas itu, sakit kepala saya beransur-ansur reda.
"Sebagai cabang ilmu hipnosis, itu adalah antara kaedah rawatan yang boleh anda temui dalam teknik terapi minda.
"Selalunya, sebarang bentuk gangguan kesihatan boleh diatasi sendiri oleh pesakit sementara pengamal kaedah ini hanya memberi bimbingan," kata Rachmat yang meminta penulis mengetepikan dahulu spekulasi tentang bayangan burung besar itu.
Lazimnya, masyarakat kita terlalu cepat mengaitkan masalah kesihatan dengan gangguan entiti atau jin, hingga ramai yang 'tunduk' padanya tanpa mengetahui bahawa sesiapa pun mampu mengatasinya sendiri.
Melalui teknik seperti ini, penyelesaian bukan milik mutlak pengamal terapi. Keyakinan dan penaakulan logik pesakit dipertingkat ketika pesakit diprogram semula dalam keadaan alpha iaitu minda bawah sedar.
KETIKA dibimbing pakar terapi, minda seseorang boleh memasuki
fasa alpha, seterusnya mampu menaakul sesvvuatu yang luar biasa.
"Kita sering mendengar ahli paranormal yang melakukan pelbagai ritual pelik, mereka-reka cerita yang menakutkan serta kemudiannya mengenakan bayaran yang melampau. Dan kita mempercayai mereka," ujarnya yang hadir ke pejabat Aura Syifa' Malaysia di Shah Alam, Selangor.
Beliau juga tidak bersetuju dengan ahli paranormal yang berselindung di sebalik imej alim ulama seperti berserban, bercelak atau membawa tasbih di tangan tetapi 'menipu' apabila mengubati pesakit. Imej itu, kata Rachmat hanya akan memburukkan lagi pemahaman tentang Islam.
Kaedah rawatan di Aura Syifa' bukan sahaja boleh digunakan untuk menangani masalah jiwa dan 'gangguan' makhluk halus. Malah, pendekatannya boleh membantu individu membina keyakinan diri, mencetus potensi rohani dan jasmani, seterusnya diperkembangkan dalam realiti hidup dan dunia kerjaya.
Rachmat dan rakan pakar terapi di cawangan Malaysia itu, Noor Azizan Abdul Majid, pernah digegaskan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, Kuantan, untuk menawarkan khidmat mereka ketika kes histeria kronik mengganggu ketenteraman guru dan pelajar sekolah itu.
"Individu yang dirasuk atau histeria tidak dapat dirawat hanya dengan membacakan zikir atau ayat al-Quran sebagai kaedah utama. Ikhtiar lain perlu disertakan," kata Rachmat.
Bersetuju dengan pendapat Rachmat, Noor Azizan menambah bahawa bacaan zikir dan ayat-ayat suci tidak dapat diproses oleh seseorang pesakit yang terlalu hanyut dibawa emosi akibat pengaruh 'entiti' tersebut.
"Ayat-ayat suci al-Quran bersifat preventif sebelum berlakunya sebarang kecelaruan jiwa yang mungkin disebabkan oleh gangguan entiti," kata Noor Azizan.
Tetapi ketika dirasuk, tindakan dan pendekatan lain perlu segera diambil. Pemikiran manusia pula perlu 'dibersihkan' melalui kaedah terapi minda.
"Contohnya, sebuah komputer yang terjejas fungsi akibat jangkitan virus tidak akan pulih jika pengguna sekadar mengulang salin data antivirus yang sama.
"Komputer itu perlu diprogram semula dan dimasukkan paten antivirus baru. Barulah menampakkan hasil," jelas Rachmat.
Tambahnya, rawatan hadir dalam pelbagai sumber dan cara yang boleh disepadukan. Selain pemantapan rohani melalui konsep ibadah, seseorang perlu mencapai status minda yang ideal melalui terapi. Jika perlu, rawatan perubatan termasuk rujukan pakar psikiatri.
Tidak mengapa tinggal serumah dengan entiti
Mengulas tentang kes individu atau keluarga yang mengadu tentang kehadiran entiti dalam kediaman mereka, Rachmat menerangkan bahawa ia perkara yang boleh diatasi.
"Mereka boleh dibimbing untuk berdialog dengan entiti tersebut. Kami yang akan menyelia sebarang maklum balas daripada apa yang 'dilihat' oleh mereka ketika minda mereka dilaras ke keadaan bawah sedar," terang Noor Azizan.
Namun tidak dinafikan terdapat entiti degil yang melambatkan proses pengusiran atau berkeras tidak mahu berpindah. Jika itu berlaku, pemikiran manusia dalam rumah itu akan diprogram semula menggunakan teknik terapi minda untuk memutuskan semua hubungan komunikasi di antaranya.
"Ini bermakna, entiti masih berada dalam rumah itu bersama keluarga manusia. Masing-masing menjalani kehidupan tersendiri tetapi kedua-dua pihak tidak bertembung atau mempunyai sebarang medium komunikasi," terangnya.
Menurut Rachmat, orang yang sentiasa ceria mempunyai semangat yang kuat dan sihat. Kesihatan minda dan tubuhnya tidak mudah mengalami gangguan.
"Sebaliknya, mereka yang suka bersendiri, penyedih, sugul, pemarah, berprasangka atau sering rasa terpinggir dan tidak disayangi, akan berhadapan dengan masalah. Ketika itulah, entiti akan cuba mempengaruhi minda bawah sedar," ulasnya.
********************************************************************************************
mungkin ada sebab nak ambil kesempatan... tapi mana2 yang memang
ada ilmu mengenai ni... nak menolong.. rasanya isolated cases yang
tujuan berbohong semua tu - |
|
|
|
|
|
|
|
haku ada kenal sorang pegawai kerajaan wat benda nih... dia biasa biasa je.... tak de laa alim bagai... tapi dia belajar benda ni kat australia... semua ni kuasa minda...dia cite terus cam ner benda ni boleh sukses... tak de pulak cite sal ghaib ghaib nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
senang lah nk amik kesempatan kan... |
|
|
|
|
|
|
|
ada yang memang gifted untuk menolong orang ni...tapi susah nak jumpa dengan orang ni..kalau bernasib baik sahaja...
tapi, kalau dah kenakan bayaran melampau...memang tak munasabah..
dah la pesakit tu ditimpa musibah..lagi nak menambahkan beban pesakit tu...
satu lagi, sebab tu kita pun kena celik jugak kalau nak jumpa perawat ni..bukan main terjah je...
sebab memang ada yang akan mengambil kesempatan dengan kelemahan orang lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Freer at 22-3-2012 16:30
bapa aku tak pun ambil kesempatan...
kalau berpantang pun tak banyak pantangnya..sbb yg dia cakap pantang ini itu la yg si pesakit lebih suke nak makan then fikir akan sakit maka sakitlah si pesakit....kahkahkahhhh..
kalau tak de pantang2 ni pesakit makan ape pun tak fikir sakit pe pun...
macam makan kambing lah..dah mind set tekanan darah akan naik..
aku pernah tekanan darah sampai 190/90(sbb mmg btul2 streess kerje and tak sempat bersenanm..bile makan kambing ok je..darah aku pun tak de lah tinggi lgi.kekekee |
|
|
|
|
|
|
|
Memang banyak jerr perawat yang bohong nihh... aku pon dah jumpa macam2 pattern... macam2 jenis cara rawatan... kadang2 sampai tahap jelik atau kesian tgk kat pesakit dibantai, dipukul, dan sebagainya... Jin tak keluar2 jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo bohong mmg mengainayai ( betul ke aku eja) kepada pesakit, tambah2 cas mahal2 macam x ikhlas nak tolong jer.... |
|
|
|
|
|
|
|
pendapat je
tak da orang yang gifted kecuali dgn belajar...
jika ada orang yang boleh mengubat tampa belajar adalah dikhuatiri saka.... |
|
|
|
|
|
|
|
dah nama pun paranormal. kat mana yg normal nyer.
adusss.... |
|
|
|
|
|
|
|
teknik rawatan yang dia citer ni ada asas dalam ilmu hipnosis ke? |
|
|
|
|
|
|
|
bg aku yg dok kelentong2 ni yg mintak bayaran yg melampau2...
yg betul2 berubat akan mintak 2 3 posen...or seikhlas hati |
|
|
|
|
|
|
|
aku pnh g berubat ngn sorg cikgu, bla duk dpan dia, dia tnya nama pnuh binti nma mak...pstu die isap rokok smbl tu cm bsik kt sblah die "pergi tgk skjap".......aku rsa dia ada mntk tlg bnda len tp xtau apa.....saka ke tu ???/ |
|
|
|
|
|
|
|
sama je kita ni semua
masih lalai dan alpa
kita lagi seronok sembang keburukan org lain
dok kata jin sana jahat jin sini buruk
yg kita ni......dah baik sangat
TUHAN SURUHEKATKAN KAT DIA
DIA PERKENANKAN DOA2 SEMUANYA
JANGAN SEKUTUKAN DIA DENGAN SESUATUPUN
kannnnn senang kannnnnnnnnnnnnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
kalo bohong mmg mengainayai ( betul ke aku eja) kepada pesakit, tambah2 cas mahal2 macam x ikhlas na ...
kukukatablog Post at 22-3-2012 23:19
slh eja.... |
|
|
|
|
|
|
|
atok rawat batu karang pengerasnya kalau x salah... RM5.15 kalau nak bayar lebih itu kira rezeki atok aku lah, tapi katanya kalau bayar kurang dpd tu penyakit susah nak pulih...
apa2 pun segala sihat, sembuh mati kita semuanya Allah tentukan.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun pnh g berubat..bomoh tu ckp klu ada benda ikut pesakit..dia dpt rasa dulu..bulu roma dia meremang n urat2 kat tgn dia jelas nmpak..hihi..seram seh |
|
|
|
|
|
|
| |
|