CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9250|Reply: 1

Hidung berdarah, Marsha Milan alami masalah suara

[Copy link]
Post time 5-2-2025 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Kurang dua minggu sebelum berlangsung Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), penyanyi Marsha Milan cemas apabila dinasihatkan agar mengurangkan menyanyi.

Marsha, 40, berkata, doktor menasihatkan perkara itu selepas keadaan suaranya yang tidak berapa baik dan serak.



"Saya sudah ke klinik Isnin lalu dan doktor ada memberikan suntikan di dalam hidung, itu yang berdarah sedikit (merujuk kepada gambar dimuat naik).

"Doktor pesan jangan banyak menyanyi sebab kalau bercakap kedengaran normal tapi apabila menyanyi sangat ketara bunyi serak itu," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Marsha menjelaskan perkara itu selepas berkongsi foto memperlihatkan hidungnya yang kelihatan berdarah ditampal dengan pembalut.

Dalam pada itu, Marsha menjelaskan dia tidak akan berhenti berlatih untuk AJL39 sebaliknya akan menggunakan teknik yang pernah digunakan sebelum ini.

Jelas Marsha, dia akan membayangkan nota lagu Hening Rindu tanpa banyak menyanyi bagi memahami pergerakan melodi dan vokal.

"Sekarang saya banyak dengar lagu Hening Rindu dan membayangkan nota-nota nyanyian tanpa perlu menyanyi.

"Teknik ini turut saya gunakan pada AJL tahun lalu. Itu cara saya berlatih apabila berdepan masalah vokal," jelasnya.

  


Marsha menjelaskan faktor sibuk bekerja mungkin salah satu faktor menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan kerana terlalu penat.

Apatah lagi kata Marsha tahun ini dia banyak terikat dengan projek berbeza menjelang AJL39 yang membuatkan jadualnya padat.

"Mana nak siapkan album, penggambaran muzik video malah sekejap lagi saya ada proses rakaman untuk sebuah projek sempena raya.

"Mungkin kerja-kerja ini membuatkan badan saya tidak berapa kuat, itu yang tumbang sekejap.

"Esok (Khamis) saya akan kembali untuk sesi latihan AJL dan insya-Allah saya akan buat yang terbaik," ujarnya.

AJL39 akan disiarkan secara langsung TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 16 Februari ini bermula pukul 9 malam.

  


Sepuluh lagu bakal berentap di AJL39 termasuk Puas Sudah (Aina Abdul), Terus Bersinar (Hafiz Suip), Aura (Ernie Zakri), Hening Rindu (Marsha Milan), Bukan Lagi Kita (Nadeera Zaini) dan Diam (Hael Hussaini).

Turut sama ke AJL39 ialah Saksama (Akim And The Majistret), Pujaanku (Masdo dan Aishah Aziz), Sengaja (Amir Masdi) dan Risiko (Benzooloo, Ghidd, Meerfly, MK K-Clique dan Tuju).

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2025 06:47 PM | Show all posts
tak best pun ko nyanyi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.081492 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list