CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8348|Reply: 6

CERITA PENDEK: Karangan Elianna, pelajar darjah 2

 Close [Copy link]
Post time 23-6-2009 04:46 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by LLM at 23-6-2009 16:57

Post Last Edit by LLM at 23-6-2009 16:56

Post Last Edit by LLM at 23-6-2009 16:55

Cikgu Ai Ling, guru bahasa Melayu Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tebing Biru, kelihatan terkejut ketika membaca karangan Elianna, pelajarnya yang agak pintar.

'Saya tinggal bersama-sama datuk saya. Nama dia Jalis Komeng. Dia bekerja sebagai seorang bomoh. Tiap-tiap malam sebelum tidur saya duduk bersama-sama dengan datuk ketika dia membuat kerja. Kadang-kadang dia menyuruh saya memegang tapak kemenyan semasa dia membaca sesuatu.

Walaupun saya duduk berseorangan dengan datuk saya, kadang-kadang ada orang lain datang melawat. Mereka semua kelihatan agak pelik. Seorang daripada mereka agak pendek dari saya. Dia berkulit hijau dan berkepala botak. Dia tidak memakai baju. Gigi dia agak tajam juga. Dia suka main kejar-kejar dengan saya

Kadang-kadang pada waktu malam, ada seorang kakak berambut panjang dan berbaju putih datang di luar tingkap bilik tidur saya dan berbual-bual dengan saya. Mata dia agak merah sedikit.

Datuk saya kata mereka tu semua belaan dia. Dia cakap bila dia tiada nanti dia akan turunkan mereka kepada saya. Saya tidak faham apa maksud dia. Saya sayang datuk saya. Dia jaga saya dengan baik sejak ibu-bapa saya tiada. Cuma saya berasa agak seram sedikit pada tiap-tiap malam Jumaat. Datuk saya akan meracau-racau seperti orang gila dan duduk bersila di hadapan tapak kemenyan. Agaknya datuk kurang sihat kerana dia sudah semakin uzur'

Cikgu Ai Ling duduk terjelepuk di dalam bilik guru setelah membaca karangan yang menaikkan bulu roma ketiaknya itu. Dia segera ke kelas darjah 2B, kelas Elianna di mana guru kelas, Cikgu Jefri, sedang mengajar. 'Jefri, boleh aku cakap dengan kau kejap?'

Jefri kehairanan melihat Ai Ling kelihatan sedikit pucat. 'Ye, apahalnya Ai Ling, muka kau semacam aje?' Tengok karangan anak murid kelas kau tu' Ai Ling menghulurkan kertas karangan tulisan Elianna. Giliran Jefri pula menjadi pucat..

'Apa kita nak buat ni? Kalau benar apa dia tulis, kita kena sekurang-kurangnya pergi kerumah Elianna dan bercakap dengan datuk dia. Takut-takut Elianna membesar dalam suasana yang tidak sihat dan boleh menyebabkan dia lebih suka menyendiri. Aku tengok dia sejak masuk darjah 2 tak suka nak bercampur dengan orang lain' Ai Ling berkata.

'Aku pernah dengan pasal Jalis Komeng ni. Benar ke tak, aku tak tau. Dia terkenal dengan entah benda apa-apa yang dia bela. Pernah ada cerita dia lawan dengan bomoh Siam besar. Ada cerita cakap bomoh Siam tu mati bila dia muntah darah dengan serbuk kaca. Jalis ni sebenarnya orangnya baik tapi itulah masalahnya, dia kuat amal ilmu hitam..'

Pada waktu selepas kelas, Jefri dan Ai Ling duduk di bilik guru, bermenung, memikirkan bagaimana hendak menolong Elianna..

'Ai Ling, Jefri, apasal korang berdua termenung aje' sapa Ustaz Zack, guru agama sekolah itu. Ai Ling dengan  perlahan-lahan menghulurkan kertas karangan Elianna kepada Zack. Selesai saja Zack membaca, dia jatuh terduduk di sebelah Jefri sambil mengucap panjang..

'Aduh, boleh rosak Elianna ni kalau Jalis tak nak berubah-rubah. Ni dah tahap kritikal sampai Elianna pun boleh nak berkawan dengan belaan si Jalis' keluh Zack.

'Habis kita nak buat tindakan apa, Zack?' gesa Ai Ling. 'Apa kata kalau kita bertiga pergi jumpa Jalis petang nanti?' balas Zack. 'Bagus juga  cadangan kau, Zack' Jefri bersetuju.

Pada petang itu juga mereka bertiga menuju ke rumah kediaman Jalis Komeng di pinggir bandar. Elianna sedang bermain di halaman rumah ketika mereka sampai. Dia keriangan melihat guru-gurunya datang.

'Elianna, mengapa main senja-senja ni? Mana datuk?' sapa Ai Ling.  'Tuk Lis kat dalam, cikgu. Saya tengah tunggu kawan saya. Waktu senja dia selalu datang. Atuk ajar kalau saya baca men..mentera ya? kawan saya datang. Dia duduk dalam pokok besar belakang rumah saya' jawab Elianna dengan jujur.

'Erk..erk..Zack..kau boleh...' Jefri dan Ai Ling terkedu lidah. Mereka serentak memandang ke arah Zack, meminta dia untuk bersuara..

Zack keseriauan seketika sebelum menjawab dengan lembut 'Er..Elianna, tak baik baca benda-benda karut macam tu, Tuhan marah nanti tau? Mari masuk sama dengan cikgu Ai Ling, cikgu Jefri dan ustaz jumpa datuk?'

'Baik ustaz' ujar Elianna dengan taat. Ketiga-tiga guru sekolah itu kelihatan lega kembali.

Jalis Komeng dengan tiba-tiba terpacul di hadapan pintu, 'Hoi! Hoi! Hoi! Cikgu, ustaz. Apa hajat datang ke rumah saya senja ni? Saya tengah menurun tadi. Maaflah kalau air muka saya nampak macam jembalang sikit.. Jemputlah masuk' Dengan mata yang merah menyala dia mempelawa guru-guru Elianna masuk.

Hampir kepitaman mereka mendengar kata-kata Bomoh Jalis.

Di dalam rumah, Zack menyerahkan karangan Elianna kepada Jalis sambil berkata 'Tok Jalis, saya bukannya apa, tapi saya mintaklah Tok tolong jangan biarkan Elianna mengikut jejak Tok. Punah masa depannya, Tok. Dia tak nak berkawan dengan pelajar lain. Tengoklah ni, dia asyik cerita pasal entah apa apa benda yang Tok bela ni. Saya pernah dengar pasal Tok Jalis. Demi masa depan Elianna, tolonglah jangan menyimpang lagi. Dia tu tiada tempat bergantung kecuali Tok Jalis..'

Jalis diam seketika. ' Aku dah lama berhajat nak buang benda ni. Aku kalau buang benda ni susah, Ustaz Zack. Dah beberapa keturunan dalam keluarga aku. Kalau ada pilihan, aku tak nak turunkan belaan aku tu pada Elianna. Cuma kalau aku tak turunkan benda tu mengamuk dan akan mengganggu Elianna pulak..'

Zack membalas ' Macam nilah Tok Jalis, saya ada banyak rakan masa saya kat UIA yang pandai dalam hal-hal ini yang boleh tolong. Asalkan Tok Jalis sanggup..'

'Kami bukan apa, Tok Jalis. Kami risaukan Elianna. Dia pelajar pintar. Ada masa depan yang cerah pulak tu. Kalau dia hidup dalam suasana yang pelik, ini lama-kelamaan mengganggu emosi dia' ujar Ai Ling.

Jalis terdiam seketika, sambil berfikir. 'Baiklah, kalau macam itu saya setuju, cikgu, ustaz. Ustaz pulak buatlah apa yang patut nanti'

Jefri berasa lega mendengar jawapan ikhlas Jalis. 'Bersyukurlah Tok Jalis lebih menyayangi cucu Tok daripada segala ilmu yang Tok amalkan selama ni'

EPILOG:

Selepas kunjungan mereka bertiga, mereka dapat melihat perubahan pada kehidupan Jalis Komeng dan Elianna. Jalis bersara daripada ilmu perbomohan dan kembali mengusahakan kebunnya. Elianna pula semakin pandai bergaul dengan pelajar lain. Zack pula berjaya mendapatkan bantuan bekas rakan sekelasnya di UIA untuk membuang segala belaan Jalis..

TAMAT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2009 09:49 PM | Show all posts
kau hebat !  kiranya nih macam cerita dalam cerita lah yek
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 07:45 AM | Show all posts
cerita dalam cerita.........mmg ok la......
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 10:47 AM | Show all posts
huh bkn calang2 kwn2 si Elianna tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 02:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 03:08 PM | Show all posts
LLM nyer idea mmg slalu kelllassss!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2009 08:45 PM | Show all posts
www.sea5173.com the real trading platfrom for all the products and services related to web games, you can post your selling and buying information here
www.sea5173.com the lowest price for all the web games' products. top-up now, and get more free
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 1.302893 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list