View: 22204|Reply: 300
|
Kelebihan kurang kacak....
[Copy link]
|
|
Pernah anda terfikir mengapa ada sesetengah wanita cantik memilih lelaki yang kurang kacak sebagai pasangan hidup?
Satu kajian terbaru mendedahkan bahawa pasangan yang terdiri daripadaisteri yang cantik daripada suami lazimnya lebih positif dan salingmenyokong berbanding padanan yang lain.
Pengkaji berpendapat, lelaki amat menghargai kecantikan sementara wanita lebih berminat kepada suami yang memberi sokongan.
Meskipun pengkaji mengakui bahawa rupa itu adalah subjektif, tetapitetap terdapat beberapa piawaian universal untuk menyifatkan seseorangitu cantik atau kacak.
Kajian terbaru yang dikeluarkandalam Journal of Family Psychology baru-baru ini dipimpin oleh pengkajiJames McNulty dari Universiti Tennessee, Amerika Syarikat (AS). PasukanMcNulty telah menilai 82 pasangan yang berkahwin dalam tempoh enambulan lalu dan telah mengenali satu sama lain hampir tiga tahun sebelummengikat tali perkahwinan. Pasangan-pasangan tersebut puratanya berusiaantara awal hingga pertengahan 20-an.
Para pengkajimelakukan rakaman apabila si isteri berbincang dengan pasanganmasing-masing tentang masalah peribadinya selama 10 minit. Rakaman itukemudiannya dianalisis sama ada pasangan mereka bersifat menyokong isuyang dibangkitkan berkaitan matlamat untuk mengamalkan pemakanan lebihsihat sehinggalah mengenai mendapatkan pekerjaan baru atau mahubersenam selalu.
Suami yang negatif akan berkata, 'Itumasalah kamu. Kamu selesaikan sendiri,' kata McNulty sementara yangpositif pula akan berkata, 'Saya sentiasa di sisi kamu, bagaimana sayaboleh menolong kamu?'
Bukan sekadar merakam, merekaterlebih dahulu telah memberikan rating pada daya tarikan wajah denganmemberikan skala 1 hingga 10 dengan 10 menunjukkan paling cantik.Kira-kira sepertiga daripada pasangan yang dikaji terdiri daripadaisteri yang lebih menarik berbanding suami, sepertiga lagi suami yanglebih menarik daripada isteri dan bakinya paras rupa yang setara.
Kajian menunjukkan secara keseluruhannya, isteri dan suami lazimnya bertindak lebih positif apabila si isteri lebih cantik.
"Apabila suami yang kurang kacak mengahwini seorang wanita cantik,mereka mendapat sesuatu yang lebih daripada yang dijangka. Jadi, itulahyang membuatkan mereka berusaha keras untuk mengekalkan hubungan," kataMcNulty.
Lelaki yang lebih menarik pula cenderung mempunyai mentaliti sebaliknya.
Rupa fizikal lelaki yang menarik bukanlah penting bagi wanita, cadangpara pengkaji. Ini kerana wanita lebih memilih suami yang bersifatmenyokong.
p/s : kpd lelaki yg kurang kacak jgn risau...ada pompuan cantek tggu anda di luar sana.... |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah risau lansung
|
|
|
|
|
|
|
|
ada benar nyer..
pompuan xbrape nk kisah sgt tentang paras rupe pasangan nyer..asalkan sedap mata
memandang okeh je..
bukan nk cari yg encem giler2 pun...selain dah ckup pegangan asas tu, mmg slalunyer pompuan
akan cari yg memahami.. |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya, kepada lelaki kurang kacak seperti diriku ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 beta_carotene\ catat
|
|
|
|
|
|
|
utk lelaki hensem kacak plak, hayati la lagu neh...
|
|
|
|
|
|
|
wei... yg ensem pun supportive ape... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 budingyun\ catat
cari yg pakai purdah la... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 budingyun's post
cantek, nak aku bawak van ke, bas persiaran ni? bape orang ko ada? |
|
|
|
|
|
|
|
tetibe ramai ngaku kurang kacak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 budingyun's post
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|